Selasa, 16 Februari 2010

LaNgKaH KeMbaRa FiLiPiNa

LaNgKaH Si PeNgeMbaRa
DESTINASI FILIPINA - FILIPINO
First Day

abangboyc kali ini meneruskan perjalanan seterusnye ke sebuah negara yang juga merupakan anggota asia tenggara iaitu Filipina. Filipina merupakan antara negara kepulauan di asia tenggara selain indonesia, Brunei, timur leste dan singapore... Destinasi Perjalanan abangboyc kali ini ialah Ibukota Pilipina iaitu MetroManila N Luzon island.. Abangboyc mulakan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Filipina dengan menaiki Pesawat Penaja Abangboyc iaitu Air Asia.....
Dengan Air Asia Segalanya Akan Menjadi Kenyataan... Abangboyc berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 2 dengan pesawat Air Asia menuju ke Lapangan terbang Diosdado Macapagal, Clark Philippines. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam 50 minit ke 2 jam bergantung kepada keadaan cuaca dipertengahan penerbangan.. Dalam mengharungi perjalanan yang lama dan membosankan adalah lebih baik sekiranya menjamu selera bagi mengalas perut. Air Asia juga menyediakan pelbagai jenis makanan untuk dihidangkan kepada tetamu penumpang Air Asia. Anda boleh menempah melalui internet atau membeli terus di Mini Bar Kiosk dalam pesawat.... Lepas selesai makan boleh sekiranya berehat sambil melelapkan mata.. Perjalanan 2 jam tidaklah terlalu lama... sedar tak sedar sampai sudah ke destinasi pilihan abangboyc kali ini iaitu Philipina.... Bagi pengetahuan, Kesemua Penerbangan Pesawat Air Asia dari Jakarta, Kuala Lumpur, Hong Kong, Singapore, dan sebagainya akan mendarat di Lapangan Terbang Diosdado Macapagal Clark.
Pemandangan Udara Diasdado Macapagal Airport dari dalam Pesawat

Hidangan Khas dalam Pesawat. (tertera perkataan: Not For Sale)
Abangboyc Baru Tiba di Clark Airport


Abangboyc Dihadapan Diosdado Macapagal International Airport

Dari Diosdado Macapagal Clark Airport, Abangboyc meneruskan perjalanan ke Pusat IbuKota Philipina di Manila atau lebih terkenal dengan sebutan MetroManila. Antara kemudahan pengangkutan yang disediakan bagi menghubungkan Clark Airport dengan MetroManila ialah Bas, Teksi dan Kenderaan Sewa kereta/Van. Abangboyc memilih untuk menaiki Bas ke MetroManila,. disamping Murah ianya juga memberi Keselesaan sambil Berhibur. Perjalanan mengambil masa 3 jam dengan bayaran peso350 atau RM27.00 .
Diosdado Macapagal Airport ini terletak di sebelah bahagian atas Manila dengan beriklim kering jadi anda akan menyaksikan perbezaan keadaan persekitaran yang menyerupai kawasan Koboi di Amerika Selatan,.. Akan Kelihatan banyak kuda2, kedai2 berkonsepkan seakan berada di kawasan tengah negara Mexico dan rumput2 kuning kering juga padang yang terbentang luas seakan mati bagai musim kemarau melanda tempat ini...... Inilah merupakan memandangan berbeza yang amat mempersonakan.
Dalam perjalanan ke MetroManila, anda akan menemukan bandar2 seperti Angeles City, Mexico City, San Fernando City, Valenzuela City dan banyak lagi nama2 bandar yang menyerupai nama wilayah2 negeri2 di Benua Amerika.
Bas yang Abangboyc Naiki tadi akan menurunkan penumpang di Pasay City. Pasay City merupakan Bandar dalam MetroManila terletak bersebelahan dengan Manila City juga Makati City. Setelah mengharungi perjalanan seharian abangboyc menghentikan perjalanan dengan mencari tempat penginapan di sekitar Pasay City. Bagi yang baru menjejaki kaki buat pertama kali ke Manila, abangboyc menasihatkan anda supaya mencari Hotel di sekitar Terminal Bas yang memberhentikan anda tadi.. Ini kerana dengan cara ini anda akan mudah mengenali tempat Perhentian Bas bagi memudahkan anda apabila ingin balik ke Airport nanti. Ini kerana di Manila Perhentian Bas berada berasingan dan beselerak juga tidak teratur, Ini akan menyusahkan anda sekiranya tidak mengenal pasti perhentian bas yang menurunkan anda.... Bagi pengetahuan anda, Hanya terdapat 2 syarikat bas yang beroperasi dan menjalankan perkhidmatan menghubungkan Clark Airport dengan Metro Manila,. Mencari Penginapan di Pasay City boleh dikatakan Mudah, akan tetapi Abangboyc menasihatkan anda mencari Hotel2 yang Selamat, Bersih dan Terjaga dari segi Sekuriti dan Bebas Pelacuran,. Hotel yang abangboyc cadangan ialah Kabayan Hotel in Pasay City bersebelahan dengan Pasaraya MetroPoint Shopping Mall,. Ianya juga terletak berhampiran MRT-3 dan LRT-1, ini akan memudahkan anda keserata tempat di Metro Manila... Dibawah adalah Rate bagi Hotel Kabayan Pasay City. Sekiranya anda ingin mencari hotel budjet rendah.. Anda boleh mencari Hotel2 di sekitar MetroPoint Shopping Mall dan pastikan hotel yang anda pilih memiliki ciri keselamatan. Ianya bagi memastikan Keselamatan anda terjamin.


2 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Bestnya dapat mengembara ke negara orang.

A.R.D.I.A.N.A berkata...

assalamualaikummm .. saya Ardiana. saya akan ke Manila. so, saya mau tanya apa nama perkhidmatan bas tersebut yang ke Manila. Sbb saya bercadang untuk tinggal di Mabini street yang berdekatan dengan Robinson. Ada apa2 panduan yg boleh d share?