Isnin, 5 April 2010

BETONG; BANDAR KOMUNIS MALAYA

BETONG, WILAYAH YALA, SELATAN THAILAND
Edisi:2 TARIKAN BANDAR BETONG
Bandar Betong Wilayah Yala Thailand

Bandar Betong merupakan Sebuah kawasan Penempatan yang mempunyai Ciri2 sebuah Bandar Kompleks dihuni hampir Majoriti Penduduk Islam dan Berketurunan Melayu . Terletak di Hujung Selatan Negara Thailand bersempadankan Negara Malaysia dengan jarak tidak sampai 10 km dari Sempadan Malaysia. Dari segi Georgafinya Betong merupakan Permulaan Banjaran Titiwangsa yang membawa ke Hutan Belum(Perak) dan Cameroon Highland(Pahang) kemudian bersambung terus dengan Fraser Hill dan Bentong(Pahang) sehingga membawa ke Bukit Putus di Kuala Pilah(Negeri Sembilan). Betong dihubungkan dengan Jalan Darat dari Yala dibahagian Selatan Thailand atau dari Pengkalan Hulu Gerik Perak di sebelah Utara Malaysia.
Bandar ini sangat Sinonim dengan Panggilan Markas Komunis Malaya kerana di sini merupakan Kubu Kuat Angkatan Bersenjata Komunis Malaya. Kebanyakkan Ahli mahupon Gerila Komunis akan ke Betong bagi menjalani Latihan Ketenteraan semasa Zaman Jajahan British dan Semasa Pendudukan Jepan hinggalah ke Zaman Pemerintahan Kerajaan Malaysia pada 1974. Komunis Malaya memainkan Peranan Penting sebagai Gerila bagi melawan dan menyekat kemaraan Tentera Jepun pada Zaman Perang Dunia Ke-2 dibantu oleh Pihak British. Pihak British menyediakan kelengkapan perang sambil memberi ilmu serta Latihan perang kepada Komunis bagi menangkis serangan dari Tentera Jepun. Akan tetapi Pihak Komunis berpaling Arah selepas Jepun menyerah kalah setelah Nagasaki dan Hiroshima di Bom pada 6 ogos 1945 dan kemudian di Tokyo, Maharaja Jepun mengistiharkan Kalah kepada Tentera Berikat pada 14 Ogos 1945 dan berita tentang Pengistiharan Kekalahan Jepun tersebar keseluruh Dunia pada 15 Ogos 1945. Apabila Jepun menyerah Kalah, Pihak Komunis mengambil alih Kerajaan sebelum kedatangan British. Berlaku pembunuhan kepada mereka yang menyokong Jepun dan berlaku Revolusi Semangat bagi Membebaskan Malaya dari Penjajahan British diikuti cubaan untuk Memerdekakan Malaya sepertimana yang berlaku di Negara Indonesia. Negara Indonesia Merdeka apabila Pihak Jepun menyerah Kalah dan tampok Pemerintahan diambil oleh Rakyat Indonesia sambil menyekat kemasukan semula Belanda, Indonesia Merdeka tahun 17 Ogos 1945 setelah 3 hari Maharaja Jepun Menyerah Kalah dan Mengistihar Pengunduran. Apabila Pihak British melihat kejadian dan peristiwa yang berlaku di Indonesia, Pihak British mengarahkan Pihak Komunis untuk menyerah. Dan berlaku Penghapusan Gerila Komunis kepada Ahli Komunis yang tidak Menyerah Tunduk kepada British. Komunis2 yang berkeras dengan perjuangan mereka melakukan beberapa cobaan Serangan keatas Pihak British dari 1945 sehinggakan pada Pemerintahan Kerajaan Malaysia pada Jun 1969 dan 1974 atas alasan Kerajaan yang Memerintah adalah Tali Barut British dan Parti Umno merupakan Parti yang ditubuhkan oleh Inggeris bagi membantu Inggeris menarik lebih ramai orang melayu menyokong Inggeris.. Akibatnya Kekuatan Komunis semakin Berkurangan atas sebab Orang Melayu mula menolak menyertai Parti itu.. Dan Pihak Askar Melayu yang diketuai oleh Inggeris terus menyekat dan berlaku menghapuskan Gerila Komunis secara Besar-besaran menyebabkan kebanyakannya lari dan menyembunyikan diri ke dalam Hutan dan keluar ke Sempadan Malaysia di Betong, Sadao dan Kolok. Oleh sebab Kerajaan Thailand mengamalkan Sistem Pemerintahan Terbuka, menyebabkan kebanyakan Gerila Komunis ini menjadikan Thailand sebagai tempat perlindungan juga bagi Menambah Kekuatan. Tentera Jepun juga menjadikan Thailand sebagai Laluan menyelinap ke Pelusuk Tanah Melayu(Malaya) ketika Zaman Perang Dunia Ke-2. Atas Prinsip Thailand sebagai Negara Bebas menjadikan Negara ini adalah antara Negara yang Tidak Pernah di Jajah oleh mana2 Kuasa Besar Dunia hinggakan ke hari ini. Akhirnya pada 1989, berlaku Peristiwa Penting iaitu Rundingan Damai Haadyai. Ianya merupakan Perjanjian Damai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai. Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini membawa kepada pembubaran dan Perletakan Senjata Gerila Komunis dari Parti Komunis Malaya(PKM). Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
PKM berjanji untuk menamatkan Perjuangan Bersenjata mereka.
Parti Komunis Malaya dibubarkan dan Senjata Api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
Chin Peng (Pemimpin Agung PKM) selaku Wakil Ahli PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia. Ahli PKM akan mematuhi Undang-Undang Negara Malaysia. Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia. Kesemuanya Perjanjian Damai DiPersetujui Oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar Subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 Seorang Sekembalinya Mereka ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 sebulan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair dan nama2 mereka tidak akan didedahkan atas sebab Keselamatan. (MAKLUMAT DARI ARKIB NEGARA)
BANDAR BETONG SELATAN THAILAND
Bandar ini memiliki kemudahan Penginapan dengan terdapat kepelbagaian Hotel2 dari Kelas Mewah hinggakan Kelas Rendah dengan Kadar Bayaran yang hampir sama dengan Malaysia. Terdapat Pelbagai tempat2 Menarik dan Bersejarah disamping tempat2 membeli-belah barangan hasil Rakyat Tempatan. Kadar Petrol disini ialah 32 Baht seliter RON95 sekitar RM3.60 Seliter (2010). Makanan di Betong hampir kesemuanya Halal dan dari segi Bahasa, hampir 80% mengerti akan pertuturan Bahasa Melayu.
Tempat-tempat menarik di Betong antaranya Piya Mit Tunnel (Terowong Kem Komunis Malaya), Betong Hot Spring (Kolam Air Panas Betong), Betong Municipality Park (Taman Bunga), Betong Mongkollit Tunnel, The Largest Mail Box in Thailand (Peti Surat Terbesar di Thailand), Clock Tower (Menara Jam Bandar Betong), Namtok Bu Ke Pilo (Air Terjun Bu Ke Pilo), Tham Krachaeng (Gua Krachaeng), Bala-Hala Forest (Hutan Bala-Hala), Sanam Chang Phueak Park (Taman Padang Gajah Putih), Phra Mahathat Chedi Phra Phutthathammaprakat dan Sakai Village (Kampung Sakai) di Tambon Ban Rae.

Betong Municipality Park dan PiyaMit Tunnel
Taman Flora-Fauna Betong merupakan kawasan yang terdapat Tumbuhan2 Pelbagai Jenis Spises Tropika dan Khatulistiwa selain menempatkan Pelbagai Patung2 Binatang2.. dengan Udara yang menyegarkan bertambah lagi sekiranya pada waktu pagi. Tempat ini merupakan laluan persinggahan untuk Terowong PiyaMit. Piya Mit Tunnel (Terowong Piya Mit) merupakan Kubu Bawah Tanah yang juga merupakan Terowong Komunis bagi Mengelinap Masuk ke Tanah Malaya. Piyamit Tunnel adalah Ban Piyamit 1, terletak di Tambon Tano Mae Ro, laluan yang sama untuk ke Betong Hot Spring. Merupakan Tinggalan Sejarah Penting Komunis Malaya yang dibina pada 1976 dengan Tenaga Kerja seramai 50 orang selama 3 bulan. Terowong ini boleh menempatkan hampir 300 orang dalam satu-satu masa dan terdapat pelbagai kemudahan di dalamnya seperti Tempat Memasak, Bilik Perjumpaan, Ruangan Simpanan Makanan, Bilik Perubatan dan Tempat Pembuatan Senjata. selain memiliki Lubang2 Rahsia yang membolehkan memasuki Wilayah Malaysia. Dengan kedalaman mencecah 60 kaki di bawah paras bukit dan sejauh lebih 1 km panjang, Merentas Negara Malaysia dan Thailand dan memiliki 9 jalan keluar. Diperkatakan bahawa terowong ini juga boleh menembusi Terowong yang terletak di Sadao,. dan Terowong di Bahagian Kawasan Malaysia telah di Timbus bagi menghapuskan jalan masuk ke menyeberangi Negara Malaysia oleh Pihak Tentera Malaysia. dan ini merupakan Tinggalan Sejarah Bermakna bagi Kedua-dua Negara dan Pihak PKM juga.
Laluan Untuk ke PiyaMit Tunnel dan Betong Hot Spring
PIYA MIT TUNNEL TURN LEFT

Kawasan Persinggahan Rehat di Perjalanan.. Boleh Tengok View Bukit2 Sempadan Malaysia Thailand

Laluan Masuk Ke Betong Municipality Park
PiyaMit Tunnel / Terowong PiyaMit
Pengenalan PiyaMit Tunnel
Peta Betong dan Wilayah Yala
Laluan Mendaki Bukit di PiyaMit Tunnel
Antara Laluan ke Terowong PiyaMit
Patung Komunis Malaya Angkat Tabik
Welcome PiyaMit Tunnel
Museum dan Peralatan Pembuatan Peluru dan Senjata
Laluan Masuk Terowong Bawah Tanah

Keadaan di dalam Terowong PiyaMit
Antara Kawasan Dalam Terowong PiyaMit

Masih Jauh Ke Dalam
Ruangan Kerja Bagi Pemimpin Komunis Malaya
Ruangan Bagi Gerila Komunis Mendapatkan Perubatan
Antara Jalan Keluar dari Dalam Terowong PiyaMit
Jalan Keluar Ke Tempat Latihan Ketenteraan
Kawasan Tempat Memasak Kem
Antara Kawasan Memasak di Kawasan Kem Division ke-2 Komunis Malaya
Tempat Ruangan Tahanan dan Pembelot
Ruangan Udara bagi menghasilkan udara ke bahagian Bawah Tanah dalam Terowong

Pandangan Sebahagian Kem Division Ke-2 Komunis Malaya
Kawasan Perbincangan Stategik Peperangan
Kawasan Perkhemahan Gerila Angkatan Bersenjata Komunis Malaya
Ruangan Makan dan Pembelajaran Ugama
Majlis Peringatan Korban Komunis Malaya(Gambar Arkib Negara)
** Dibuka Setiap Hari 8.00am-4.30p.m
BETONG HOT SPRING / KOLAM AIR PANAS BETONG THAILAND
Merupakan sebuah kolam air panas semula jadi yang terletak kira2 4 kilometer dari PiyaMit Tunnel. Merupakan antara Destinasi Popular yang berdekatan dengan Bandar Betong.
Laluan Ke Betong Hot Spring
Kedai Makan yang terletak di perjalanan ke Hot Spring

Betong Hot Spring / Kolam Air Panas Betong Thailand

Buih2 Panas Dalam Kolam Air Panas Betong

GERAI BURGER GADIS BETONG....... ENAK Hehehehe
Lapar.... Inginkan Makanan Segera.... Rasalah Burger Gadis Betong.. Enak N Spesial.

ADIK BURGER SATU...................
Ini Bukannyer Tempat Menarik di Betong... Tapi Singgah Makan Jap je.
Wah............ Special.. for Me. Thanks Adik From Abangboyc Zone


BETONG MONGKOLLIT TUNNEL

Terowong ini menghubungkan antara 2 kawasan di Bandar Betong.

Merupakan tempat Suci bagi penganut Buddha di Kawasan Betong ini menempatkan sebuah Patung Buddha yang Besar sedang Berbaring di Dalam Gua. Terletak 8 kilometer dari Bandar Betong menghala ke Amphoe Yaha.
MEMORIAL PEJUANG KOMUNIS MALAYA
Memorial Peringatan Ketenteraan Pejuang Komunis Malaya ini terletak Jauh disebelah Timur Betong. Memorial ini sebagai Simbol Peringatan keatas Keberanian dan Tumpah Darah Angkatan Bersenjata Komunis yang memperjuangkan Kebebasan dari Penjajahan Inggeris. Parti Komunis Malaya menubuhkan pasukan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan membantu British di dalam perang gerila bersama-sama Force 136.
Laluan Ke Timur Betong
Tunjuk Arah ke Memorial Peringatan Komunis Malaya
Pada Mulanya, PKM diarahkan melebarkan fahaman bukan sahaja kepada orang Cina malahan juga orang Melayu bagi tujuan menubuhkan Republik Soviet Malaya. Akhirnya, lahirlah tokoh Komunis dari kalangan orang Melayu seperti Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh. Lahirlah satu rejimen yang diberi nama rejimen ke 10 iaitu pasukan tentera Melayu di bawah pimpinan Abdullah CD yang berpusat di Temerloh dan Mentakab dan mengandungi 500 anggota. Anggota Komunis yang berbangsa Melayu dikatakan melebihi 5000 orang yang mana bertempat di Kawasan Gua Musang, Temerloh, Gerik, Baling dan Keseluruhan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah. Manakala terdapat juga di sebahagian kawasan di Perak,. Anggota Angkata Bersenjata Komunis Berbangsa Cina Pula kebanyakkan bertempat dari Muar dan Sebahagian Johor, Bahau, Bentong, Raub dan Karak di Negeri Pahang, Sebahagian Selangor seperti di Tanjung Malam dan Kuala Kubu Baru, Batang Kali dan Kepong. Keseluruhan Anggota Komunis Malaya dianggarkan sekitar 20,000 ke 25,000 Orang Ahli.. Manakala yang berjuang bersenjata dianggar Hampir 15,000 orang yang mana melayu sekitar 5,000 manakala cina pula 9,000 manakala lain2 bangsa termasuk orang asli sekitar 1000 orang.
Sepanjang peristiwa yang membabitkan PKM dari 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960, korban yang direkodkan mencatatkan seramai 2947 Pasukan Polis Tanah Melayu, 1478 Pasukan Keselamatan, 4668 orang awam, dan 10699 anggota PKM.

Memorial Pejuang Komunis Malaya Timur Betong

"Kekal Abadi Para Pahlawan"
Kerajaan Thailand telah menyediakan penempatan bagi bekas-bekas ahli komunis di satu kawasan dikenali sebagai Kampung Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Shkhirin dan Kampung Perdamaian Yaha.

Memorial Pembebasan Gerakan Bersenjata Komunis Malaya
SEMPADAN THAILAND MALAYSIA BUKIT PAGAR BATU BETONG

Bukit Pagar Batu Border Malaysia Thailand, merupakan sempadan untuk memasuki Malaysia secara Haram.. Jalan ini membolehkan sesiapa untuk memasuki Thailand melalui Jalan Hutan berbukit. Namun kini sudah dikawal ketat oleh Tentera DiRaja Malaysia.

Jalan Untuk Ke Sempadan Malaysia di Bukit Batu

Terdapat Kedai dan Perkampungan Kecil Orang Asli
Jalan yang Sangat Teruk


Sempadan Malaysia Thailand di Kawasan Hutan, Kawasan dibahagian Malaysia agak kelihatan sudah bersih.


Pagar Berduri Sepanjang Sempadan


Terdapat Tanda Larangan Memasuki


Bukit Batu Border Malaysia Thailand


THAILAND


INI MALAYSIA. TERDAPAT JALAN MASUK KE MALAYSIA NAMUN HANYA BOLEH DIGUNAKAN OLEH TENTERA 2 NEGARA
LARGEST MAIL BOX IN THAILAND
Terletak di sebelah kanan Pintu Masuk ke Bandar Betong dari Yala. Merupakan Peti Surat Terbesar Di Thailand.
Peti Surat berhadapan Pejabat Pos Betong


Phra Mahathat Chedi Phra Phutthathammaprakat


Phra Mahathat Chedi Phra Phutthathammaprakat Merupakan tempat Beribadat bagi Penganut Buddha di Bandar Betong. dibuat mengikut Rekabenduk Candi Zaman Pemerintahan Kerajaan Srivijaya dengan ketinggian 39.9 meter dan terletak di Puncak Bukit di Tengah Bandar Betong



EDITOR: ABANGBOYC For MALAYSIAN TRAVELLING ASIA 2010
Ikuti Edisi Ke-3 Perjalanan ke Pattani, Timur Selatan Thailand

1 KiRiMaN:

Tanpa Nama berkata...

Abang boy, sy pikir nk pergi betong la dan nk climb n go around the hills dengan kapcai saja ..tumpang taya sana betong apa nama kedai n dimana nak dapatkan petrol yaa..10q 4 info..

 

Abang BoyC ZoNe © 2008 . Design By: SkinCorner