Rabu, 7 Julai 2010

PiNtu KeLuar-MasuK PERLIS MaLaySiA - SatuN ThaiLaND

PINTU KELUAR-MASUK SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND
WANG KELIAN - NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN

Wang Kelian merupakan pintu Keluar Masuk antara Malaysia dan Thailand. Ianya dibuka Sejak 1992, Pintu keluar masuk Wang Kelian ini merupakan Pintu Sempadan Antarabangsa yang memberikan Kebebasan untuk Rakyat 2 Negara Keluar Masuk pada setiap hari Sabtu dan Ahad tanpa sebarang Dokumen Perjalanan. Namun Begitu Pihak Kerajaan Malaysia telah mengubah syarat memasuki Malaysia bagi Rakyat Thailand; yang mana cuma dibenarkan memasuki sejauh lingkungan 3 km persegi sahaja sehingga pukul 6 petang bagi setiap Sabtu dan Ahad. Namun begitu masih ramai yang mengambil kesempatan untuk melangkah lebih jauh hingga ke Kangar mahupon Alor Setar. Sempadan Malaysia-Thailand adalah sempadan antarabangsa yang memisahkan Malaysia dan Thailand. Sempadan ini dibentuk pada 1909, berikutan Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Jarak sempadan antarabangsa Malaysia-Thailand dianggarkan sejauh 646 km. Dari jumlah tersebut, sejauh 551 km adalah sempadan darat (land boundary ) manakala 95 km adalah sempadan mengikut thalweg (bahagian terdalam) aliran utama Sungai Golok. Terdapat empat negeri yang bersempadan dengan Thailand. Daripada barat ke timur adalah Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Di sebelah Thailand pula terdapat empat wilayah iaitu daripada barat ke timur, iaitu Satun, Songkhla, Yala dan Narathiwat.

Pejabat Urusan Keluar Masuk Pintu Antarabangsa Wang Kelian Perlis

Seandainya anda dari Perlis Mahu ke Thailand melalui sempadan ini, bandar yang paling dekat ialah Bandar Satun.. Nama Asal ketika Pemerintahan Kerajaan Tanah Melayu ialah Setol. Antara tempat menarik yang memerlukan melalui Pintu ini ialah Taman Negara Tarotau, Trang, Krabi dan Phuket. Ini kerana laluan ini lebih mudah dan dekat. Namun begitu seandainya ingin ke Haadyai, laluan ini kurang sesuai kerana anda perlu memusing lebih jauh untuk ke Haadyai. Laluan paling sesuai untuk ke Haadyai melalui Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar.

Sekiranya anda dari Thailand, Laluan untuk ke Pos Sempadan Wang Prachan agak Sukar anda Cari, ini kerana laluannya agak kecil dan tidak dikomersilkan. Namun begitu anda boleh menanyakan sesiapa untuk ke Pintu Sempadan ini. Cuma Jangan sebut Wang Kelian, Mereka Kurang tau, Kerana mereka lebih gemar memanggil Wang Prachan... Jadi bagi anda yang susah nak sebut.. sebut saje "Border Malaysia" atau "Malaysia". Mereka pasti akan tunjukkan. Bahasa Melayu amat kurang difahami dan kurang juga digunakan di Persempadanan kawasan Satun, Walaupon hampir Majoriti beragama islam dalam wilayah ini. Di sini terdapat Pasar Bebas yang dibuka setiap Hari Sabtu dan Ahad, yang mana Rakyat 2 negara bebas keluar masuk untuk berbeli belah disini.

Abangboyc melalui Pintu Keluar Masuk Perlis Wang Kelian untuk pulang ke Malaysia setelah menghabiskan perjalanan 4 Wilayah Selatan Thailand bermula dari Betong dalam Wilayah Yala kemudian Wilayah Pattani seterusnya ke Wilayah Songkhla dan Haadyai dan akhir sekali ke Wilayah Satun untuk pulang ke Malaysia.

Baru Sampai Pintu Keluar Thailand, Wang Prachan Satun.

Terdapat Peniaga2 Tempatan Menjual Perbagai Barangan

Abangboyc di hadapan Pintu Keluar Thailand

WangPraChan BounDary Post

Selamat Jalan...................................

Tempat Chop Passport Keluar Imigeresen Thailand

Pintu Sempadan Antarabangsa Malaysia Thailand

Selamat Tinggal Thailand

Selamat Datang ke Malaysia Pintu Wang Kelian Perlis

Abangboyc dihadapan Pos Imigresen Wang Kelian Perlis

Tiada ulasan: