Sabtu, 30 Januari 2010

KEARAH BELIA ISLAM BEBAS ARAK

SYABAS....

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KuatKuasaKan Larangan Membeli Minuman Keras Bagi Umat Islam di Seluruh Negeri Selangor...

Hari ini Abangboyc berasa bertuah berada di Selangor, Bukan hanya sekadar beruntung menjadi Rakyat Negeri ini, Bahkan Abangboyc Berpuas hati dengan pelaksanaan Undang-undang dan Peraturan keras Kerajaan Negeri Selangor kepada Umat Islam, yang melarang keras pembelian atau penjualan minuman-minuman keras yang memabukkan dan beralkohol di Seluruh Dalam Negeri Selangor. Setelah melihat beberapa peristiwa dalam beberapa hari ini, Abangboyc 'SALUT'... kepada Peraturan yang dikuatkuasakan oleh Pemerintahan Kerajaan Negeri yang sekarang diperkatakan banyak mengalami masalah dalaman Partinya yang dipimpin oleh Pakatan Pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pakatan Rakyat.. Walaupon Parti ni dikatakan banyak mengalami permasalahan dari segi perbezaan pendapat... namun Abangboyc tetap 'RESPECT' kepada Peraturan dan Penguatkuasaan undang2 yang nampaknya menjadi dan terbukti berkesan... SYABAS... Walaupon tidaklah dapat menghindari 100% namun usahanya itu kelihatan dapat mengurangkan sambil bertindak mengawal belia2 Islam dan Umat Islam dari terjebak kepada aktiviti2 memabukan yang merugikan sambil tidak mendatangkan faedahkan kepada apapon. Usaha Positif itu sepatutnya diamalkan oleh kerajaan Pusat yang meletakkan Nama Malaysia sebagai Negara Berkonsepkan Islam atau lebih mudah dikatakan Negara Islam. Usaha Murni ini sebenarnya satu usaha yang memberi kesan panjang kepada muda-mudi khususnya Belia Islam negara ini agar dapat menjauhi dari aktiviti meminum arak.
Terima kasih juga keatas pihak peniaga terutama kedai Aneka 24jam seperti contoh utama Kedai Serbaneka 7 eleven yang memberi kerjasama yang cukup berkesan dan terbukti....

Pada Mulanya Abangboyc tak heran sangat tentang ini sebelum ini.... Namun setelah berlaku beberapa peristiwa, Antaranya ada satu peristiwa dimana 3 orang pemuda yang ingin membeli minuman keras di salah sebuah kedai Serbanika 24 jam di Subang tidak dibenarkan membeli, malah pekerja kedai 24 jam itu sendiri tidak mau menjualnya dengan alasan itu adalah Peraturan Kepada Umat Islam Negeri Selangor Oleh Kerajaan Negeri... Sambil pekerja itu menunjukkan bahawa setiap aktiviti penjualannya dikawal oleh kamera yang sering diperhatikan oleh pihak pengurusan kedai dibawah pengutkuasaan badan kerajaan negeri. Oleh itu tiada cara untuk memberi kesempatan bagi menjual Minuman ini kepada Umat Islam. Jadi pemuda itupon beredar dari kedai itu.. Nampak. Lihat... Usaha Murni Kerajaan Negeri itukan Berkesan... Walaupon pekerja itu terpaksa memberanikan diri menghalang pembeli membeli minuman itu, namun usaha itu boleh dikirakan kearah Pahala... Mungkin pekerja itu pon takut dibuang majikannya kerana melanggar arahan pihak berkuasa.., atau majikannya juga takut sekiranya dikenakan denda atas sebab jualan minuman keras kepada umat islam.. Lihat Usaha kerajaan negeri berkesan dimata abangboyc sendiri... Semoga Usaha Baik ini Berterusanlah Hendaknya dan Dapatlah Kiranya Dikembangkan Keseluruh Malaysia agar kita sama2 dapat mengarahkan belia2 islam kita kearah kebaikan....
BERSAMA KITA KEARAH BELIA ISLAM BEBAS 'ARAK'
Editor: Abangboyc Zone

Khamis, 28 Januari 2010

KuaLa PeNyU

JaLaN2 SaBaH
KUALA PENYU
PANTAI SAWANGAN / FERI KUALA PENYU

Kuala Penyu merupakan Pekan juga Sebuah daerah di bahagian Pedalaman Sabah, Bersempadanan dengan Menumbok di Selatan juga Beaufort di sebelah Barat,. terletak di bahagian Persisiran Pantai menghadap Pulau Tiga(Survivor Island). Kuala Penyu boleh dihubungi melalui 3 jalan iaitu dari Membakut dan dari Beaufort bagi mereka dari Kota Kinabalu, dan juga dari Menumbok bagi mereka yang datang dari Labuan. Jarak ke Kuala Penyu, dari Beaufort sejauh 38km, Dari Membakut sejauh 30km, dari Menumbok sejauh 44km.



Pulau Penyu mempunyai Pantai yang menjadi tumpuan Pelancong tempatan, namun begitu lebih ramai Pelancong asing ke sini adalah untuk ke Pulau Tiga dengan menaiki Feri,. Ini kerana di Pulau Tiga terdapat Taman Nasional yang agak Porpular. Namun bagi kebanyakkan Pelancong tempatan menyinggah ke Kuala Penyu atas alasan untuk melalui jalan Pendek untuk ke Kota Kinabalu melalui Membakut,. Perbezaan jarak dari Kuala Penyu melalui Membakut berbanding melalui Beaufort diantara 25 - 30 km..


JaLaN2 SaBaH
PANTAI SAWANGAN

Selamat datang ke Pantai Sawangan..... Ape yang menarik disini?,. Bagi abangboyc ianya bukan sebuah pantai yang sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti air seperti mandi-manda... ianya terbukti kerana kurangnya tempat mandi-manda, cuma terdapat sedikit tempat sahaja yang berpasir,. lain2 tempat telah dibina tembok batu. Namun begitu bagi pendapat abangboyc, pantai ini sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti memancing.. Ini kerana disini terdapat Jeti yang panjang yang memudahkan kaki2 pancing memancing ke tengah pantai. Untuk pengetahuan Pantai Sawangan memiliki air yang begitu Biru.... Jom tengok2 Pantai Sawangan....





Abangboyc atas Jeti Pantai Sawangan




JalaN2 SabaH
Feri Kuala Penyu
(Menjejak Jalan Singkat)

Kuala Penyu memang terkenal dengan kemudahan Feri punggah Ulang Alik kenderaan,,. Menghubungkan Pekan Kuala Penyu dengan Kampung2 bahagian seberang menghala ke Membakut. Feri milik JKR ini menjalankan operasi setiap hari bagi menghubungkan 2 jalan ini. Berkapasiti 8 tan atau lebih kurang 6 ke 8 buah kenderaan,. Namun abangboyc melihat sering feri dimuatkan hampir 10 kenderaan dalam satu2 masa. Sekiranya anda ingin mencuba2 menaiki feri,,. Pastikan anda beratur terlebih dahulu,. Jom Jalan2 kita tengok...



Kenderaan Beratur Panjang menunggu giliran menaiki Feri

Abangboyc nah Beratur juga berlatarbelakangkan Pekan Kuala Penyu.


Ini Dia Ferinye


Peraturan Keselamatan dan waktu Operasi


Had Muatan 8 Tan.. Jom naik Feri


Dapat Naik dah Malam,; Abangboyc dan Mizi


Ngam2 dapat selit kat hujung Feri sebab kenderaan kami kecil sebesar Kancil... hehehe



Nak sampai menyeberang dah.....

Seterusnya dah malam pon,. So Abangboyc meneruskan perjalanan Balik Ke Kota Kinabalu melalui Membakut,.. Cerita2 bab Pekan Membakut dan Papar, abangboyc tak dapat nak cerita panjang disebabkan tak sempat nak ambik gambar dan jalan2 kat sana memandangkan dah malam dan keadaan hujan yang turun lebat semasa kami menghala pulang ke Kota Kinabalu....
Editor: Zone Abangboyc untuk Malaysia Travelling Asia 2010

Selasa, 26 Januari 2010

BeAuFoRT daN KeReTaPi SaBaH

JaLaN2 SaBaH
PEKAN BEAUFORT


Beaufort merupakan diantara Daerah dalam Negeri Sabah.
Beaufort bererti "Kota Yang Indah" dalam bahasa Perancis silam, ia juga merupakan Pekan bertaraf Bandar daerah dalam Sabah Malaysia Timur. Ia merupakan bandar provincial sekitar 90 kilometer selatan Kota Kinabalu, dengan kebanyakkan rumah kedai dibina tinggi dari jalan bagi mengelakkan banjir berkala dari Sungai Padas yang sering berlaku. Pada asalnya Pekan Beaufort ditubuhkan bagi membantu kemajuan ekonomi pedalaman Sabah, kemajuan awalnya berkait rapat dengan penanaman getah. Kini ekonomi daerah ini berumus kepada penanaman kelapa sawit.. Semasa Perang Dunia II, Beaufort merupakan lokasi pertempuran sengit di antara tentera Jepun dan Australia. Beaufort memiliki Perhentian Kereta api Borneo Utara yang dikendalikan oleh Sutera Harbour Resort. Stesen kereta api di Beaufort dibina bertarikh 1905. Khidmat harian biasa kini dikendalikan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
Beaufort juga merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, North Carolina, Amerika Syarikat. (Sumber: Wikipedia / Beaufort)

Dari Keningau merentasi Banjaran Crocker, abangboyc meneruskan perjalanan ke destinasi di Selatan Negeri Sabah menerokai Keunikan Kehidupan Alam Mengijak dari Destinasi ke Destinasi mendalami Keindahan menyelongkar Kebudayaan dan menikmati Kebenaran apa erti Kehidupan. Kini sampai lah Abangboyc di suatu tempat dalam Negeri Sabah iaitu Pekan Beaufort yang juga merupakan sebuah daerah kecil bersempadanan dengan Negeri Serawak. Pekan Beaufort adalah sebuah pekan lama yang bersaiz sederhana namun namanya yang sangat dikenali.. Beaufort juga dikenali sebagai bandar yang sering menerima fenomena banjir setiap musim yang sering menenggelamkan bandar ini...
Sekiranya anda bertandang ke Beaufort anda pasti akan menemui Bulatan Buahan bersebelahan Sungai.. Ini menunjukkan bahawa anda telah sampai di Persimpangan Bulatan menuju ke Pekan Beaufort.

Pekan ini tidaklah sebesar mana namun keperluan dan kepentingan seharian tersedia sepenuhnya di Pekan ini dari Khidmat Perbankan, Penginapan hinggalah Pusat membeli belah juga tersedia.

Pekan Beaufort


Majlis Daerah Beaufort



JaLaN2 SaBaH
SteSen KERETAPI BEAUFORT
KERETAPI SABAH / KERETAPI BORNEO UTARA



Keretapi Borneo Utara; Bagi yang berkesempatan pastikan anda jangan ketinggalan mencuba pengalaman menaiki keretapi borneo utara,. Ianyanya adalah salah satu ikon bersejarah yang dibina pada sekitar tahun 1898, bertindak sebagai pelengkap perhubungan menghubungkan antara Kota Kinabalu di Stesen Tanjung Aru hingga ke Sebuah Pekan di Pedalaman di Tenom selain bertindak menghubungkan beberapa buah kampung di Pedalaman dengan Pekan2 seperti Beaufort dan Papar. Memulakan operasi sekitar awal tahun 1900, Namun begitu perkhidmatan keretapi ini diberhentikan sementara bagi kerja2 menaik taraf menggantikan landasan kayu kepada landasan batu yang lebih kukuh,. kerja2 menaik taraf ini bermula diantara Stesen Tanjung Aru hingga ke Beaufort namun begitu perkhidmatan keretapi dari Beaufort ke Tenom masih berjalan seperti biasa.

Abangboyc dihadapan Stesen Keretapi Beaufort


Bagi yang pertama kali ke Sabah, pastikan anda mencuba menaiki Keretapi Borneo Utara atau lebih dikenali sebagai Keretapi Pedalaman ini dan abangboyc pastikan anda akan memperoleh satu pengalaman unik yang pasti anda tidak dapat lupakan.... Kadar bayaran keretapi yang dikenakan amatlah murah... Anda cuma perlu membayar RM1.20, ianya adalah bayaran pergi-balik untuk perjalanan menghubungkan Beaufort ke kawasan pedalaman dengan perjalanan sekitar 1 jam 30 minit sehala atau 3 jam pergi-balik. Pengalaman yang anda akan rasakan perbezaannya sambil merasai Pahit Manis Susah Senang Penduduk Pedalaman kampung yang hanya dihubungkan melalui jalan keretapi sahaja. Sambil melihat Pakcik Makcik membawa bekalan makanan dan bahan bakar untuk dibawa pulang ke Pedalaman kampung, anda juga akan melihat Kanak-kanak juga Murid-murid sekolah pulang ke rumah mereka yang berada nun jauh di pendalaman. Keretapi yang menghubungkan Beaufort dengan Tenom menjalankan operasi setiap hari pada jam 7.50 pagi menghala ke Tenom manakala dari Tenom menghala ke Beaufort bergerak pada jam 7.30 pagi. Hanya terdapat satu perjalanan setiap hari. Namun bagi keretapi yang menghubungkan Beaufort dengan kawasan perkampungan pedalaman memulakan operasi pada jam 6.00 pagi dari Halogilat ke Beaufort bagi memudahkan Anak2 Sekolah dipedalaman untuk keluar ke Pekan Beaufort bagi mengikuti pembelajaran mereka di Sekolah2 Menengah yang kebanyakan berada di Pekan Beaufort. Jadual perjalanan dari Beaufort ke Pedalaman pula adalah pada 6.30 pagi, 10.30 pagi, 1.30 petang dan 4 petang. Sekiranya anda ingin berjalan2 di kawasan Pedalaman pastikan anda mengambil keretapi waktu perjalanan dalam jam 10.30 pagi dan perlu diingatkan keretapi terakhir ke Pekan Beaufort adalah jam 5.30 petang. dan pastikan anda tidak terlewat kerana tiada kemudahan penginapan di pedalaman.....



Landasan Keretapi Beaufort



Abangboyc bawa makanan bagi meneruskan perjalanan


Keretapi Pelawat VIP




Keretapi dah sampai

Kelihatan Penumpang sedang bergegas menaiki keretapi bagi mendapatkan kerusi.

Abangboyc Nak Naik Depan dengan Pemandu Keretapi


Suasana di Ruang Kabin Penumpang Keretapi


Sudah Memulakan Perjalanan


Berhenti Mengambil Penumpang Terdiri dari Pelajar2 Sekolah


Perjalanan yang mengasyikkan dengan pemandangan yang mempersonakan


Keretapi Menurunkan Penumpang dan Pelajar sekolah di hadapan Rumah. Hentian Tiada Had.



Pondok Perhentian Keretapi di Pedalaman



Keretapi meneruskan perjalanan selepas menurunkan penumpang di Pondok Perhentian



Laluan Unik yang masih asli dipenuhi dengan Rumput2 menutupi Landasan



Keretapi Merentasi Jembatan kayu yang hampir Uzur


Abangboyc turun dari kepalaKeretapi dan tukar ke kabin Penumpang di Perhentian Saliwangan


Lebih Enjoy


Kelihatan Keretapi menurunkan penumpang dan Pelajar Sekolah



Abangboyc dan Member dari Kuala Lumpur



Pondok Hentian keretapi batu 62.5 Pedalaman Beaufort



Suasana kampung dan pedalaman



Perhentian Halogilat



Abangboyc di perhentian Halogilat


Kaunter Tiket Perhentian Halogilat
*Sekiranya penumpang menaiki keretapi dari hentian Pondok, tiket keretapi boleh dibayar di dalam keretapi kepada Pembantu Keretapi.


Selamat Jalan Pengalaman menaiki Keretapi Stesen Beaufort
Editor : Abang Boyc ZoNe untuk Malaysia Travelling Asia 2010.