Jumaat, 23 April 2010

SONGKHLA; SELATAN THAILAND

SONGKHLA DAN HAADYAI
KOTA BESAR SELATAN THAILAND

Songkhla (สงขลา) (dahulunya dikenali sebagai Singgora) adalah sebuah bandar di Thailand berhampiran dengan sempadan Semenanjung Malaysia. Songkhla juga dikenali sebagai "Singgora" ataupun “Kota Singa” khususnya di kalangan negara-negara barat sebelum Perang Dunia II. Walaupun Songkhla lebih kecil berbanding dengan bandar Hat Yai, Songkhla adalah bandar wilayah untuk Wilayah Songkhla dan juga Wilayah Perbandaran Songkhla (Amphoe Mueang Songkhla). Songkhla terletak di muara tasik Songkhla yang menghubungkan tasik itu dengan Teluk Siam.
Tasik Songkhla (ทะเลสาบสงขลา) merupakan tasik terbesar di Thailand, terletak di utara Semenanjung Malaysia di bahagian selatan Thailand. Ia merangkumi kawasan seluas 1,040 km² ia bersempadan dengan jajahan Songkhla dan Phattalung. Tasik ini terbahagi kepada empat bahagian jelas. Bahagian selatan bertemu membentuk muara seluas 380 m dengan Teluk Thailand di bandar Songkhla, dan mengandungi air payau sekitar separuh kemasinan air laut. Di utara airnya tawar. Di selatan selepas mencerut kepada hanya kelebaran 6 km adalah Thale Luang (782.80 km²), dan akhirnya di bahagian utara antara paya bakau adalah 28 km² Thale Noi kecil. Ciri-ciri paling jelas adalah tambak sepanjang 75 km yang membatasi tasik dengan laut. Tidak sebagaimana tambak lain, ia kemungkinannya terbentuk apabila pulau asal bersambung akibat mendakan oleh tasik sebelumnya. Sejumlah populasi kecil Irrawaddy Dolphin terdapat di tasik ini, bagaimanapun terancam oleh pencemaran dan penangkapan ikan melampau di tasik ini. Tanah paya Phru Khuan Khi Sian di Tasik Thale Noi dilindungi sebagai tanah paya Ramsar semenjak 1998. Ia merupakan sebahagian dari kawasan dilarang memburu Thale Noi, diisytihar pada 1975.
Perjalanan Abangboyc mulakan dari Pusat Bandar Wilayah Pattani. Pagi2 lagi Abangboyc meneruskan perjalanan bersama teman2 Abangboyc. Kami Chek-Out dari Hotel dan terus ke Sebuah lagi Wilayah Selatan Thailand iaitu Songkhla. Perjalanan dari Pattani ke Songkhla sekitar 2 jam bergantung kepada Pemanduan. Dari Pattani ke Songkhla, Anda akan menemukan sekatan2 Jalan namun kebanyakan Sekatan Tiada BerPenunggu (Petugas Keselamatan). Cuma Abangboyc menemukan sebuah Pos yang melakukan Pemeriksaan Ketat apabila menghampiri Sempadan antara Wilayah Songkhla dengan Wilayah Pattani. Namun Semuanya dalam Keadaan Baik. Selepas sekatan ini,. Tiada Lagi Apa2 Sekatan di Mana2 Jalan menuju ke Songkhla dan Haadyai. Rupa2nya, Hanya 3 Wilayah sahaja yang dilakukan Pemeriksaan Keselamatan Oleh Ketenteraan DiRaja Thailand. Wilayah2 yang lain Bebas seperti Negara Malaysia juga.
Jalan Keluar Dari Bandar Pattani ke Narathiwat, Yala Mahupon Songkhla.

Untuk Ke Songkhla dari Pattani ikut 'Signbord' Haadyai.

Jalan Disini lebih selesa berbanding di Wilayah Yala.. Disini Jalan2 Berciri LebuhRaya namun tidak dikenakan sebarang bayaran.





Wilayah Songkhla terkenal dengan Duyong Batunya yang terletak Pantai Samila, Konon2nya pada masa dahulu berlaku kisah Percintaan antara Sang Duyong dengan Orang Biasa. Duyong itu pula dikatakan disaluti Emas.. (Maaf kalau tidak Tepat; Info cuma dari dengan Sembang2 teman.) Selain Duyong Batu dan Pantai Samila, Songkhla juga terkenal dengan Tasiknya yang diberi nama Tasik Songkhla. Tasik yang Terbesar di Negara Thailand ini seluas Negeri Perlis namun bergeografi Bujur Memanjang. Selain itu, tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah Museum Kebangsaan Songkhla, Rumah Kelahiran Perdana Menteri Thailand ke-16 (terletak bersebelahan Museum.), Khao Tang Kuan (Merupakan kawasan Bukit yang dapat memberikan Penglihatan Jelas ke seluruh Bandar Songkhla.) dan terdapat berbagai lagi tempat2 menarik di sini.

Songkhla National Museum






Rumah Kelahiran Bekas Perdana Menteri Thailand Ke-16

Lokasi: Bersebelahan Museum dan terletak di tengah2 Bandar Songkhla.
Cafe berhampiran Museum Songkhla

Nak Minum Jimat Pon Ade......
Khao Tang Kuan



Pemandangan Tasek Songkhla dan Teluk Siam
Pemandangan Keseluruhan Bandar Wilayah Songkhla
Phra Cendi Luang (ROYAL PAGODA)


SAMILA BEACH SONGKHLA (PANTAI SAMILA)
Jeti Tasik Songkhla



BANGUNAN KEDUTAAN BESAR KERAJAAN MALAYSIA KE SONGKHLA
ABANG BOYC ZONE

Isnin, 12 April 2010

PATTANI; SELATAN THAILAND

PATTANI THAILAND
WILAYAH KERAJAAN MELAYU THAILAND


Edisi Ke-3 Perjalanan ke Pattani, Timur Selatan Thailand
*DARI BETONG KE PATTANI MELALUI YALA

PERSEJARAHAN:
Pattani
(ปัตตานี, ڤتتاني) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand. Wilayah-wilayah yang bersebelahan adalah Narathiwat, Yala dan Songkhla.
Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka sebagai Patani Darussalam atau Patani Raya. Kewujudan Wilayah Pattani ini bermula dari Abad ke-4 hingga ke-7 di Zaman Pemerintahan Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Pan-Pan. Kedua Kerajaan ini Wujud pada sebelum Zaman Kerajaan Sriwijaya lagi. Setelah Bertukar2 Kerajaan yang menakluk Wilayah ini Selepas Sriwijaya dan Kerajaan Ayutthaya,. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 Pattani menjadi merdeka dan Akhirnya Pattani membina sebuah kerajaan sendiri iaitu Kerajaan Patani, namun kerajaan ini tidak bertahan lama setelah di perintah tunduk kepada kerajaan Siam Dinasti Chakri. Walaupon berada dibawah pemerintahan Kerajaan Siam Dinasti Chakri, Kerajaan Patani masih memerintahan dan berhubungan baik dengan kerajaan Kedah ini kerana Kerajaan Patani (كراجأن ڤتتاني) merupakan sebuah kerajaan awal di Tanah Melayu yang diperintah oleh Orang Melayu dan Beragama Islam. Bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistik dari kerajaan Siam. Dengan itu, sistem pemerintahan Kesultanan Melayu telah dihapuskan. Dengan termeterainya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909, Patani telah diakui oleh British sebagai sebahagian daripada jajahan Siam walaupun tanpa kerelaan orang-orang Melayu Patani. Dengan ini, Persempadanan Tanah Melayu Berganjak dari Segenting Kra pada mulanya ke Persempadanan yang ada kini. Semenjak penghapusan pemerintahan Kesultanan Melayu Patani, orang-orang Melayu-Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, Konsol British di wilayah Songkhla, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang ‘misgoverned’. Justeru, tidaklah hairan kekacauan seringkali berlaku di Patani.


Pattani yang dulunya terletak di Semenanjung Tanah Melayu, Kini diiktiraf oleh British sebagai Milik Siam pada 1909 dan berada di tanah Thai (Thailand) dengan berpantaikan Teluk Thailand di sebelah utara. Di bahagian selatan terdapat beberapa gunung-ganang dan tempat tarikan pelancong seperti taman negara Budo-Sungai Padi yang berada di persempadan wilayah Yala dan Narathiwat. Di sini, terdapat beberapa tumbuhan yang agak luar biasa seperti palma Bangsoon dan rotan Takathong. Di kawasan persempadan dengan Songkhla dan Yala pula terdapat sebuah taman rimba yang terkenal dengan gunung terjunnya, Namtok Sai Khao. Pattani merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 85% adalah Muslim. Nama Patani berasal dari perkataan dalam Bahasa Melayu 'Pantai Ini' dengan kedudukannya dipersisiran Pantai. Merupakan salah satu wilayah baru yang diwujudkan dari Negara Patani yang asal, demografinya tidak jauh berbeza dengan wilayah-wilayah majoriti Melayu Islam yang lain seperti Narathiwat, Yala, Satun dan Songkhla. Kini terdapat sebuah pergerakan pemisah Patani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri. Pergerakan pemisah ini menuntut kemerdekaan Pattani Darussalam atau bergabung dengan Malaysia.



DARI BANDAR BETONG - BANDAR YALA (MUANG YALA)
JARAK 138KM.

Bangun Pagi dan Sarapan. Setelah selesai Berjalan2 di Bandar Betong Semalam dan Bermalam di Sini malam tadi,. Abangboyc merancang untuk ke YALA dan PATTANI. Jarak ke Bandar Yala ialah 138KM dari Betong menghala ke Tano Maero dengan melalui jalan lama yang tidak lurus dan berpusing2 serta merentasi hutan seperti Jalan Lama GERIK-KUALA KANGSAR. Melalui Beberapa Kampung dan Pekan antaranya Aiyoeweng, Mae Wat, Ban Rae, Bannang Sata, Than To, Tanao Pute dan Bannang Sareng. Untuk pengetahuan kawasan2 ini berada dibawah Pengawasan Tentera Kerajaan Thailand. Bagi mereka yang ingin ke sana disaran memiliki pengenalan diri secukupnya yang Sah termasuk Lesen Memandu Internasional. Di Bandar Betong Sahaja yang kurang Pemeriksaan Ketenteraan, Kalau di Perjalanan ke Yala... Susah nak Cakap,. Asyik kena Tahan bagi Pemeriksaan Ketenteraan Keselamatan.

Tentera Thailand Melakukan Kawalan di Jalan2 dalam Bandar Betong

Pagi2 lagi yang Meronda,. Biasalah Jalankan Tugas

Orang Belum Bangun Tido lagi Askar Thailand ni dah Merayap (Makan Angin).

Untuk ke Yala dengan kenderaan, Pastikan Tangki Minyak diisi dulu (isi di Malaysia lagi Bagus), Takut2 kena tolak pulak nanti.. Maklumlah dalam perjalanan ini tidak terdapat Stesen Minyak pon.

Jalan Menghala Ke Yala

Terserempak Army Tengah Melakukan Rondaan di Perkampungan

Jangan Buat Hal,. Kalau Mereka Curiga Mereka Tembak je Kita.

Askar Beli Nasi Lemak Kuih-kuih... Sarapan

Bersebelahan Warung Nasi Lemak tadi, Jalan nak masuk perkampungan... di setiap Jalan nak Masuk terdapat Warga tempatan yang mengawal tempat ini... Abangboyc Kurang Pasti Samaada ini Tentera atau Gerila Mempertahankan Kawasan mereka. tapi yang nyata Aku dengan member Kecut Telur Masing2.. Hahahhaha... First Time rase cam Zaman Perang. Tapi kalau kita tak buat ape2.. Kita tak perlu takut dan mereka tidak akan ganggu kita.. Mulakan dengan Assalamualaikum.. Selamat Punya. Mereka ni tau cakap Melayu.. Maklumlah asal kita sama Tanah Melayu. Untuk pengetahuan, Tanah Melayu pada asalnya sehingga ke Segenting Kra. Tanyalah Atok2 korang ke atau Bapak2 korang yang berumur sekitar 60 tahun dan ke atas. Zaman Sekolah mereka (kalau Sekolah) lukis peta Tanah Melayu sampai mana.. Mesti diaorang akan cakap sampai Segenting Kra. Walaupon diaorang tidak pernah sampai sana. Segenting Kra terletak disempadanan Myamar(Burma) dan Sungai Kra adalah Persempadanan Asal Tanah Melayu, Burma dan Tanah Thai. Nak tau lebih lanjut, bukaklah Buku Sejarah atau tunggu Edisi Abangboyc ke Segenting Kra.

Abangboyc dengan Member2,. Perjalanan Ke Pattani

Tengok SignBoard Jarak Yala 120KM dan Pattani 158KM
dan Pekan Than To 60KM

Perjalanan ke Yala amatlah menguji Pemanduan dan Keberanian anda,. Bukan disebabkan Jalan yang Bengkak-Bengkok tetapi disebabkan Sekatan Jalan oleh Pihak Tentera yang menjadikan laluan menjadi satu bagi Pemeriksaan. Yang Abangboyc Rekodkan terdapat Hampir 30 Sekatan Jalanraya yang dibuat oleh Pihak Keselamatan Tentera Thailand dalam Jarak 100KM Betong Ke Yala. Sampai "tak lalulah" Asyik kena Tahan je. Sekejap-sekejap.. "Sawadikap" "Passport Please" " Lisen Please" "From Where" dan Macam2 lagi Bahasa Thailand-lah. Samapai tak sempat nak simpan passport dah kena Pemeriksaan lagi.. Yang tak tahan tu kalau diaorang(Tentera Thailand) tu nak Periksa Kenderaan. Tapi yang buat Seronok tu, diaorang tak tau cakap Inggeris dan Bahasa Melayu. Lain yang diaorang tanya lain aku bagikan.. Malas2 diaorang suruh Jalan je. Aku tak boleh lupa saat dia (Tentera Thailand) minta Internasional Driving Lesen,. Aku bagi je Lesen Malaysia. Dia Minta Internasinal sebab dia nampak Lesen Memandu Malaysia ada Logo Malaysia,. So aku bagi je Lesen GDL ( Lesen Kenderaan Barangan Malaysia-Warna Hijau), Dia Tanya aku "This International". Aku Cakap "YES". Lepas tu dia cakap "Welcome" "Thank You". Aku pon Cabutlah terus Jalan. hahahaha. dalam hahahhaa.. Telor Kecut Habis Bai.. Nasib Baik Tentera tu tau Cakap tu je. Aku Cakap Inggeris, dia tak faham. Bahasa Inggeris aku Teruk ke atau dia memang belajar cakap itu je.
Tentera Keselamatan Thailand
Nampak Muka cam Melayu tapi tak pandai cakap Melayu
Antara Pasukan Ketenteraan Keselamatan Thailand
Pasukan Tentera Thailand ini melihat dari Jauh Majlis Kenduri Perkahwinan di dalam Perjalanan ke Yala.
Anda Akan Bosan Melihat dan Melalui Sekatan Jalan

Persimpangan Yala, Haadyai ( Kena Turn Kiri dulu Kemudian Turn Kanan ) Masuk Bandar Yala

Perkampungan Melayu Bangkok di Yala
Kelihatan Tentera Thailand di Bandar Yala

Peniaga Berjualan di Tepi Sebuah Jalan Berhampiran Bandar Yala

Penduduk Tempatan

BANDAR YALA SELATAN THAILAND (MUANG YALA)
Bandar Yala merupakan Pusat Province Wilayah Yala,. Bandar ini Bersaiz Kecil sedikit Berbanding Wilayah Bandar Pattani. Memiliki Stesyen Keretapi Persinggahan antara Golok-Haadyai-Bangkok. Tempat2 menarik untuk Jalan2 di Tengah2 Bandar ialah Pusat Pasar Rakyat yang terletak di Tengah2 Bandar. Terdapat jualan2 pelbagai jenis Pakaian buatan tempatan. Harga Murah dan Makan pon Murah.. Bahasa Melayu dipertuturkan tidak terlalu meluas. Sekiranya nak Bermalam di sini, abangboyc cuma nampak ada satu hotel sahaja terletak di Tepi Jalan Besar berdekatan Pusat Pasar Pakaian Di Dataran tadi.
Train Railway Golok-Haadyai melalui Bandar Yala
DARI MUANG YALA KE MUANG PATTANI
JARAK 40KM

Dari Bandar Yala ke Bandar Pattani jarak cuma 40KM sahaja. Melalui jalan yang agak Besar dan Selesa merentasi Kampung dan Pekan antaranya Mo Mawi, Pitu Mudi, Yarang, Puyut dan BaraHo. Perjalanan yang amat selesa dengan cuma terdapat sedikit sahaja sekatan Jalan. Perjalanan ke Pattani dari Yala, Abangboyc bergerak dari Yala selepas Mahgrib menuju ke Pattani perjalanan Cuma Sejam sahaja. Selepas Berjalan2 pusing Bandar Yala dan Makan di Kedai milik Orang Islam di Bandar Yala, Abangboyc meneruskan perjalnan ke Pattani pada pukul 7.00 malam (waktu Malaysia 8.00malam) dan ampai di Bandar Pattani sekitar jam 8.00 Thailand (Malaysia 9.00malam) Maklumlah Bawak Perlahan, Tengok2 tempat orang..
PERSIMPANGAN MASUK BANDAR PATTANI

ABANGBOYC MUANG PATTANI
REPLIKA TOKONG BUDDHA Di Hadapan Taman Gimm Bersebelahan Sungai dan Berhampiran Dewan Pentadbiran Wilayah Pattani
Oleh disebabkan Kami sampai di Pattani pada Sebelah Malam, So Kami bercadang untuk mencari tempat penginapan terlebih dahulu sebelum Bersiar2 sekitar Pattani. Jalan2 cari Hotel, Akhirnya jumpa sebuah Hotel yang agak Bagus dengan harga yang Murah Sangat. Hotel yang kami menginap ini ialah Hotel My Garden, terletak di Bulatan Menara Jam berhadapan Stesen Minyak. Harga bagi "Twin bed" cuma B550 (Sekitar RM60.00). Jadi Kami ambik 2 bilik. Bilik yang Bagus dan Selesa juga Lokasinya yang terletak di Pusat Bandar.
Keadaan Dalam Bilik Hotel
Selesa dan Bersih

MY GARDEN HOTEL, PATTANI THAILAND

BULATAN MENARA JAM PATTANI

Member2 Abangboyc yang sama2 Jalan2 Thailand

Abangboyc di PATTANI PROVENCIAL HALL

Tokong Buddha yang Abangboyc ambik gambar malam tadi

Sungai Di Tengah Bandar Pattani

Pasar Tetwiwat di Muang Pattani
Pagi2 lagi selepas bangun tido dan kamipon jalan2 sekitar Bandar ini, Bandar yang hampir serupa Kota Bharu Kelantan ini merupakan Kota dan Penempatan Asal Kerajaan Bangsa Melayu Islam Patani. Melayu Patani adalah Bangsa Melayu yang sama dengan Melayu di Malaya(Malaysia), ini kerana 100 tahun dahulu Pattani, Narathiwat, Yala, Satun, Songkla, Puket hingga ke Ranong di Segenting Kra merupakan sebahagian daripada Tanah Melayu yang memiliki Ciri2 Budaya Melayu dan Diperintah Oleh Raja2 Melayu, Walaupon ada sesetengah kawasan telah dijajah dan ditakluk oleh Kerajaan Siam, namun penduduk tempatan masih Berbangsa Melayu. Hinggakan Pihak Siam mengarahkan penghijrahan orang2 Thai dari Utara ke kawasan Selatan menjadikan kini Bangsa Melayu berkurangan dan tertindas di samping Tekanan dari Kerajaan Memaksa Anak2 kecil memperbelajari Bahasa Thailand dan Agama Buddha di Sekolah2 Kerajaan membuatkan Ramai Ibu Bapa mereka yang berbangsa Melayu yang masih mengenal Budaya, Bahasa dan adat melayu lebih gemar menyekolahkan anak2 mereka ke sekolah2 pondok yang lebih berteraskan Pendidikan Agama.
Bahasa Penulisan dan Bacaan yang digunakan Melayu Pattani khususnya dan di Selatan Thailand Amnya adalah Bahasa Yawi (JAWI). Bahasa Yawi digunakan dalam penulisan dan pertuturan secara meluas di wilayah-wilayah selatan Thailand, iaitu Narathiwat, Yala, Pattani, dan sesetengah kawasan di Songkhla, selain itu ia juga dituturkan di beberapa kawasan utara semenanjung Malaysia terutama sekali Kelantan dan Kedah. Dianggarkan bahawa terdapat 3 juta orang menggunakan Bahasa Yawi (JAWI).
Bahasa Melayu Patani merupakan sebuah loghat Bahasa Melayu dengan menggunakan Tulisan Jawi. Bahasa Melayu dan kemungkinan juga Bahasa Melayu Patani pernah berpengaruh ke arah utara hingga ke Segenting Kra.
Abangboyc dan kawan2 mencari Sarapan di Belakang Sekolah yang terletak berhadapan Pejabat Kerajaan Provenci Pattani. Sarapan yang terdapat disini hampir sama apa yang ada di Malaysia,. Nasi Lemak dan Kuih2 dengan harga yang boleh dikatakan agak murah. Rata-rata penduduk Tempatan di sini berbicara dalam Bahasa Melayu Pattani yang hampir sama Loghat Kelantan. Dikedai2 Makan, di Pasar2, Bahasa Melayu lebih digunakan berbanding bahasa Thai yang hanya digunakan pada acara Resmi.

Member2 Abangboyc dalam Bas Sekolah di Pattani

BANDAR PATTANI / MUANG PATTANI

TEMPAT2 MENARIK DI BANDAR PATTANI
Antara tempat2 menarik di Bandar Pattani ialah Pasar Rakyat, Masjid Jamek Al-Fatoni, dan Perkampungan Orang Melayu disamping Kawasan2 Sekitar Bandar Ini yang menjanjikan perbezaan yang pasti tidak dapat dilupakan. Pusat2 Hiburan amat Kurang di sini. Ini disebabkan Pengaruh Islam disini masih Kuat. Anda boleh juga ke Pantai yang terletak di antara Pattani dan Songkla. Pantai yang hampir sama dengan pantai di Terengganu Malaysia.

Tentera yang Sering Kelihatan melakukan Rondaan


Sekatan yang Kuat ini menyebabkan Kurangnya Pelancong ke Kawasan ini.

MASJID JAMEK AL-FATONI (AL-PATANI)