Ahad, 26 September 2010

WISATA BANDA ACEH

MENARIK SEKITAR BANDA ACEH DARUSSALAM
Part:2 *AA100M*

Abangboyc teruskan menjejak tempat2 menarik di sekitar Banda Aceh bagi mengisi aktiviti Percutian ke Banda Aceh ni,. Antaranya Museum Tsunami, Kapal Apung Tsunami, Taman Tsunami Dalam Kenangan, Museum Aceh yang menempatkan Rumah Adat Aceh dan Loceng Cakra Donya Aceh, serta Taman Putroe Phang.

MUSEUM TSUNAMI BANDA ACEH

Museum Tsunami Aceh adalah museum yang didirikan di tengah Banda Aceh, untuk mengenangkan kejadian gempa bumi Samudra Hindia 2004 serta menjadi pusat pendidikan dan tempat perlindungan seandainya berlaku kembali tsunami.
Museum ini menampilkan simulasi elektronik gempa bumi Samudra Hindia 2004, dan menempatkan foto-foto korban dan kisah dari korban yang terselamat dari Bencana Tsunami.

Tsunami Museum; Pemandangan dari Luar Saat Hujan.

Abangboyc Hujan Pon Bergambar... Kesian. Ape Boleh Buat; Inilah Caranya Untuk Tinggalkan Sesuatu Kenangan DiSini.


KESAN TSUNAMI : KAPAL PLTD APUNG DI DARAT

Kapal PLTD Apung merupakan Kapal Tenaga yang Dihempas ke Darat oleh Bencana Tsunami.

Info Kapal PLTD Apung : Oleh diKeranakan terlalu banyak menara sambungan Elektrik dari Sumatera Utara ke Aceh ditebang oleh pihak-pihak pemberontak pada masa konflik GAM maka masalah kekurangan bekalan Letrik di Banda Aceh menjadi sangat serius sehingga PLN menempatkan Kapal Generator Letrik bagi membekalkan keperluan letrik di Banda Aceh melalui Jalan laut. Namun selepas berlakunya Tsunami, Kini Kapal PLTD Apung terdampar ke darat sejauh 5 km dari tempatnya berlabuhnya di laut Ulee Lheue Banda Aceh, Saat kejadian tsunami yang hampir 6 tahun lalu. Kapal yang berat hampir 2.600 ton ini dahulunya digunakan untuk membekal arus letrik kepada masyarakat di wilayah Banda Aceh dan Aceh Besar, ketika Aceh dilanda konflik yang mengakibatkan sering terganggunya bekalan letrik kepada pelanggan.
Sekarang kapal ini telah menjadi bukti keganasan gelombang tsunami yang telah menelan korban nyawa rakyat Aceh hampir 126,000 jiwa. Setiap hari kawasan ini kini banyak di kunjungi oleh pelancong luar negeri maupun tempatan yang ingin menyaksikan keajaiban Tuhan ini.

Kapal yang seberat 2,600 ton di kini berlabuh di tengah Banda Aceh..
Itulah Kuasa Tuhan...

Juga diperkatakan bahawa Kapal ini telah berlabuh di atas beberapa buah rumah dan terdapat mayat2 dibawah sisa kapal yang tidak dapat diuruskan jenazahnya atas alasan tidak dapat mengangkat dan memindahkan kapal dari posisi asal.

Bahagian Belakang Kapal PLTD Apung

Betapa tingginya arus Tsunami... hinggakan Kapal Sebegini Besar pon dapat diApungkan ke Darat.

Tangga Untuk Naik ke atas Kapal Kesan Tsunami...
Jom Naik... Free je.. Gratis Doang.

Keadaan atas Kapal Apung Tsunami

AbangboyC sempat bergambar di atas Kapal PLTD Apung 1

Serombong Asap hasil pembakaran diesel bagi menjana tenaga Letrik.

Pemandangan Persekitaran dari atas Kapal Apung Tsunami.
Kelihatan Taman Peringatan Tsunami.

Rumah Nostalgia Tsunami 2004

Menempatkan Gambar2 Saat Berlakunya Tsunami dan Info berkaitannya.

Erti Kata Tsunami.......

Himpunan Gambar2 Kesan Tsunami

Wisata PLTD APUNG 1

Kapal Tsunami pandangan dari Rumah Kesan Tsunami.


JALAN2 KE MUSEUM ACEH

Perjalanan Abangboyc dengan Beca Motor dengan Kos yang agak Murah.

Rumah Aceh di sebelah Museum Aceh
Museum Aceh didirikan pada masa pemerintahan Hindia Belanda, yang Pada waktu itu bangunannya berupa sebuah bangunan Rumah Tradisional Aceh (Rumoh Aceh).

Lonceng Cakra Donya Aceh
Lonceng ini diberikan oleh pemerintah China iaitu Laksamana Cheng Ho yang merupakan pelayar tangguh (dan yang pasti lebih hebat daripada Columbus) sebagai Perwakilan Bangsa China pada saat itu, bagi menghadiahkannya kepada Kerajaan Aceh.


JALAN2 DALAM KOTA BANDA ACEH











dan abangboyc meneruskan ke destinasi wisata seterusnya di Banda Aceh iaitu Taman Putroe Phang dan mesjid Baitul Musyahadah (Masjid Meukeutop)

Taman Putroe Phang

Taman Putroe Phang, terletak di wilayah kompleks Istana Sultan Aceh di Banda Aceh. Taman ini dibuat oleh Sultan Iskandar Muda untuk Permaisurinya yang bernama Putroe Phang yang bererti Putri Pahang, yang juga berasal dari Pahang, Malaysia.
Di taman tersebut terdapat sebuah bangunan unik, bernama Gunongan. Menurut kepercayaan setempat, bangunan ini dibuat menyerupai bukit-bukit yang terletak di Pahang, Malaysia dan dibuat atas permintaan siPermaisuri itu sendiri, yang selalu rindukan kampung halamannya, iaitu Pahang, yang konon berbukit bukit. Namun ade juga yang berpendapat bangunan unik berbentuk Gunungan ini melambangkan Gunung Mahameru dan mungkin juga ditujukan pada Dewa Agni, dewa api dalam agama Hindu


Mesjid MeuKeutop

Masjid Baitul Musyahadah (Masjid Meukeutop) Masjid Baitul Musyahadah atau lebih dikenali Masjid Meukeutop terletak dijalan Teuku Umar Setui Banda Aceh. Selain Unik dan Cantik dari segi Seni Reka Binaannya, Masjid ini pada waktu Ulang Tahun Perjanjian MoU Helsinski, sangat ramai dipenuhi oleh para tamu yang datang dari daerah-daerah Aceh, kerana masjid ini berfungsikan juga sebagai dapur umum.

Create By : Abang BoyC ZoNe

LIBURAN KE BANDA ACEH

MELANCONG KE BANDA ACEH DARUSSALAM,
UTARA SUMATRA, INDONESIA. *AA100M*
MENJEJAKI KESAN BENCANA KOTA TSUNAMI


Kali ini, Abangboyc mengisi cuti hujung minggu dengan BerLibur ke Banda Aceh Darussalam. Banda Aceh merupakan destinasi Unik tinggalan dari Kesan Tsunami yang melanda Daerah ini pada Desember 2004 yang menggemparkan dunia dengan mengorbankan lebih 100,000 Nyawa Warga Banda Aceh.
Secara Amnya Banda Aceh terletak di hujung sebelah Utara Pulau Sumatera, merupakan antara daerah istimewa di Indonesia selain Jogjakarta dengan sebutan Nanggroe Aceh DarusSalam. Provinsi Aceh merupakan Provinsi paling barat Negara Indonesia dan Daerah ini berbataskan dengan Teluk Benggala di sebelah utara, Samudra Hindia di sebelah barat, Selat Melaka di sebelah timur, dan Sumatera Utara di sebelah tenggara dan selatan. Pada Asalnya Aceh adalah peninggallah dari Kesultanan Aceh yang juga merupakan kelanjutan dari Kesultanan Samudera Pasai yang hancur pada abad ke-14. Kesultanan Aceh terletak di utara pulau Sumatera dengan ber-Ibu kota-kan Kutaraja (Banda Aceh).
Abangboyc memulakan perjalanan dari Kuala Lumpur Low-Cost-Carier Terminal dengan menggunakan Pesawat Penerbangan AirAsia No. Penerbangan AK305 ke Banda Aceh. Penerbangan ini memakan masa selama 1 jam dan 25 minit, dan akan mendarat di Bandar Udara Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh. Terima KAsih Kepada AirAsia kerana terus Menaja Perjalanan Percutian Abangboyc.

Penerbangan Bersama AirAsia.Com

AbangboyC dalam Penerbangan ke Banda Aceh

Perjalanan Kali Ini Abangboyc cuma Bersendirian

Selamat Tiba Akhirnya ke Bandar Udara Banda Aceh

Jom... Chop Passport dulu.

Syarat dan Peraturan Memasuki Banda Aceh.
Kena Ambik Gambar Lagi...


PERJALANAN KE KOTA PROVINSI ACEH DARUSSALAM
~BANDA ACEH~

Dari Bandar Udara Sultan Iskandar Muda, Abangboyc terus mengambil kenderaan Umum ke Kota Banda Aceh dengan biaya sebanyak Rp120.000 . Agak Mahal namun oleh kerana ini pertama kali ke Banda Aceh jadi abangboyc kurang pasti akan arah tujuan dan hotel yang ingin abangboyc bermalam. Tapi yang penting setiap apepon Keselamatan harus diUtamakan. Maklumlah di negeri Orang.
Dalam Perjalanan ke Kota Banda Aceh, Abangboyc diberitahu oleh tukang Supir (Pemandu) tempat2 menarik di Banda Aceh dan antaranya ialah Makam Perkuburan Masal Sirom yang merupakan Perkuburan Beramai2 mangsa Tsunami. Dikatakan hampir 40ribu orang dikebumikan beramai2 serentak di sini.. Makam Masal Sirom terletak di perjalanan antara Bandar Udara Iskandar Muda ke Kota Banda Aceh.

Perkuburan Masal Sirom, Banda Aceh

Perkuburan Mangsa Tsunami 2004

ARCA berbentuk Gelombang Ombak Tsunami dibina
agar menjadi kenangan kepada Waris Mangsa Tsunami



Gerbang Pintu Masuk Banda Aceh DarusSalam

Jambatan Pante Perak di tengah2 Banda Aceh
PENGINAPAN DI BANDA ACEH
Hotel Medan, Hotel Wisata Banda Aceh

Di Banda Aceh, Abangboyc menginap di Hotel Medan yang merupakan antara Hotel Wisata (Hotel Pelancongan) yang terkemuka yang sering dijadikan penginapan oleh Para Pelancong Luar Negeri (Turis). Kamar yang abangboyc Nginap di Banda Aceh berharga Rp185.000. Kamar ini mempunyai 2 Single Bed dan Kamar Mandi yang Luas di samping Ruang Istirehat yang Besar dan Kemudahan Pendingin serta Alat Television dan Pemanas Air. Namun terdapat juga Kamar yang harganya lebih Mahal sehingga Rp500.000.
Keadaan Dalaman Kamar Hotel Medan, Banda Aceh
yang abangboyc tinggal.

Hotel Medan, Banda Aceh Dalam Kenangan Tsunami 2004
Jalan2 Sekitar Banda Aceh

Kem Tentara Nasional Indonesia, Banda Aceh.
Keadaan LaluLintas Banda Aceh DarusSalam

MASJID BAITURRAHMAN BANDA ACEH DARUSSALAM
Masjid Raya Baiturrahman adalah sebuah masjid yang berada di pusat Kota Banda Aceh. Masjid ini dahulunya merupakan masjid Kesultanan Aceh. Sewaktu Belanda menyerang kota Banda Aceh pada tahun 1873, masjid ini dibakar, kemudian pada tahun 1875 Belanda membangun kembali sebuah masjid sebagai penggantinya.
Mesjid ini pada mulanya berkubah tunggal dan selesai dibina pada tanggal 27 Desember 1883. Selanjutnya Mesjid ini diperluas menjadi 3 kubah pada tahun 1935. Terakhir diperluas lagi menjadi 5 kubah pada 1959 dan siap sepenuhnya pada 1968.
Masjid ini merupakan salah satu masjid yang terindah di Indonesia yang memiliki bentuk dan ukiran yang menarik, halaman yang luas dan terasa sangat sejuk apabila berada di dalam ruangan masjid tersebut.
Pintu Masuk Masjid Besar Banda Aceh,
Mesjid Baiturrahman Raya Banda Aceh

Perkarangan Mesjid Raya Baiturrahman Banda Aceh

Masjid Raya Baiturrahman menjadi Ikon Istimewa Banda Aceh yang sering digelar Serambi Mekah.
Abangboyc di Hadapan Masjid Raya Banda Aceh

Ruangan Dalaman Mesjid Raya Baiturrahman Banda Aceh.
Keunikkan terlihat di Ruangan Solat dalam Mesjid.
Menara Masjid Baiturrahman
PASAR ATJEH BANDA ACEH
Pasar Atjeh atau Pasar Aceh merupakan tempat jualan2 pelbagai barangan. Akan tetapi kebanyakkan barang yang diperdagangkan disini berkonsepkan perhiasan diri. Dari Perhiasan Wanita antaranya Emas dan Perak seperti Cincin, Gelang dan Rantai hinggakan Perhiasan Lelaki seperti Cincin Suasa dan Batu2 Cincin. Selain itu terdapat juga pelbagai jenis Kain Batik Corak Tempatan di Jual, dan Kitab2 lama juga terdapat di sini.. Pasar ATJEH terkenal dengan Destinasi Jualan Emas dan Perhiasan Wanita selain harga yang di tawarkan jelas murah.
Jalan di Tengah Pasar Atjeh, Banda Aceh
Antara Gedung Belanja yang terdapat di Sekitar Pasar Aceh
Pasar Atjeh yang baru.
Pemandangan di Sekitar Banda Aceh.
Keadaan Agak Gelap berikutan Hujan yang hampir turun.. Cuaca saat Abangboyc di Banda Aceh.. Mendung dan Sering Kali Hujan Sekejap2 membuatkan perjalanan abangboyc agak kurang Enak... Namun Abangboyc teruskan juga dengan mencari tempat2 menarik di Sekitar Banda Aceh sambil menyelinap Kesan Tsunami di Atas Bumi Aceh DarusSalam..
Ikuti Perjalanan AbangboyC seterusnye ke tempat2 Menarik Sekitar Banda Aceh sambil Melihat Kesan Tinggalan Tsunami..
Creator By : ABANGBOYC`ZONE