Ahad, 31 Oktober 2010

BRASTAGI DAN DANAU TOBA

Wisata Alam SemulaJadi Di Sumatera Utara
Medan Ke Danau Toba Via Brastagi
(dari pengalaman Abangboyc yang lepas pada tahun 2007)

Bagi pengunjung yang pertama Kali Ke Sumatera Utara atau Kotanya iaitu Kota Medan. Adalah Suatu perkara yang harus buat Kalian, iaitu melawat tempat-tempat menarik sekitar Propinsi Sumatera Utara. Di Wilayah ini, Anda akan dijanjikan dengan Kehebatan, Keindahan dari Tempat-tempat Menarik Wisata Alam SemulaJadi yang Amat mengkagumkan. Bahkan Wisata-wisata ini merupakan Aset kebanggaan Seluruh Warga Indonesia malah pada semua pencinta Alam SemulaJadi dari Seluruh Dunia. Antara tempat-tempat yang abangboyc Sarankan pada pengembara Seni Alam juga Pengunjung Luar Negara ialah Tanah Tinggi Brastagi dan Danau Toba. Kedua-dua destinasi ini bukan asing bagi rakyat indonesia bahkan tertera gambaran Keindahan yang luar biasa ini pada "note" Wang Rp1000 (Uang Tahun 1992-1999) milik Negara Republik Indonesia. Ianya juga merupakan destinasi menarik dan Terbaik dalam Kalender Wisata Indonesia.

Kota Brastagi, Pergunungan Tanah Karo Sumatera Utara

Brastagi merupakan sebuah destinasi percutian beriklim Dingin di Pergunungan Tanah Tinggi Karo. Kota Brastagi kelihatan sederhana besar namun memiliki segala kemudahan khusus buat pelancongan dan wisata liburan menarik buat parawisataan. Terletak di kawasan tanah tinggi juga beriklim sejuk dan nyaman ala Cameron Highland di Malaysia, akan tetapi kota ini diapit oleh 2 buah gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung dengan letusan terakhir baru-baru ini iaitu pada bulan 7 tahun 2010. Selain itu juga ramai yang bertandang ke Brastagi adalah bertujuan melihat Panorama Keindahan Kawah Gunung Berapi itu sendiri. Selain itu, Di sini juga terdapat Kolam Air Panas SemulaJadi BerBelerang di Kaki Gunung Sibayak Kawasan Tanah Tinggi Karo. Tanah2 disini amat subur berikutan kelihatan terbentang luas tanaman sayuran dan buahan Sekitar Brastagi. Mungkin dari tanah yang mengandungi fosil yang tinggi, hasil letusan gunung berapi yang lampau, menyebabkan ianya membuatkan hasil tanaman menjadi sangat subur dan membesar dengan sehatnya. Untuk kemudahan penginapan pula, di sini juga terdapat pelbagai jenis penginapan dari pelbagai Kelas. "Tanya aja sama penduduk Lokal (tempatan), Pasti ditunjukkannya".

Pasar Brastagi; Pusat Jualan Sayuran dan Buahan Segar

Sekitar Pemandangan Pasar Brastagi

Buah-Buahan Hasil Tanaman Tempatan

Pemandangan Unik Salah Satu Sudut Brastagi

Kelihatan Kabus-Kabus Kecil di Persekitaran Kawasan Menghala ke Gunung Sinabung


Antara Tempat Pelancongan di Sini; Kolam Air Panas SemulaJadi Gunung Sibayak berhampiran Kota Kecil Kabanjahe

Kolam Air Panas Sibayak

Untuk ke Brastagi dan Danau Toba dari Medan,. Dari pengalaman Abangboyc yang lepas, disarankan kepada anda untuk mengambil bas ke Tanah Tinggi Brastagi dengan bayaran sekitar Rp22.000 sahaja dengan perjalanan sekitar 2 jam. Perjalanan yang mendaki pergunungan ini akan menemukan anda dengan Perkampungan Suku Batak Karo dan berbagai Wisata Air Terjun di perjalanan. Selain itu laluan ini juga akan membawa anda melalui kawasan Istirehat yang terkenal di seluruh Kota Medan yang berkonsepkan ala Disneyland iaitu GreenHill City. Perjalanan yang akan anda lalui sejauh 65km namun oleh kerana lalui ini mendaki pergunungan, perjalanan akan terasa agak jauh dan lama. Namun tetapi semuanya berbaloi dengan Pemandangan yang Mengasyikkan dan Mempersonakan sepanjang perjalanan. "Sedar tak sedar, Sampai Anda di Kota Peranginan Brastagi".

Taman Peranginan Green Hill City Medan

Kaunter Bayar Masuk Entry CarToon Area

Pemandangan Permainan di Green Hill City Park

Dari Brastagi untuk ke Danau Toba, Tiada perkhidmatan bas langsung khusus ke Danau Toba. Anda cuma punya 2 pilihan iaitu berpatah balik ke Medan dan mengambil bas ke Pematang Siantar langsung ke Toba dengan total jarak masa 7 jam dari Brastagi, atau dengan pilihan Abangboyc iaitu dengan mengambil Angkot dari Kota Brastagi ke Sebuah Kota kecil dibahagian bawah Kota Brastagi iaitu Kota Kabanjahe Kabupaten Karo dengan jarak cuma 10km sahaja. Tiada Perkhidmatan Bas antara 2 Terminal Bas ini, hanya terdapat perkhidmatan Angkotan Kota (angkot) yang membolehkan anda menghubungi Kota Kabanjahe. Bayaran Angkot sekitar Rp7 ribu, angkot akan melalui kawasan perkebunan dan perkampungan kecil dan seterusnya ke Terminal Bas Kabanjahe.

Bas-Bas Kabanjahe Jurusan Medan dan Pematang Siantar

Terminal Bas Kota Kabanjahe
Dari Kabanjahe, Anda perlu menaiki bas ke Pematang Siantar dengan kos bayaran bas sebanyak Rp16.000 sahaja dengan perjalanan mengambil masa selama 1 jam dan 30 minit. Perjalanan melalui jalan perkampungan Pedalaman di Pergunungan Tengah Sumatera. Keadaan jalan raya bagi laluan Kabanjahe ke Pematang Siantar tidaklah begitu baik. Ini kerana kebanyakkan jalan di sini berlubang teruk dan ada kalanya bas akan melalui jalan tanah batu tanpa berTar,. Oleh kerana ini bukan laluan utama bagi para pelancong,. jadi laluan ini tidak diambil berat oleh Pemerintah tentang keselamatan dan keadaan muka jalan itu sendiri. Dari Kota Kecil Kabanjahe ke Permatang Siantar,. Anda akan melihat keunikkan masyarakat pedalaman dalam menempuh kehidupan seharian mereka.

Pemandangan Unik Anak-anak Pulang dari Sekolah

Setelah mengharungi perjalanan dari Kabanjahe, akhirnya anda akan sampai di Terminal Bas Kota Pematang Siantar. Di sini anda perlu mengambil Bas Kecil (trayek) ke Parapat / Danau Toba dengan kos antara Rp15.000 - Rp20.000 bergantung pada tawar menawar, dengan perjalanan sekitar 1 jam dari Pematang Siantar. Bagi yang sampai di pematang Siantar agak lewat atau hampir senja, abangboyc saran kepada anda agar bermalam di Pematang Siantar sahaja. Ini kerana untuk ke Toba dan mencari penginapan pada saat malam hari adalah agak sukar. Jadi adalah lebih baik anda bermalam di sini dan pada keesokkan harinya anda boleh langsung ke Danau toba dengan senang dan tanpa apa-apa masalah yang rumit..


Pemandangan Sebuah Air Terjun di sisi Kanan Jalan menuju ke Danau Toba

Di Danau Toba, Anda akan menemui sebuah keajaiban Unik iaitu anda akan menemukan sebuah Danau terbentang luas yang seumpama Lautan dimana penghujungnya juga anda tidak boleh lihat. Danau ini terletak di atas pergunungan yang agak tinggi. Melihat dari bas yang membawa abangboyc dari pematang siantar mendaki pergunungan ini untuk sampai ke Parapat iaitu Permulaan Masuk Kawasan Danau Toba, Bagi yang pertama kali ke sini anda akan rasa bagaikan tidak percaya akan keajaiban ini. Namun ini adalah kenyataan dari kekuasaan Maha Pencipta. Sebuah Danau yang bagaikan lautan terletak di atas pergunungan beriklim dingin. Di tengah2 danau ini terdapat Sebuah Pulau yang agak besar iaitu Pulau Simosir. Berkaitan pulau ini abangboyc kurang jelas oleh sebab belum sempat ke sana.. Abangboyc menghabiskan waktu di Danau Toba hingga petang kemudian menggambil "trayek" ke Pematang Siantar dan kemudian ke Kota Medan berikutan kesuntukan masa yang mencemburui abangboyc, namun yang jelas abangboyc akan ke sini lagi. Dan bagi anda yang berniat untuk ke Danau Toba,. Silakanlah tanpa ragu2 kerana ianya akan menjanjikan seribu panorama istimewa buat anda yang abangboyc sendiri tidak dapat jelaskan dengan kata2.

Danau Toba

Pemandangan Mula Sebuah Perkampungan Kecil di Danau Toba

Sekitar Danau Toba Simalungan

Ramai Pengunjung Warga Tempatan Bermandi-manda

Anak-anak di Sebuah Perkampungan di Toba

Kelihatan Anak-anak Lokal Berperahu sambil bermain

Pemandangan sebuah Air Terjun dari Sudut Timur

Pemandangan yang Indah lagi Mengasyikkan

Antara Panorama Air Terjun yang Kelihatan di sekitar Danau.

Create By : AbangboyC Zone
Mengembara, Melihat dan Merasa.

Khamis, 14 Oktober 2010

KOTA MEDAN SUMATERA

JALAN-JALAN DALAM KOTA MEDAN
MENINJAU TEMPAT2 MENARIK DALAM KOTA MEDAN
Part : 4
*AA100M

Kota Medan merupakan Antara Kota Besar Dalam Negara Indonesia dengan kepadatan penduduk seramai 2.1 juta juga merupakan Kota Terbesar Pulau Sumatera selain merupakan Pintu Masuk Utama Selain Jakarta, Surabaya, Makassar, Batam dan Bali.. Kota Besar ini terletak di Propinsi Sumatera Utara dengan memiliki kepelbagaian tempat2 menarik khusus Parawisataan. Antaranya yang menjadi kebanggaan Rakyat Indonesia iaitu Danau Toba. Danau Toba merupakan sebuah Danau Terbesar terletak di tengah2 pergunungan di Sumatera. Danau ini teramat luas hinggakan penghujung pemandangan danau tidak dapat dilihat. Ianya ibarat Sebuah Lautan. Selain Danau Toba, terdapat juga Wisata2 Lain yang tidak kurang hebatnya antaranya Brastagi, Kabanjahe, Bukit Hijau dan berbagai lagi. Berbalik mengenai Kota Medan. Kota Medan juga merupakan Kota Besar yang terletak dekat dengan Malaysia dengan jarak cuma 40km dari Tanah Malaysia membelah Selat Malaka, Jadi Tidak Hairanlah ramai pelancong dari Malaysia bercuti di sini. Selain menggunakan perkhidmatan penerbangan untuk ke Medan, terdapat juga perkhidmatan feri yang menghubungkan Medan dengan Malaysia. Antaranya Feri Belawan yang menghubungkan Pelabuhan Belawan Medan dengan Pelabuhan Pulau Pinang namun perkhidmatan ini terbatas kerana jadual pelayaran hanya berlaku selang sehari., Tetapi lebih ramai yang menyukai perkhidmatan Feri dari Pelabuhan Klang ke Tanjung Balai, Asahan. Ini kerana kecepatan feri dan kekerapan yang membuatkan lebih ramai yang memilih pilihan ini. Bayaran feri jurusan Tanjung Balai ke Pelabuhan Klang hanya RM90.00 sehala. Bagi rakyat Malaysia yang pertama kali merancang untuk ke Medan dengan menggunakan cara ini. Abangboyc menerangkan bahawa untuk ke Kota Medan dari Jeti Tanjung Balai anda harus menaiki Van Penumpang dengan Kos Rp40.000 atau Rp50.000 dan perjalanan mengambil masa 4 hingga 5 jam bergantung keadaan lalulintas.
Bagi yang memilih menggunakan perkhidmatan Penerbangan, terdapat penerbangan dari 2 Syarikat penerbangan terkemuka Malaysia iaitu dari Malaysia Airlines System dan Syarikat Penerbangan Air Asia yang berlepas dari KLIA-LCCT dan Lapangan Terbang Bayan Lepas di Pulau Pinang. Kota Medan memiliki Lapangan Terbang Sederhana Besar iaitu Bandara Polonia. Dengan Perkhidmatan Air Asia, Bandara Polonia ini juga dihubungkan dengan Kota2 Besar Indonesia seperti Jakarta, Bandung dan Surabaya. Selain Air Asia Terdapat Juga Penerbangan dari Syarikat Tempatan antaranya Garuda Airlines, Kartika Airways, Sriwijaya Airways juga Indonesia Air Asia.. Namun Abangboyc tetap dengan pilihan Abangboyc iaitu Air Asia,. Selain Mudah ianya juga Murah dan Selesa disamping terdapat banyak jaringan menghubungan dengan pelbagai destinasi di seluruh Asia.
Bermula Kisah Abangboyc di Kota Medan. Ini merupakan kali ke-3 abangboyc di Medan Sumatera Utara, Indonesia. Bezanya kali ini abangboyc hadir di Medan dari Banda Aceh dengan menaiki Bas mengharungi perjalanan hampir 15 jam. Dari Banda Aceh, Kini Abangboyc berada di Kota Medan,. Sampai saja di Hentian Terminal Bas, Abangboyc terus mengambil Becak ke Kawasan Masjid Raya Kota Medan. Di sini terdapat banyak kemudahan Penginapan selain dekat dengan tempat2 menarik seperti Mesjid Raya, Pasar, dan Toko2 Belanja. Memang Baguslah bagi mereka yang pertama kali ke Medan. Cuma ambil Beca dan terus ke Kawasan Mesjid Raya. Sekiranya anda Dari Bandara Polonia, anda cuma membutuhkan waktu sekitar 5 atau 10 minit saja untuk ke Kawasan Area Mesjid Raya.. Terdapat Pelbagai Jenis Penginapan yang tersedia di sini dari Kelas Bintang 1 hingga ke kelas Bintang 5. Semuanya ada. Namun kali ini Abangboyc memilih Penginapan Kelas Bintang 0,. hahaha.. Sebenarnya kali ini abangboyc mencari menginapan "Backpackers". "Backpackers Hotel" merupakan penginapan bagi pengembara2 yang mengembara dengan cara santai dan dalam waktu yang lama sehingga hampir sebulan. Bagi Kos untuk penginapan "Backpacker Hotel", Cuma sekitar RM15 hingga RM25 semalaman atau dalam kiraan Rupiah sekitar Rp40.000 hingga Rp60.000.
"Backpacker Hotel in Medan" Pondok Wisata Angel.
Abangboyc Rehat dan Santai.
Ramai Pengembara dari Eropah dan Australia Bermalam di sini.

Persimpangan Mesjid Raya Kota Medan Berdekatan Penginapan Abangboyc.

Mesjid Raya Kota Medan Indonesia

Salah Satu Sudut Mesjid Raya

Hotel Kelas-3 Berkonsepkan Citarasa Muslim.
Lokasi Berhadapan Mesjid Raya.

Persekitaran Hadapan Mesjid Raya.
Kelihatan Gubahan Bunga Tanda Sambutan Majlis Perkahwinan.

Sekitar Pemandangan Kawasan Hadapan Mesjid Raya.
Dari Mesjid Raya, Abangboyc meneruskan perjalanan ke tempat2 menarik sekitar Kota Medan, iaitu Toko2 Belanja yang terkenal di Kota ini antaranya Olympia, Central Pasar, Pasar Kota, dan Medan Mall. Disini, Anda boleh memperolehi pelbagai jenis barangan dari Pakaian hingga ke alat2 keperluan seharian yang dijual pada harga yang murah. Namun, Bagi yang menginginkan Citarasa Mewah, Anda juga Boleh pergi ke Gedung Belanja Sun Plaza Sogo.

Olympia

Medan Mall

Pengunjung Medan Mall

Sekitar Medan Mall

Jualan Pakaian di Central Pasar

Pelbagai Jenis kain di Perdagangkan di sini

Jualan Murah... Lelong..Lelong...Lelong...

Mbak.. Beli Doang.. Rp5.000 aja.

Nah Ramainye Manusia Bisa dihitung dengan Motor yang di Parkir.

Pasar Basah, Pasar Buahan.

Nah... Enakkan Belanja Doang di sini.

Keadaan Seperti ini adalah Situasi yang Biasa di Daerah Dagangan dalam Kota Medan.

Lihat duluan... Baru Hitung..

Nih Lagi... Hampir 1 padang Sepak Bola.. Motor Parkir.. Gimana pula Warganya?

Ni Pasar Lagi... Namanya Abangboyc Lupa lah..

Macam2 ada...

Jualan Murah...

Sekitar Kota Medan

Kawasan Jualan di Hadapan Carefour Medan

Sibuk....

Jualan...Jualan...Jualan..... Mana2pon Ade Orang Meniage.

Pejabat Gubernur Sumatera Utara

Istana Gubernur Kota Medan

Ini Dia Sun Plaza,. Pasaraya Moden Kota Medan

Pemandangan Hadapan Sun Plaza

Pemandangan Dalam Sun Plaza

RamaiNye Warga Sumatera Kelas Atasan dan Pertengahan Berbelanja di Sini.

"Food Court" Siap ade "Live Band" Lagi.. Untuk Menghiburkan Para Tamu.

Pemandangan Seluruh Sun Plaza

Selain Gedung2 Belanja dan Jualan, Abangboyc kemudian ke sebuah Wisata Sejarah bagi Kota Medan, Peninggalan Sebuah Kerajaan Lama iaitu Kerajaan Kesultanan Deli yang terletak di kawasan Belakang Mesjid Raya berhadapan Bangunan Perpustakaan Umum Sumatera Utara.
Pada Sejarahnya Kerajaan Kesultanan Deli berada dibawah pengaruh Kerajaan Kesultanan Aceh dari Raja Pasai. Dan kemudian berlaku perebutan Tanah Jajahan dengan Kerajaan Siak. Namun apabila Pihak Belanda mengambil Tanah yang diduduki oleh Pemerintahan Kerajaan Deli,. Kerajaan Aceh dan Kerajaan Siak Mengistiharkan Kemerdekaan pada Kerajaan Kesultanan Deli. Dengan ini Kerajaan Kesultanan Deli diberi Hak Memerintah secara Sendiri seperti Kerajaan Aceh dan Kerajaan Siak dan Pihak Belanda mengiktiraf Pemerintahan Kerajaan Deli sehingga tamatnya Perang Dunia Ke-2. Dan apabila Keseluruhan Indonesia bergabung membina sebuah republik; kini Kerajaan Kesultanan Deli tetap wujud namun kerajaan ini tidak mempunyai Keistimewaan dan kekuasaannya lagi dan ianya kini cuma hanya tinggal Sejarah.
Berbalik Cerita Perjalanan Abangboyc, Destinasi abangboyc ini ialah Istana Maimun. Istana ini dibina oleh Kerajaan Kesultanan Deli pada 1888. Istana Maimun kini menjadi antara tempat menarik tujuan pelancongan dan wisataan bukan hanya kerana usianya yang tua, namun juga hasil rekaannya yang unik, hasil campuran unsur-unsur warisan kebudayaan Melayu, dengan gaya Islam, Sepanyol, India dan Itali, namun sayang keadaanya kini kurang terurus.
Disebelah sisinya kiri Istana Maimun terdapat Sebuah Bangunan Kecil yang menyimpan Peninggalan Barang Lama dengan Lagendanya iaitu Meriam Puntung.
Istana Maimun Kerajaan Kesultanan Deli

Pemandangan dari Sisi

eh. Abangboyc....

Pintu Masuk Istana Maimun

Lagenda Meriam Puntung..
Hikayat Adik Puteri Hijau Bertukar Menjadi Meriam dalam
Lagenda Meriam Puntung.
Untuk Mengetahui lebih lanjut cuma Klik 2 kali pada Gambar supaya Tulisannya Membesar.

Ini Tempat Simpanan Meriam Puntung.

Ini Dia Meriam Puntung... Bukan Semua Orang Boleh diberikan Melihat Keaslian Meriam Puntung ini kerana ianya dibawah Jagaan Tukang Pembantu Istana. Anda Bertuah dapat Melihat dengan Jelas. (Klik Gambar2 Untuk Melihat Lebih Jelas)
Dari Kota Medan, Abangboyc pulang ke Malaysia dengan menggunakan Pesawat Air Asia dari Bandara Polonia setelah hampir 5 hari menjelajah tempat2 menarik sekitar Kota Banda Aceh dan Kota Medan Sumatera Indonesia. Masa mencemburui Abangboyc memaksa untuk abangboyc Pulang ke Malaysia. Bagi yang ingin pulang ke Malaysia menggunakan Pesawat, Bayaran yang anda harus ketahui ialah bayaran Cukai Lapangan Terbang Polonia "Polonia Airport Tax" sebanyak Rp75.000 sahaja bagi Internasional.
Wisata yang Paling Menarik di Sumatera Utara ialah Danau Toba dan Brastagi. Ikuti Info Perjalanan Abangboyc ke Danau Toba dan Brastagi di Episod Akan Datang. Dan Destinasi Seterusnya Bagi Percutian Abangboyc ialah Pantai ANCOL N Themes ParK Jakarta Utara pada 31/10/2010.
Produksi Di IzinKan.. Abang BoyC Zone 2010.