Jumaat, 22 Januari 2010

KeNiNgaU daN BaNjaRaN CRocKeR KeNiNgaU

JaLaN2 SaBaH
KENINGAU

Keningau adalah sebuah Bandar Kecil dan juga merupakan sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah juga merupakan daerah terbesar di Bahagian Pedalaman. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu Negeri Kota Kinabalu melalui Tambunan atau melalui Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 130 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan merentasi Banjaran Crocker.
Jalan ke Keningau melalui Kg. Apin-Apin
Jalan Utama Menghala ke Keningau-Tambunan


JaLaN2 SaBaH
TAMAN BANJARAN CROCKER KENINGAU
Taman Banjaran Crocker Stesen Keningau terletak kira2 15 minit perjalanan dari Bandar Keningau melalui jalan Kimanis menghala ke Papar. Terdapat Pejabat Pengurusan Perhutanan dan Restoran juga tempat rehat disediakan. Bagi yang suka 'Camping' , terdapat juga tempat2 disediakan Pihak Pengurusan Perhutanan Sabah.
Kawasan Had Sempadan Taman Banjaran Crocker

Abangboyc dalam Perjalanan ke Taman Banjaran Crocker Keningau

Stesen Taman Banjaran Crocker Keningau Sabah

Mengharungi Perjalanan Berkabus tebal melihat pemandangan hutan memanglah menyeronokkan,. Bagaikan berada seperti bukan di Malaysia. Perjalanan yang memenatkan ini membuatkan abangboyc berkenan untuk bermalam di Bandar Keningau. Merehatkan badan dan mengumpulkan semula tenaga bagi mengharungi semula perjalanan esok menghala ke Beaufort dan Kuala Penyu. Dikesempatan bermalam di Keningau, jangan lupa singgah ke pasar malam di sebelah Pejabat Pos Keningau. Saksikan perbezaan suasana disini. Abangboyc bermalam di Rumah Persekutuan Malaysia di Keningau. Bukan mudah untuk bermalam disini, harus ditempah awal,. Nasib baiklah abangboyc memang rapat dengan kawan yang menguruskan Penginapan Persekutuan di bahagian Urus Harta Persekutuan di Putrajaya,. jadi mudahlah sikit... Bagi yang mengembara dengan kos rendah, anda jangan kuatir kerana di Keningau ini juga terdapat pelbagai kemudahan penginapan yang disediakan dengan harga yang amat berpatutan.
Pasar Malam Keningau

Abangboyc di hadapan Rumah Persekutuan Malaysia Keningau


JaLaN2 SaBaH
BATU SUMPAH PERINGATAN MALAYSIA

Jalan2 di Keningau pastikan anda jangan ketinggalan mengujungi Sebuah Tanda Sejarah Malaysia di Keningau yang dikenali sebagai Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlembangaan Kerajaan Malaysia. Batu ini sebagai tanda Janji Kerajaan Malaysia keatas Hak dan Kuasa Tanah dan Rakyat Sabah apabila bersatu bergabung menjadi sebuah negara Malaysia.

Batu Asal "Batu Sumpah Peringatan"

Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlambagaan (Perlembagaan)Kerajaan Malaysia Jamin.

Kerajaan Malaysia Memberi Jaminan kepada Sabah bahawa,

1. Ugama (Agama) Bebas Dalam Sabah

2. Tanah2 Dalam Sabah Di-Kuasa Oleh Kerajaan Sabah

3. Adat Istiadat Anak Rayat (Rakyat) Sabah Di-Hormatkan Dan Di-Pelihara Oleh Kerajaan

Sabalek (Sebaliknya) Pula Rayat2 (Rakyat-Rakyat) Sabah Di-Dalam Interior (Daerah Pedalaman) Bersumpah Taat Setia Kapada (Kepada) Kerajaan Malaysia

Batu sumpah ini terletak di Keningau, didirikan sempena penubuhan Malaysia sebagai satu perjanjian antara Negeri Sabah khususnya penduduk daerah Pedalaman dengan kerajaan Persekutuan Malaysia. Batu sumpah peringatan ini adalah salah sebahagian syarat dalam perjanjian 20 perkara. "SABAH MASUK MALAYSIA"



JaLaN2 SaBaH
JALANRAYA BANJARAN CROCKER

Bagi yang belum pernah mengharungi jalanraya Berkabus Tebal sejauh 20 km... Marilah ke Keningau dan melalui Jalan Kimanis dari Papar atau Keningau ke Papar. Jarak Jalanraya Banjaran Crocker sejauh lebih kurang 60 km,. dan jalan ini amat sukar dilalui oleh kenderaan kecil. Selain jalan yang mendaki Gunung yang Tinggi dan berbukit2, Jarak penglihatan juga terhad sehingga boleh mencapai kurang dari 10 meter penglihatan. Namun bagi kenderaan pancuan 4 roda mungkin tiada masalah dengan jalanraya ini.. Namun pastikan brek kenderaan anda juga sudah diperiksa ini kerana di sesuatu kawasan penurunan yang mendadak dan mengejut yang membahayakan anda.
JalanRaya Keningau-PapaR


Kabus Tebal yang Menjejaskan Penglihatan Pemandu


Abangboyc berhenti di tengah2 Banjaran Crocker bagi mengambil Angin dan Udara yang Segar.

Sebuah Rumah Tinggal di Tengah2 Banjaran Crocker


Abangboyc Sempat Bergambar... View yang sangat Cantik disini.


Berehat sambil merehatkan kenderaan kami setelah mengharungi perjalanan pendakian yang memeritkan.


Lihat ada Orang Rosak Motor Kat Tengah2 Hutan ni... Sape nak Tolong Ni... Kesian nye dia kena Tolak, Jauh pulak tu..

*Bagi yang ingin melalui Kawasan ini pastikan anda melalui pada waktu Siang dan pastikan tangki minyak telah diisi Penuh.... Takut2 kena tolak pulak nanti. hehehe

Editor : Abangboyc Untuk Malaysia Travelling Asia 2010

Rabu, 20 Januari 2010

TaMbuNaN daN Air TerjuN Mahua

JaLaN2 SaBaH
TAMBUNAN


Tambunan adalah sebuah Daerah di Pedalaman Sabah terletak di kaki Banjaran Crocker. Tambunan boleh dihubungi melalui jalan darat dari Ranau , atau dari Kota Kinabalu yang perlu merentasi Banjaran Crocker atau dari Keningau yang perlu melalui Pekan Apin-Apin. Tempat2 menarik di Tambunan semuanya berasaskan Flora dan Fauna seperti Air Terjun Mahua dan Trek Pendakian Banjaran Crocker.

Sekiranya anda ke Tambunan melalui Jalan Lama dari Ranau,. Anda akan menghadapi keperitan mengharung jalanraya yang rosak dan tidak berturap sejauh hampir 20km. Ini akan menguji anda dan kenderaan anda.

Abangboyc dengan Saudara Mohd Tarmizi b Jani


Jalan Berhabuk dan Tidak Rata


Terdapat Pekan Kecil di perjalanan ke Tambunan


Lori Besar sedang mendaki Bukit melalui Jalan Lama Ranau-Tambunan


'The Switzerland of the East'


AIR TERJUN MAHUA
DAN BANJARAN CROCKER TAMBUNAN

Taman Banjaran Corcker Mahua Tambunan terletak di Daerah Tambunan merupakan antara Pintu Masuk Utama ke Kawasan Pendakian dan Perkhemahan di Banjaran Crocker. Terletak kira2 6 km di bahagian dalam Kampung Patau atau kira2 20 km dari Pekan Tambunan dan 35 km dari Ranau. Banjaran Crocker sememangnya kaya dengan Air Terjun dan Anak2 Sungai. Bayaran Masuk yang dikenakan ialah RM3.00 seorang sahaja.



Pejabat Pengurusan dan Ranjer Banjaran Crocker Sub-Stesen Mahua Tambunan


Kadar Bayaran Bagi yang Ingin Melakukan Aktiviti Perkhemahan


Tiket Masuk Taman Air Terjun Mahua


Abangboyc di hadapan anak Sungai Mahua


Cantik dan Unik


Kelihatan Renjer Hutan Mau Keluar ke Pengkalan


Diantara Air Terjun yang ditemui di sini


AIR TERJUN MAHUA


AbangBoyc Dihadapan Air Terjun Mahua Tambunan


Mengharungi belukar menuju ke bahagian hutan yang lebih dalam


Trek Hutan Berkabus selepas Hujan di Banjaran Crocker


Air Terjun Banjaran Crocker Mahua Tambunan Sabah

Editor: Abang boyc ZoNe Untuk Malaysia Travelling Asia 2010

KuNdaSaNG daN RaNaU

JaLaN2 SaBaH
KUNDASANG

Pekan Kundasang terletak kira2 5 minit perjalanan dari Pintu Masuk Taman Gunung Kinabalu menghala ke Ranau. Disini pengunjung boleh memperolehi pelbagai jenis sayuran hasil tanaman penduduk tempatan dan juga pelbagai jenis bunga turut tersedia dijual. Kundasang bukan sebuah Bandar yang sesak,. Ianya hanya sebuah pekan kecil yang bergitu tenang dan bagi yang sememangnya ingin lari dari kesebukan kota,. Abangboyc cadangkan cuba2lah menginap di Kundasang. Di Kundasang terdapat pelbagai kemudahan penginapan yang agak memuaskan dan bersih. Udaranya yang nyaman dingin dan segar pasti memukau anda. Hirupan udara yang dingin hingga mengapai sanubari., Keadaan di Kundasang agak2 lembap dan siang bertukar malam sekitar jam 5.45 petang.. Jadi sekiranya anda menginap di Kundasang, pastikan anda tidak ketinggalan mengujungi gerai2 sayuran, buahan dan bunga2 perhiasan yang sedia dibuka pada jam 8.00 pagi hingga ke jam 8.30 malam.
Pandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Kundasang ketika jam 5.30 petang

Gerai Jualan Sayuran, Buah2an dan Bunga2 Perhiasan



Sinar Pagi Menjangkau Dari Pergunungan Kinabalu





JaLaN2 SaBaH
RANAU DaN 'The Last Camp MeMoRiaL'
Peringatan Ketenteraan Britian dan Australia

Pekan Ranau Terletak kira2 20km dari Taman Negara Kinabalu dan hampir 100 km dari Kota Kinabalu. Ranau merupakan sebuah Daerah juga Pekan yang mempunyai serba serbi kemudahan tersedia. Pekan Ranau boleh dihubungi dari 3 arah selain dari Kota Kinabalu atau Sandakan, ianya juga berhubung terus dengan Keningau melalui jalan lama merentasi Banjaran Crocker. Dari Ranau, abangboyc terus melurusi jalan lama menghala ke Keningau dan menemukan sebuah Memorial Peringatan Ketenteraan Kerajaan Australia dan Britain.
Pekan RaNaU


The Last Camp Memorial Park,
Ranau-Tambunan



Tempat BerSejarah yang tidak di Ketengahkan.


Editor: Abang BoyC ZoNe for Budget Travelling Malaysia 2010