Isnin, 1 Mac 2010

KeNaLi BaNdaRaYa MeTRo MaNiLa

AbaNgBoyC
MeNeRuSKaN LaNgKaH KeLiLiNgi MetRo MaNiLa
JeJaK DaRi Satu BaNdaR Ke Satu BaNdaR

- AYALA AVENEU - QUEZON MEMORIAL CIRCLE - NORTH EDSA- BALINTAWAK - MONUMENTO - RECTO MANILA ISETAN


Permulaan Hari ke-3 abangboyc di MetroManila, abangboyc mempadatkan jadual seharian abangboyc hari ini dengan mengunjungi dan melawati tempat2 menarik dan mashyur yang perlu diketahui oleh pengunjung yang baru pertama kali menjejakan kaki di MetroManila... Bermula dengan berjalan2 di Makati City dan Ayala kemudian ke Quezon City bagi menyaksikan sebuah Memorial Bersejarah Kebesaran Peringatan Kemerdekaan Tanah Philippina di Sebuah Kawasan Taman berbentuk bulat dimana memorial itu berada di tengah2 taman. Untuk pengetahuan umum, Sebelum wujudnya Bandar Makati, Bandar Manila merupakan Pusat Dagangan Terbesar Negara Philippina yang juga merupakan pusat pentadbiran negara, namun sebelum terbinanya Bandaraya Manila, IbuNegara Philippina ditadbir di Quezon City,. Quezon City merupakan bandar asal yang juga merupakan Ibukota negara Philippina ketika Era Zaman Kegemilangannya.. Saat itu Philippina berada dibawah pemerintahan Amerika. Untuk pengetahuan anda Philippina pernah menjadi antara jajahan Perancis, Amerika Syarikat dan Japan. Perancis menakluk wilayah Philippina sejak tahun 1521-1898, kemudian menyerahkan pemerintahan kepada Amerika Syarikat pada Disember 1898 dengan Amerika membayar $20 juta dollar kepada Perancis dalam Perjanjian Paris. Perancis terpaksa mengikut arahan Amerika Syarikat berikutan kekalahan dalam perang diantara Perancis dengan Sekutu Amerika. Jadi bermulalah penjajahan bentuk baru sehinggakan membawa Philippina ke Zaman Kegemilangan antara tahun 1930an-1960an.. Japan juga pernah menakluk wilayah negara Philippina pada zaman perang dunia ke-2 pada tahun 1942-an dan kemudian Philippina dikuasai semula oleh Amerika selepas Japan menerima kekalahan besar di Hiroshima dan Nagasaki.. dan akhirnya Amerika memerdekan seluruh 7107 kepulauan negara Philippina pada 1946 dengan Manuel Quezson menjadi Presiden Pertama Pilippina di Kota Quezon City dan saat itu Quezon merupakan Ibu negara Philippina sebelum dialihkan ke Manila atas dasar lokasi yang lebih stategik. Namun ada sesetengah sejarah yang diakui, mengatakan sebelum jajahan Sepanyol dan Amerika lagi, Philippina pada asalnya ditakluk oleh 2 kerajaan Islam, di bahagian atas utara milik Kerajaan Sriwijaya dan di bahagian bawah atau Selatan Philippina dimiliki oleh Kerajaan Kesultanan Sulu namun setelah Kerajaan Sriwijaya berundur, menjadikan wilayah utara Philippina menjadi sepi tidak berpenakluk. Ini membuatkan pedagang sepanyol menakluki wilayah di utara pada mulanya dan akhirnya hingga ke selatan di bahagian wilayah takluk Kerajaan Kesultanan Sulu namun terdapat persaingan sengit dalam perebutan kerajaan hinggakan ke hari ini,. Walaupon Amerika telah memerdekakan seluruh wilayah menjadi sebuah negara merdeka.
Itu sedikit sebanyak kiasan sejarah Philippina dan kerajaan2 yang memerintah dahulu,. sambung cerita kembara abangboyc setelah abangboyc ke Quezon City, abangboyc teruskan perjalanan menuju ke Monumento Bonifacio Circle di Manila City sambil singgah sebentar di Balintawak yang terletak di antara perjalanan ke Monumento dan akhir sekali berjalan2 di Isetann Mall Ibu kota lama Manila City.

Perjalanan abangboyc mulakan dari hotel Inwangsan pada pagi2 lagi sesudah sarapan,. abangboyc bersiar dengan berjalan kaki dan menaiki jeepney ke Ayala Ave untuk melihat pembangunan pesat dengan bangunan2 mewah yang merupakan pusat dagangan utama Philippina di Makati kemudian bersiar di Taman Segitiga Ayala (Ayala Triangle Park), Melihat Bangunan2 Perniagaan, Melawati Museum Ayala dan mencuba jeepney mesra alam dengan kuasa electric di Makati Ave.

Abangboyc di Ayala Aveneu

Bangunan2 Perdagangan Internasional dan Bursa Philippina


abangboyc di hadapan Bangunan Menara PBCom
Jalan masuk ke Ayala Triangle Park di bawah bangunan bursa Philippina
abangboyc di hadapan Philippina Stock Exchange Plaza

Kesesakan jalan raya di Ayala Aveneu

abangboyc berhadapan The Peninsular Manila

Sebuah jeepney di Makati Aveneu

Jeepney Moden

Naik Free, Perkhidmatan seluruh jalan Makati City yang terpilih

abangboyc dihadapan perhentian utama jeepney mesra alam di Makati Ave

abangboyc jalan2 free


Ayala Museum


Tugu Rakyat Philippina
Selesai dari berjalan keseluruhan tempat di Makati City, abangboyc terus balik ke Hotel Inwangsan dan berehat sambil bersiap menanti untuk chek-out,. Malam seterusnye kami bercadang mencari penginapan yang lain dan berbeza situasinya..,. Tempatnya adalah Winstons Lodge Hotel di Aurora Boulevard,. Hotel ini berdekatan dengan Manila Internasional Airport,. Cara ke sana dari Inwangsan Hotel adalah dengan menaiki teksi ke Buendia Mrt Station kemudian naik Mrt menghala ke Utara dan turun di Taft Aveneu Mrt Station kemudian berjalan kaki sejauh 150 meter menghala ke jalan Aurora Bld. Hotel Wintons berada di persimpangan jalanraya dan berdekatan dengan Terminal Ekspress 5 Star bus. Lodge yang bertaraf hotel ini amat unik dari segala segi,. abangboyc menyaran kepada anda untuk mencuba tempat ini, abangboyc jamin anda akan puas hati.. dan sekiranya anda pengembara dari luar manila city ke sini, lodge menyediakan tempat letak kereta berupa garaj di setiap bilik yang di tempah,. Mudah sangat dan selamat,. Parking kereta kemudian naik tangga sedikit untuk sampai ke bilik. Bayaran di sini sekitar P1,500 Peso dengan kemudahan Bilik yang selesa dengan pemandangan yang unik dan amat berbeza sekali.
Keadaan ruangan Lodge

Bersih dan Terjaga
Dari Winstons Hotel N Lodge, abangoyc meneruskan perjalanan ke Quezon Memorial Circle di Quezon City dengan menaiki Mrt menuju ke North Eveneu Mrt Station, kemudian menaiki Teksi atau Jeepney ke Quezon Memorial Circle dengan bayaran P70 sahaja,. atau anda boleh juga berjalan kaki sambil melihat dan menikmati keadaan sekeliling.

Tempat Pembuatan dan Jualan barangan asas Rotan

Menbuat pelbagai reka bentuk barangan asas rotan

Taman di Quezon Memorial Circle Park
Tandas Awam Bagi Lelaki terdapat di tepi2 JalanRaya dan kawasan2 dalam Taman
Quezon Memorial Circle Park

Quezon Memorial Circle Park
Dari Quezon Memorial Circle Park , abangboyc meneruskan perjalanan ke SMCity North EDSA, merupakan sebuah Shopping Mall yang besar dan terkenal di sebelah Utara MetroManila.

Abangboyc di SMCity Shopping Mall

Trafic di Quezon City

Station Bas Besar di SMCity

Keadaan Trafik dan lalulintas di Quezon menghala ke Balintawak
Gereja di Balintawak

Beca Roda Tiga di sekitar Manila

Trafik sesak menghala ke Manila City
Dari Balintawak abangboyc meneruskan perjalanan ke Manila City di Ever Gotesco Grand Central dan Bonifacio Circle di Monumento dan ke Recto Isetann Shopping Mall dan Rizal Ave kemudian menghabiskan perjalanan di Plaza Miranda dan Carriedo Station untuk ke EDSA Station di Taft Aveneu,. Kemudian kembali ke Winstons Lodge Hotel.
Bonifacio Circle di Monumento

Monumento Manila City
Abangboyc dihadapan Bonifacio Circle Monumento

Ganjil

meminta belas kasihan


Lorong seakan 'Petaling Street' di Bahagian Belakang Bangunan Isetann Manila


Peniaga Menjual barangan tiruan dengan harga Murah dan perbagai

Persimpangan Recto Manila Rizal Aveneu.
Abangboyc For Malaysian Travelling Asian 2010

Tiada ulasan: