KOTA BESAR SELATAN THAILAND
Songkhla (สงขลา) (dahulunya dikenali sebagai Singgora) adalah sebuah bandar di Thailand berhampiran dengan sempadan Semenanjung Malaysia. Songkhla juga dikenali sebagai "Singgora" ataupun “Kota Singa” khususnya di kalangan negara-negara barat sebelum Perang Dunia II. Walaupun Songkhla lebih kecil berbanding dengan bandar Hat Yai, Songkhla adalah bandar wilayah untuk Wilayah Songkhla dan juga Wilayah Perbandaran Songkhla (Amphoe Mueang Songkhla). Songkhla terletak di muara tasik Songkhla yang menghubungkan tasik itu dengan Teluk Siam.
Tasik Songkhla (ทะเลสาบสงขลา) merupakan tasik terbesar di Thailand, terletak di utara Semenanjung Malaysia di bahagian selatan Thailand. Ia merangkumi kawasan seluas 1,040 km² ia bersempadan dengan jajahan Songkhla dan Phattalung. Tasik ini terbahagi kepada empat bahagian jelas. Bahagian selatan bertemu membentuk muara seluas 380 m dengan Teluk Thailand di bandar Songkhla, dan mengandungi air payau sekitar separuh kemasinan air laut. Di utara airnya tawar. Di selatan selepas mencerut kepada hanya kelebaran 6 km adalah Thale Luang (782.80 km²), dan akhirnya di bahagian utara antara paya bakau adalah 28 km² Thale Noi kecil. Ciri-ciri paling jelas adalah tambak sepanjang 75 km yang membatasi tasik dengan laut. Tidak sebagaimana tambak lain, ia kemungkinannya terbentuk apabila pulau asal bersambung akibat mendakan oleh tasik sebelumnya. Sejumlah populasi kecil Irrawaddy Dolphin terdapat di tasik ini, bagaimanapun terancam oleh pencemaran dan penangkapan ikan melampau di tasik ini. Tanah paya Phru Khuan Khi Sian di Tasik Thale Noi dilindungi sebagai tanah paya Ramsar semenjak 1998. Ia merupakan sebahagian dari kawasan dilarang memburu Thale Noi, diisytihar pada 1975.
Perjalanan Abangboyc mulakan dari Pusat Bandar Wilayah Pattani. Pagi2 lagi Abangboyc meneruskan perjalanan bersama teman2 Abangboyc. Kami Chek-Out dari Hotel dan terus ke Sebuah lagi Wilayah Selatan Thailand iaitu Songkhla. Perjalanan dari Pattani ke Songkhla sekitar 2 jam bergantung kepada Pemanduan. Dari Pattani ke Songkhla, Anda akan menemukan sekatan2 Jalan namun kebanyakan Sekatan Tiada BerPenunggu (Petugas Keselamatan). Cuma Abangboyc menemukan sebuah Pos yang melakukan Pemeriksaan Ketat apabila menghampiri Sempadan antara Wilayah Songkhla dengan Wilayah Pattani. Namun Semuanya dalam Keadaan Baik. Selepas sekatan ini,. Tiada Lagi Apa2 Sekatan di Mana2 Jalan menuju ke Songkhla dan Haadyai. Rupa2nya, Hanya 3 Wilayah sahaja yang dilakukan Pemeriksaan Keselamatan Oleh Ketenteraan DiRaja Thailand. Wilayah2 yang lain Bebas seperti Negara Malaysia juga.
Jalan Keluar Dari Bandar Pattani ke Narathiwat, Yala Mahupon Songkhla.
Jalan Disini lebih selesa berbanding di Wilayah Yala.. Disini Jalan2 Berciri LebuhRaya namun tidak dikenakan sebarang bayaran.
Wilayah Songkhla terkenal dengan Duyong Batunya yang terletak Pantai Samila, Konon2nya pada masa dahulu berlaku kisah Percintaan antara Sang Duyong dengan Orang Biasa. Duyong itu pula dikatakan disaluti Emas.. (Maaf kalau tidak Tepat; Info cuma dari dengan Sembang2 teman.) Selain Duyong Batu dan Pantai Samila, Songkhla juga terkenal dengan Tasiknya yang diberi nama Tasik Songkhla. Tasik yang Terbesar di Negara Thailand ini seluas Negeri Perlis namun bergeografi Bujur Memanjang. Selain itu, tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah Museum Kebangsaan Songkhla, Rumah Kelahiran Perdana Menteri Thailand ke-16 (terletak bersebelahan Museum.), Khao Tang Kuan (Merupakan kawasan Bukit yang dapat memberikan Penglihatan Jelas ke seluruh Bandar Songkhla.) dan terdapat berbagai lagi tempat2 menarik di sini.
Songkhla National Museum
Songkhla National Museum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan