Kg. SeRiKiN DaeRaH BaU , KaMpuNG BuDaYa SeRaWaK , DaMai BeaCh ReSort
Sarawak sememangnyer terkenal dengan kepelbagaian tempat2 menarik yang mempersonakan pengunjung tidak kira luar dan dalam negeri. Sarawak memiliki kepelbagaian Budaya dari pelbagai Suku Kaum yang sememangnyer tersedia keunikan masing2. Selain itu tidak ketinggalan dengan kehebatan isi Alam Mukabuminya yang mana menyedia seribu satu keajaiban bermula dari Flora dan Fauna hinggakan ke Penghuni Hutan yang mana terdapat kepelbagaian jenis binatang yang masih terdapat di sini antaranya seperti Orang Utan, Pelbagai jenis Monyet, Harimau, Buaya dan Jenis2 Serangga dan Burung2 yang Unik dan tidak terdapat di tempat lain.
Perjalannan abangboyc seterusnya ialah ke Kg Serikin daerah Bau dan masih dalam Wilayah Kuching. Kg. Serikin merupakan sebuah perkampungan Persempadanan antara 2 negara Malaysia dan Indonesia, Masing2 berhubungan dengan perbatasan darat tanpa sempadan yang jelas. Sekiranya anda dari Airport, sila menghalakan kenderaan anda ke arah Bau dan seterusnye ke arah Serikin... perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam dengan jarak Km lebih kurang 45km. Sekiranya anda ingin ke Pontianak melalui jalan ini, pastikan kenderaan yang anda naiki mempunyai kekuatan dari segi kemampuan meredah hutan dan kawasan lembah berkelapa sawit.. ini kerana tiada jalan yang rasmi di sini yang menghubungkan antara 2 negara ini, kerana kini kebanyakan para pengujung yang ingin ke Kalimantan kebanyakkan melalui Pintu Tebedu. Namun ada juga yang melalui Pintu Serikin namun kapasitinya amat kurang. dan hampir seluruh penduduk kg serikin dalam Kawasan Kalimantan Indonesia lebih gemar menuju ke Pekan Bau mahupon Kuching bagi tujuan berdagang mahupon berbelanja. Selain perbezaan infrastuktur yang ketara, kemudahan asas juga lebih baik terdapat di persekitaran kampung serikin dalam daerah Bau wilayah Kuching.
Kg. Serikin kini terkenal dengan destinasi membeli belah, berbelanja segala apa jenis barangan juga terdapat disini.. dari Pakaian hinggakan ke Barangan Kraf juga jenis2 tumbuhan makanan atau perhiasan tersedia. Hampir semuanya datang dari Kalimantan dan dijual pada harga yang murah.. Penggunanan mata wang disini lebih menggunakan Ringgit Malaysia.. Namun anda diingatkan untuk ke destinasi ini, bagus anda lawati pada hari Sabtu atau Minggu mahupon Cuti Am Malaysia,. Ini kerana pada hari2 yang lain tidak terdapat peniaga yang berniaga di kawasan ini, cuma hari2 cuti Malaysia sahaja kebanyakkan penduduk setempatan dari kalimantan mahupon sarawak melakukan aktiviti berdagang/berniaga..
Kampung Budaya Sarawak
Kampung Budaya Sarawak merupakan destinasi terbaik bagi yang menggemar melihat cara hidup budaya penduduk asal negeri sarawak dari kepelbagaian suku kaum. Anda akan melihat keunikan dari reka bentuk rumah hinggakan ke gaya cara hidup dan budaya nenek moyang setiap suku kaum asal sarawak. Kampung Budaya sarawak terletak di perjalanan ke Pantai Damai dengan jarak km sekitar 20 ke 25 km dari Kuching. Bayaran Masuk yang dikenakan ialah RM60.00 bagi Dewasa dan RM30.00 bagi Kanak2.
Pantai Damai Wilayah Kuching SarawaK
Pantai Damai antara pantai yang terkenal di Sarawak dan terdapat kemudahan penginapan tersedia dari Rumah2 Penginapan, Chalet2 mahupon Hotel2 Bintang 5 juga terdapat di sini. Selain itu terdapat juga lapangan Golf bagi para pencinta sukan golf. Terletak di kawasan paling hujung dalam Wilayah Kuching. Pastikan anda menikmati perbezaan yang menjanjikan pengalaman luar biasa di sini.. dengan berlatar belakang Gunung Santubong. ianya akan menjanjikan seribu satu kenangan di sini.
Create by: Abangboyc.blogspot.com
1 ulasan:
salam ziarah..hebat blog ini..semuanya info mengenai pelancongan..tahniah & keep it up ya...
Catat Ulasan