Khamis, 30 Oktober 2008

KURA-KURA SUDAH BISA BERKATA-KATA


Bila menonton berita TV semalam, tersentak dengan satu laporan berita dari kuching Sarawak, kura-kura yang dipeliharanya mampu bersuara seperti lembu dan juga menyebut kalimah Allah. Apa maknanya setiap kejadian ini.
Dari sehari ke sehari terlalu banyak benda ganjil dan pelik di sekeliling kita, tetapi adakah kita mengambil iktibar kejadian ini untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi yang pelik dan ajaibnya kemungkaran tetap semakin berleluasa. Rasuah masih bermaharajalela, malah seks ada dianggap sebagai sedekah? tentu pelik bukan.
Adakah mereka tidak takut dengan petunjuk yang diberikan oleh Allah ini atau mereka tahu tapi mengabaikannya.
Malah yang menyedihkan lagi, terdapatnya orang yang mengunakan perkataan islam untuk kepentingan diri, tetapi perangainya tidak bercirikan akhlak islam. Adakah orang ini sedar apa yang diucapkannya?

1 ulasan:

zainal89 berkata...

dah nak kiamat dah taubat lah