Rabu, 29 Oktober 2008

Ya Allah


TUHAN...
Aku menanti Mu pada sesuatu yang paling Kau cintai iaitu tauhid
Dan aku tidak menentang Mu pada sesuatu yang paling Kau benci iaitu kekufuran
Maka ampunilah aku diantara keduanya!

Wahai Tempat Berlindungku..
Lindungilah aku dari sesuatu yang aku takutkan dariMu
Ampunilah banyak kesalahanku
Terimalah ibadahku yang sedikit

Wahai Harapanku..
Wahai Tumpuanku..
Wahai Pelindungku..
Wahai Penopangku..
Perlakukan aku sebagaimana yang Kau kehendaki

TUHAN...
Aku memohon kepadaMu dengan kesucianMu yang besar
Curahkanlah kepadaku kemurahanMu dan keutamaaMu
Hapuslah dosaku dengan kelembutan dan ampunanMu
Anugerahilah dimalam ini dengan kemuliaanMu yang sempurna
Jadikanlah aku orang yang Kau pilih untuk merasakan manisnya ketaatan pada Mu
Indahnya ibadah pada Mu dan orang yang dekat dengan Mu
Masukanlah aku kedalam golongan orang yang bahagia dalam hidupnya
Dan mendapat cukup banyak bahagian kebaikan
Jadikanlah aku orang yang selamat lalu mendapat nikmat dan keberuntungan
Jadikanlah aku cinta pada ketaatan kepadaMu
Dan kepada sesuatu yang mendekatkan aku kepada Mu dan membuatku berdampingan denganMu

TUHAN...
Hanya kepada Mu lah orang berlari minta perlindungan
Kepada Mu lah para pencari menuju
Dan orang yang dan bertaubat hanya bersandar pada kemurahan Mu
Engkau didik hamba Mu dengan kedermawanan
Jangan Engkau cegah aku dari harapan akan kemurahanMu
Jangan Engkau membuatku berputus asa dari memperoleh kesempurnaan nikmaMu
Dan lindungilah aku dari kejahatan dan kedengkian makhlukMu

TUHAN...
Sekiranya aku tidak layak untuk mendapatkan semua itu
Maka Engkau Maha Dermawan, Maha Pemaaf dan Maha Pengampun
Curahkanlah kedermawananMu pada ku sesuai dengan keinginanMu, bukan seseuai dengan keinginanku
Sungguh aku berbaik sangka kepadaMu dan benar-benar berharap padaMu
Dan jiwaku bergantung pada kemurahanMu, ya Allah.

1 ulasan:

zainal89 berkata...

semoga tuhan sayang kamu.. dan aku boleh doakan aje