Khamis, 19 Ogos 2010

PERBATASAN SEMPADAN MALAYSIA INDONESIA

JaLaN2 RoNda2 SaRaWaK
Destinasi : TEBEDU(SARAWAK) DAN ENTIKONG(KALIMANTAN BARAT)

Sarawak sememangnye terkenal dengan kepelbagaian tempat2 menarik yang luar biase,. dari Bandar Kuching hinggalah ke Luar Kota akan menjanjikan 1001 Panorama. Cuma bagi mereka yang rajin menghayati akan perubahan2 ini akan menikmati setiap perbezaan yang muncul..
Destinasi Abangboyc seterusnye ialah Tebedu. Tebedu merupakan sebuah pekan kecil yang merupakan Pintu Masuk Utama Jalan Darat menghubungkan Malaysia dan Indonesia di sebelah Kalimantan Barat. Tebedu juga berjiran dekat dengan sebuah pekan kecil dalam Wilayah Indonesia iaitu Entikong. Untuk ke sini dari Bandaraya Kuching,. Anda harus melalui Pekan Serian dengan jarak dari Kuching ke Tebedu sekitar 120km. Pekan Serian merupakan sebuah Pekan Sederhana Besar yang memiliki kepelbagaian infrastuktur, perkhidmatan dan Keperluan Harian terdapat disini. Pekan Serian merupakan jalan wajib menghubungkan Tebedu dengan semua jalan2 ke seluruh Bandar2 kecil di seluruh Sarawak. Dari Serian ke Tebedu, Rata2 yang melalui jalan ini semuanya ingin ke Entikong, Sambas mahupon ke Pontianak dalam Negara Indonesia.
Stesen Minyak Petrol di Pekan Serian
Pekan Serian
Papan Tanda Arah Tebedu dan Kalimantan
Jalan Menghala ke Tebedu
Menara Waktu 2 Negara Malaysia Indonesia dalam Kawasan Tebedu
Bagi pengunjung yang inginkan perbezaan yang ketara. Ape kate anda ke Pontianak Kalimantan Barat.. Terdapat perkhidmatan Bas Antarabangsa menghubungkan Kuching dan Pontianak dengan Jarak cuma sekitar 430km atau 7 jam perjalanan sahaja.
Pos Sempadanan Tebedu dalam Wilayah Malaysia
Pos Perbatasan Entikong dalam Wilayah Indonesia
Pekan Entikong merupakan Pekan Kecil yang terletak di Pintu Masuk Negara Indonesia. Pekan Kecil ini seakan2 Pekan Koboi menarik minat abangboyc untuk menikmati akan perbezaan yang ketara antara 2 negara yang berbeza jarak tidak sampai 1 kilometer. Disini agak sibuk dengan rata2 penduduk tempatan menjalankan urusniaga seperti perdagangan pertukaran Mata Wang Malaysia ke Indonesia dan sebaliknye. Selain itu yang menunggu untuk mengambil penumpang juga meributkan lagi keadaan di Pekan Kecil ini. Masing2 menjalankan Aktiviti Perniagaan bagi menyara hidup yang agak Bersaing Kuat.,. Jadi tidak hairanlah sekiranye mereka berebut Pelanggan.. Yok Jalan Entikong.
Pekan Entikong

Keadaan Jalan di Perkampungan di Kalimantan Barat
Jalan Dari Entikong ke Sambas

Warung Makan/Rumah Makan di Perbatasan

Persekitaran Perkampungan Kalimantan Barat

Aktiviti Seharian Penduduk

Pos Pemeriksaan Lintas Batas ENTIKONG

Masuk Semula ke Pos Tebedu Wilayah Negara Malaysia


Selamat Jalan Kalimantan Barat Indonesia
Ringkasan: AbangboyC ZoNe

Rabu, 11 Ogos 2010

DeSTiNaSi IsTiMeWa SaRaWaK

DESTINASI KUNJUNGAN WAJIB KUCHING SARAWAK *AA100M*
Kg. SeRiKiN DaeRaH BaU , KaMpuNG BuDaYa SeRaWaK , DaMai BeaCh ReSort

Sarawak sememangnyer terkenal dengan kepelbagaian tempat2 menarik yang mempersonakan pengunjung tidak kira luar dan dalam negeri. Sarawak memiliki kepelbagaian Budaya dari pelbagai Suku Kaum yang sememangnyer tersedia keunikan masing2. Selain itu tidak ketinggalan dengan kehebatan isi Alam Mukabuminya yang mana menyedia seribu satu keajaiban bermula dari Flora dan Fauna hinggakan ke Penghuni Hutan yang mana terdapat kepelbagaian jenis binatang yang masih terdapat di sini antaranya seperti Orang Utan, Pelbagai jenis Monyet, Harimau, Buaya dan Jenis2 Serangga dan Burung2 yang Unik dan tidak terdapat di tempat lain.

Perjalannan abangboyc seterusnya ialah ke Kg Serikin daerah Bau dan masih dalam Wilayah Kuching. Kg. Serikin merupakan sebuah perkampungan Persempadanan antara 2 negara Malaysia dan Indonesia, Masing2 berhubungan dengan perbatasan darat tanpa sempadan yang jelas. Sekiranya anda dari Airport, sila menghalakan kenderaan anda ke arah Bau dan seterusnye ke arah Serikin... perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam dengan jarak Km lebih kurang 45km. Sekiranya anda ingin ke Pontianak melalui jalan ini, pastikan kenderaan yang anda naiki mempunyai kekuatan dari segi kemampuan meredah hutan dan kawasan lembah berkelapa sawit.. ini kerana tiada jalan yang rasmi di sini yang menghubungkan antara 2 negara ini, kerana kini kebanyakan para pengujung yang ingin ke Kalimantan kebanyakkan melalui Pintu Tebedu. Namun ada juga yang melalui Pintu Serikin namun kapasitinya amat kurang. dan hampir seluruh penduduk kg serikin dalam Kawasan Kalimantan Indonesia lebih gemar menuju ke Pekan Bau mahupon Kuching bagi tujuan berdagang mahupon berbelanja. Selain perbezaan infrastuktur yang ketara, kemudahan asas juga lebih baik terdapat di persekitaran kampung serikin dalam daerah Bau wilayah Kuching.



Kg. Serikin kini terkenal dengan destinasi membeli belah, berbelanja segala apa jenis barangan juga terdapat disini.. dari Pakaian hinggakan ke Barangan Kraf juga jenis2 tumbuhan makanan atau perhiasan tersedia. Hampir semuanya datang dari Kalimantan dan dijual pada harga yang murah.. Penggunanan mata wang disini lebih menggunakan Ringgit Malaysia.. Namun anda diingatkan untuk ke destinasi ini, bagus anda lawati pada hari Sabtu atau Minggu mahupon Cuti Am Malaysia,. Ini kerana pada hari2 yang lain tidak terdapat peniaga yang berniaga di kawasan ini, cuma hari2 cuti Malaysia sahaja kebanyakkan penduduk setempatan dari kalimantan mahupon sarawak melakukan aktiviti berdagang/berniaga..





Kampung Budaya Sarawak



Kampung Budaya Sarawak merupakan destinasi terbaik bagi yang menggemar melihat cara hidup budaya penduduk asal negeri sarawak dari kepelbagaian suku kaum. Anda akan melihat keunikan dari reka bentuk rumah hinggakan ke gaya cara hidup dan budaya nenek moyang setiap suku kaum asal sarawak. Kampung Budaya sarawak terletak di perjalanan ke Pantai Damai dengan jarak km sekitar 20 ke 25 km dari Kuching. Bayaran Masuk yang dikenakan ialah RM60.00 bagi Dewasa dan RM30.00 bagi Kanak2.








Pantai Damai Wilayah Kuching SarawaK

Pantai Damai antara pantai yang terkenal di Sarawak dan terdapat kemudahan penginapan tersedia dari Rumah2 Penginapan, Chalet2 mahupon Hotel2 Bintang 5 juga terdapat di sini. Selain itu terdapat juga lapangan Golf bagi para pencinta sukan golf. Terletak di kawasan paling hujung dalam Wilayah Kuching. Pastikan anda menikmati perbezaan yang menjanjikan pengalaman luar biasa di sini.. dengan berlatar belakang Gunung Santubong. ianya akan menjanjikan seribu satu kenangan di sini.







Create by: Abangboyc.blogspot.com
 

Abang BoyC ZoNe © 2008 . Design By: SkinCorner