Jumaat, 19 November 2010

DESTINASI MENARIK PHUKET THAILAND

SEKITAR PHUKET THAILAND
*Melihat Keunikkan Sekitar pulau Phuket*

Day: 2
*** UNTUK MENDAPATKAN GAMBAR YANG JELAS SILA KLIK 2 KALI PADA GAMBAR***


Bandar Phuket

Dari Pantai Kata Karon dan semalam bermalam di Ibis Kata Hotel, dan tengah hari ini selepas Check-Out dari Hotel Ibis Kata Hotel, abangboyc beralih ke Hotel yang lain pula iaitu Hotel Phu-Ke-Ta di tengah Bandar Phuket. Dari melihat Pantai2 Phuket yang cantik, kini abangboyc ingin melihat Bandar Phuket, Budaya Setempat dan Keseluruhan dalam Pulau Phuket. Program untuk petang ini abangboyc ingatkan nak melihat2 Bandar Phuket, Pantai Dawai dan Berjalan2 Sekitar Pulau Phuket. Untuk pengetahuan Pulau Phuket ini merupakan pulau yang Besar dan lebih besar dari Pulau Langkawi di Malaysia. Jadi untuk menjelajah seluruh Pulau Phuket ini, anda perlu menaiki kenderaan persendirian atau kenderaan sewa yang tersedia. Namun anda juga menggunakan perkhidmatan Tour yang menjelajah Seluruh Pulau Phuket.
Bandar Phuket merupakan sebuah bandar sederhana besar, dimana kebanyakkan bangunan yang terdapat di sini adalah bangunan2 lama dan baru, saling berhubung menjadi deretan bangunan kedai2. Kemudahan Penginapan di Bandar Phuket agak kurang berbeza dengan di Pantai Pa Tong dan Kata Karon. Ini mungkin kerana Bandar Phuket bukanlah sesuai untuk dijadikan Destinasi Pelancongan, berbeza dengan Kawasan di Pantai Kata Karon dan Pantai Pa Tong yang merupakan antara Destinasi Menarik dan tempat Himpunan Pelancong-pelancong luar. Tetapi ianya tetap tidak menjadi masalah bagi pelancong yang ingin bertukar citarasa dan bermalam di Bandar Kota Phuket. Destinasi menarik di Sekitar Bandar Kota Phuket ialah Night Market, Down Town Phuket, Museum Phuket dan Selebihnya adalah Himpunan Bangunan2 Lama yang Antik dan juga Rumah Sembahyang Agama Buddha. Di Bandar Phuket sememangnya terkenal dengan banyak bangunan2 lama, ini kerana Bandar Phuket (Muang Phuket) pernah menjadi Pusat Ekonomi Selatan Thailand sebelum di tukar ke Haadyai dalam Wilayah Songkhla. Ini kerana Pada masa dahulu, Phuket sememangnya kaya dengan hasil Bijih Timah dan menjadi perebutan antara Perancis dan British. Malah Phuket juga pernah di serang oleh Kerajaan Burma dan kemudian jatuh ke tangan Kerajaan Siam Dinasti Chakri.

Pemandangan Bandar Phuket dari Bukit arah Pandai Rawai.

Pemandangan di Pantai Rawai

Kelihatan Kapal Marine Thailand Terdampar Akibat Kesan Tsunami

Jalan Dari Kata Karon Ke Bandar Phuket

Bandar Phuket

Deretan Bangunan di Bandar Kota Phuket
Peniaga Mee Goreng Bergerak Phuket

Menara Jam di Bulatan Bandar Phuket

Jualan Makanan di Kaki 5

Acara Keagamaan Buddha di Phuket

Perarakan Keagamaan di Phuket
AbangboyC
Petang di PaTong Beach
PHUKET FANTA SEA
(TAMAN TEMA MALAM DAN KEBUDAYAAN PHUKET)
Phuket Fanta Sea terletak di Pantai Kamalla merupakan antara Destinasi Pelancongan Terkemuka di Phuket. Beroperasi pada Petang dan Malam dan Ianya berkonsepkan Hiburan Malam Hari dengan Kepelbagaian Budaya Tradisional Thailand. Menjadikan ianya sebagai Lokasi Rehat Popular bagi pelancong luar dan tempatan. Terdapat Pelbagai Bangunan Dihiasi Rampu2 dan Kilauan bercahaya. Terdapat Istana Gajah yang mempersembahan Tarian Gajah, Kampong Karnival (Carnival village) yang memperlihatkan persembahan Silap Mata, dan persembahan kebudayaan bersama Gajah di Alam Keajaiban (Fantasi), Kinaree Emas Restoran menyediakan makanan secara Buffett, Tiger Jungle Advanture, Song Bird Luminarie, Similan Entertaiment Centre dan belbagai lagi Acara2 yang pasti menawan anda. Bayaran Masuk FantaSea sebanyak B1500 bagi melihat Persembahan, B800 untuk Makan Malam di Restoran Kinaree Emas atau Bayaran sebanyak B1900 untuk Kesemua Acara Persembahan dan Menjamu Selera.
Bagi yang inginkan Percutian menarik dan Hebat pastikan anda Ke The FantaSea Phuket. Namun bagi mereka yang menikmati Percutian Budget mungkin Phuket Fanta Sea bukanlah terlalu penting,. Kerana terdapat juga Hiburan tanpa Bayaran di serata Phuket antaranya Kelab2 Malam dan Ruangan Hiburan Terbuka di sekitar Lokasi Utama seperti Night Market road di Bandar phuket ataupon di Pa Tong mahupon Kata Karon.

Pintu Masuk The Phuket Fanta Sea
Phuket FantaSea
AbangBoyC di Phuket FantaSea
Sekitar Taman Tema Malam Phuket Fanta Sea

Keajaiban ALam (Fantasy)
Kampong Karnival (Carnival Village)
Similan Entertaiment Centre
Istana Gajah
Legende of Bangkok

Sekitar Night Market Phuket

Kemudian Abangboyc ke Hotel Phu-Ke-Ta di Bandar Phuket bagi berehat sebentar sebelum berjalan-jalan melihat Aktiviti Kehidupan di Phuket sebelah Malam.
Ruang Bilik Abangboyc Di Phu-Ke-Ta Hotel

AbangboyC

Harga Hotel Phu-Ke-Ta Yang DiSponsorkan Oleh Air Asia Untuk AbangboyC.

Jalan-Jalan Melihat Aktiviti Malam di Sekitar Phuket
Kehidupan Sosial dan Kelab2 Malam Sekitar Pa Tong
Kemeriahan Malam Hari Dengan Disko2 yang Bersepahan

Antaranya...
Suasana Malam Di Pa Tong dan Sekitar Kata Karon
Day: 3
Hari ini merupakan Ke-3 abangboyc di Phuket, Dari Phu-Ke-Ta Hotel selepas berSarapan, Abangboyc keluar melihat2 Pemandangan Pagi di sekitar Pantai Dawai, Pagi itu agak Mendung dan Hujan Mula Turun dan Berhenti2. Abangboyc Sekadar jalan2 melihat tempat2 yang rasanya belum lagi diperlihatkan. Hari ini merupakan hari terakhir Abangboyc di Phuket dan mungkin Abangboyc akan ke sini lagi bagi meneruskan Perjelajahan Abangboyc ke Pulau Phi Phi yang sangat Terkenal di Phuket. Kecantikannya Tidak Dapat diKatakan dengan Penulisan. Namun Oleh kerana Destinasi Pulau Phi Phi tidak terdapat pada Jadual Percutian Abangboyc Kali ini, jadi agak hampalah.. Namun Usah kuatir kerana Pasti Abangboyc akan Ke Phi Phi island Suatu hari Nanti. Sebenarnya Abangboyc boleh ke Phi Phi Island tapi oleh disebabkan petang ini AbangBoyC telah merancang untuk ke Ranong, bagi meneliti Asal Usul Persempadanan Tanah Melayu di Segenting Kra (Kra Buri) membuatkan Destinasi ke Phi Phi Island terpaksa Abangboyc Tangguhkan. Selain di Luar Kos Tersedia, Masa juga agak suntuk untuk Abangboyc meneroka Keindahan Hebat di Phi Phi Island.
Jadi hari ini, Abangboyc cuma jalan2 sekitar Phuket pada sebelah pagi dan pada sebelah petang pula abangboyc meneruskan perjalanan ke Ranong dengan jarak masa sekitar 5 hingga 6 jam perjalanan dengan menaiki Kereta.

Sepanjang Pantai Rawai saat Pagi
Kelihatan Hujan Mula Turun di Tengah Laut
McDonald Phuket Thailand
Pemandangan Pondok Teksi Saat Hari Sedang Hujan
Pasar Buahan di Jalan keluar dari Phuket ke Phang Nga
Kelihatan Kalong Ternakan Ikan di Tepi Jembatan Sarasin menghala ke Phang Nga.
Ikuti Perjalanan Abangboyc Seterusnya ke Ranong Thailand dan Kawthung Myanmar dan juga ke Segenting Kra (Kra Itsmus) di Kra Buri.
*** UNTUK MENDAPATKAN GAMBAR YANG JELAS SILA KLIK 2 KALI PADA GAMBAR***
Create By: Abang BoyC ZoNe
For Information Please Call Me 012-6355044 (AbangBoyC)**

Rabu, 10 November 2010

PERCUTIAN KE PHUKET

PHUKET : DESTINASI PELANCONGAN POPULAR

Thailand Sememangnye terkenal dengan Industri Pelancongan Hebatnya. Dengan Memiliki Pantai2 dan Pulau2 yang Indah, Thailand Membawa Namanya Ke Persada AntaraBangsa Berhubung Kait dengan Destinasi Pelancongan Dunia. Thailand Juga merupakan Negara yang sememangnya Hasil Negaranya berunsurkan Industri ini dan Thailand juga tercatat antara Negara Asia yang Ramai Dikunjungi Pelancong Luar. Thailand memiliki Tempat2 yang Menarik dan Terbaik untuk di Promosikan. Antara Destinasi pelancongan thailand yang dikenali Umum ialah Phuket, Chiang Mai, Chiang Rai, Pattaya, SongKhla, dan Bandar Hatyai juga Ibu Negaranya Bangkok. Destinasi2 ni sememangnya sudah terkenal dari dulu lagi dan kini Thailand mula mempromosikan Destinasi Pelancongan TerBarunya. Antaranya Koh Samui, Krabi, Koh Lanta dan Phi Phi Island juga Tarutao Island. Destinasi ini antara destinasi terbaru yang mula di Promosikan Thailand kepada Pelancong Luar. Namun kebanyakkan destinasi pelancongan Thailand menjurus ke Destinasi2 Pantai dan Pulau2nya. Selain itu Thailand juga mempromosikan Industri Pelacuran dan Kelab2. Ini memberikan sedikit Kesan Positif kepada Pelancong2 Luar yang Hadir bagi menginginkan Sesuatu Percutian yang Luar Biasa dan Menarik di sini.
Walaupon Ramai Pelancong Luar menyukai percutian cara ini tp bagi Abangboyc sebenarnya lebih menyukai Percutian Budaya dan Keindahan Alam sambil Menikmati Ciptaan KeAgungan Tuhan. Jadi Abangboyc tertarik untuk melihat Keindahan yang sering diperkatakan ramai.

Phuket.

Phuket merupakan Destinasi Pelancongan Pantai dan Hiburan Sosial. Ini kerana Phuket Memiliki Pantai2 yang cantik antaranya Pantai Kata-Karon, Pantai Pa tong, Pantai Rawai dan Pantai Kamalla. Setiap Pantai2 ini memiliki perbezaan antara Lautnya dan Arus Ombaknya. Kebanyakkan Pelancong Asing berkumpul di sekitar Pantai Kata Karon dan Pantai Patong, menjadikan terbina 2 buah Bandar Kecil di Persisiran Pantai antara 2 Pantai ini. Terdapat deretan Kedai2 Makan dan Jualan Kraftangan juga Hotel2 serta Kelab2. Jadi untuk merasai Situasi Sebenar di Phuket,. Abangboyc Akhirnya merancang untuk ke Phuket pada Hujung Minggu.

Day 1 :


Welcome to Satun, Thailand

Kali ini Percutian Abangboyc ke Phuket dengan menaiki Kereta. Sebelum Abangboyc Bertolak, My Mum sempat tanya kat Abangboyc. "Kenapa Pergi Naik Kereta? Kan Bagus Naik Kapal Terbang. Cepat Sampai". Abangboyc balas Pertanyaan My Mum "Saje Naik Kereta, Dapat Tengok2 Tempat Orang, Senang Nak Singgah Mane2, Lagipon X Jauh Pon, Dekat Je". Perjalanan BerMula dari Kuala Lumpur pada Jumaat Malam. Dan sampai di Pos Imigerisen Wang Kelian pada Paginya sekitar pukul 6 pagi. Lagipon Abangboyc Banyak Berhenti Rehat, Makan, Tidor2 Kejap sambil Sejukan Enjin Kereta. Pos Imigresen Wang Kelian ini mula beroperasi pukul 9.00 pagi, Jadi Abangboyc Sempatlah Sarapan dulu dan berehat2 kejap. Pastu pergi isi minyak kereta Penuh2.. Siap BawaK Tong Spare lagi, Maklumlah Abangboyc X Berapa Pasti, Jauh Jarak dan Entah Ade ke Petrol Station di laluan yang Abangboyc lalu ni. Dan Apabila Pos Imigresen di Buka, Abangboyc terus Daftar Keluar Kenderaan di Pejabat Kastam Malaysia dan kemudian ke Pos Imigresen Thailand bagi mengeCop Passport (Kena Bayar RM2.00, Tip Katenye Tp Abangboyc bagi RM1.00 je). dan kemudian ke Kastam Thailand bagi mengiktiraf Kenderaan Abangboyc Masuk. Kena isi Borang kemudian Bayar RM3.00. Dan Kemudian Kena Bayar lagi RM10.00 kat Kastam tu. "Katenya Duit Minum Pagi" Ade2 je Kastam Thailand nie. Tp itu X jadi Masalah, Asalkan semuanya Beres je. Siap je semuanye, Abangboyc memulakan kembali Perjalanan ke Destinasi tujuan Abangboyc iaitu Phuket pada pukul 10 pagi waktu Malaysia. Perjalanan Ke Phuket dari Pos Sempadan Wang Kelian mengambil masa sekitar 5 atau 6 jam dengan melalui beberapa Provinsi antaranya Wilayah Satun, Wilayah Trang, Wilayah Krabi dan Wilayah Phang Nga sebelum sampai ke Wilayah Phuket.


Abangboyc Sempat Singgah Basuh Kereta di Bandar Trang.

Welcome to Krabi, Thailand

Bagi yang ingin ke Phuket, Abangboyc lebih menyarankan anda melalui Pintu Bukit Kayu Hitam. Ianya akan memudahkan anda kerana anda tidak perlu banyak bertukar jalan. Hanya Anda perlu mengikut Jalan BerNombor 4 dan anda akan terus sampai ke Phuket. Walaupon ianya agak jauh sedikit. Berbeza dengan Abangboyc yang melalui Jalan Pantai Barat Thailand. Jadi Abangboyc perlu melalui Jalan No. 406 masuk ke Jalan No. 416 kemudian melalui Jalan No.404 menghala ke Trang. Dan dari Trang, Abangboyc baru perlu susur ke Jalan No.4 untuk ke Krabi, Phang Nga dan seterunye ke Phuket. Mudah saje kan.


SAMPAI DI PHUKET, THAILAND

Akhirnya sampai juga Abangboyc ke Phuket setelah melalui perjalanan sejauh 1090KM dari Tol Sg.Buloh Selangor. "Ingatkan X Jauh Sangat, Rupanya Terasa JugakLah, Letih Dibuatnya" "Tp Perjalanan ini Sungguh Menyeronokkan". Bagi yang menggemari aktiviti Jalan2 dan Melancong. Cara ini adalah terbaik dan Phuket merupakan antara Destinasi yang bagus untuk dikunjungi dengan cara ini. Tp sekiranya anda tidak yakin dengan cara ini, mungkin atas sebab kurang yakin pada kemampuan kenderaan anda. Anda boleh ke Phuket dengan menaiki Kapal Terbang dari Lapangan Terbang Bayan Lepas Penang atau dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur KLIA mahupon LCCT. Cara lain untuk ke Phuket dengan menaiki Feri atau Bot dari Langkawi atau dengan menaiki Bas dari Haadyai atau dari Narathiwat. Pilihlah yang Mana Satu Cara Anda Mahukan.
Sampai Di Phuket, Hari Sudah Mula Petang Agak2 Dalam Pukul 5 petang waktu Malaysia, Perjalanan Abangboyc tadi banyak Berhenti, Boleh dikatakan setiap bandar Abangboyc Berhenti Rehat, Jadi Agak Kepetangan Baru sampai Phuket. Abangboyc terus menghalakan kenderaan Abangboyc ke Pantai Kata Karon. Pantai Kata Karon terletak 20km dari Bandar Phuket dan 3km dari Pantai Pa Tong. Sampai je di Bandar Peranginan Pantai Kata, Abangboyc terus mencari Penginapan. Di Phuket Terdapat 1001 Penginapan dari Hotel Bintang 1 hingga ke Hotel BerBintang2, Malah terdapat juga Hostel, BackParkers Hotel, Resort, Chalet, Penginapan Kelab juga Rumah2 tumpangan di sini. Namun Penginapan yang menjadi Pilihan abangboyc ialah HOTEL IBIS KATA PHUKET,. Hotel ini sememangnya bagus di samping terletak berdekatan dengan Pantai dan berhadapan dengan MedClub Phuket. Kadar Bayaran untuk Penginapan Bilik Abangboyc di IBIS KATA PHUKET ialah B1990 (RM200). Namun Tarif Bayaran kebiasanya antara RM100-RM120 sahaja. Mungkin Disebabkan Cuti Hujung Minggu, Jadi bayaran dikenakan Berganda dan agak Mahal. Namun Oleh Kerana Abangboyc adalah merupakan Traveller Sponsored By Air Asia jadi Bayaran yang dikenakan kepada Abangboyc cuma RM1.00 sahaja. Munasabah ke... X Munasabah Langsung. Dapat Makan Free Lagi.. Bilik Istimewa Pulak tu. Xde Nombor Bilik.. Pelik2. Mungkin Special Guest Kot.. Hahaha.

Kereta Proton Jenis Wira No Pendaftaran Malaysia Sampai Juga Di Phuket

Reception Hotel Ibis Kata Phuket

Bilik Abangboyc Hotel Ibis Kata Phuket

BestNyer... Kat Sini... Tp Letih Sangat Memandu Td. Rase nak Tido Pulak.

Malam Minggu Abangboyc di Phuket, Cuma Tido kat Hotel je. X Keluar Kemana2pon. Hanya petang tadi je abangboyc keluar sekejap. Sekadar ke Hadapan Ibis Kata Hotel di barisan kedai2 Serbaneka ala2 7eleven bagi membeli minuman dan makanan ringan je. Saat Abangboyc di Phuket, Siaran Television tempatan Sebuk menyiarkan Perkembangan Banjir yang menimpa Bahagian Timur Negara itu. Banjir pada masa itu menimpa Sebahagian Negara Vietnam, Cambodia dan Timur Negara Thailand.


Day2:

Hari ini adalah hari ke-2 abangboyc di Phuket. Abangboyc baru merancang Untuk Jalan2 Sekitar Bandar Kecil Kata Karon dan Pa Tong. Semalam X sempat nak pergi Jalan pasal letih sangat. Jadi hari ini, Pagi2 lagi Abangboyc sudah bersiap untuk merayau sekitar Kata Karon dan Patong. Nak Tengok Jugak Pantai yang sering Dihebahkan sebagai Destinasi popular Pelancong. Siap je "BreakFast" kat Lobi Hotel, Abangboyc pon keluarlah ke Pantai yang terletak tidak beberapa jauh dari Hotel ini. Sambil Jalan Kaki, Nampak Pulak "Signboard Motorcycle For Rent". Apa lagi Sewa ajalah.. Lagi mudah untuk Jalan2 sekitar KataKaron dan Patong. Kepada Anda yang ingin menjelajah keseluruh dalam Bandar Kecil ini dan Pantai2 di sini adalah lebih baik anda menyewa Motorsikal yang sedia terdapat di sekitar Hotel2 anda dengan kadar bayaran rata2 hanya (B200) RM20.00 sahaja. Murah Kan.
Abangboyc menyewa sebuah Motosikal Jenis Honda Skuter bagi memudahkan Abangboyc ke sana sini. Bukan Xnak Naik Kereta, Susah nak Ke sana sini dan Parkir Kereta di Sekitar Bandar Kata Karon dan Patong memang Susah nak Cari. Jadi Pilihan Terbaik adalah dengan menyewa Motorsikal. Bebas ke mana2 saje.
Mula2 abangboyc pergi ke Pantai Kata Karon. Oleh sebab mungkin agak terlalu pagi, Pantai Kata Karon kelihatan Sunyi. Tidak seperti yang digambarkan oleh teman2 yang pernah ke Sini. Jadi Abangboyc Jalan2 ke Pantai Pa Tong pula dan Sekitar. Keadaannya lebih kurang Sama. Sepi. Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi waktu Malaysia ( Waktu Thailand 9.00 pagi ). Mungkin Pelancong belum bangun tido lagi untuk mandi manda, maklumlah malam tadi malam minggu. Mereka sebuk Clubing kot. Jadi Siang Sunyi Pulak.

Abangboyc; Pagi Di Pantai Kata Phuket

Pantai Kata Phuket Kelihatan Sunyi Pada Pagi Hari

Jalan2 Kelihatan Lengang. Mungkin Pasal Masih Pagi Lagi Nie.

Pantai Pa Tong Saat Pagi

Sunyi Hampir Sama Dengan Pantai Kata Karon

Sekitar Pemandangan Pantai Pa Tong

Abangboyc cuma Jalan2 sekitar Bandar Pa Tong kemudian kembali semula ke Kata Karon. Melihat di Tengah Bandar Kata Karon terdapat Sebuah Rumah Ibadah Agama Buddha yang mana terdapat Sebuah Patung Buddha yang Sangat Besar. Abangboyc Lalu je, X singgah pon. Kemudian abangboyc terus menghala ke Sebuah Bukit mengikut arah Papan Tanda "Karon View Point". Akhirnya Abangboyc sampai keSebuah Kawasan di Puncak Bukit Karon yang mana di sini, Pemandangan Keseluruhan Pantai Kata Karon dapat dilihat sepenuhnya.

Karon View Point di Bukit Karon

Abangboyc Di Karon View Point

Kelihatan Jelas Pemandangan Keseluruhan Pantai Kata Karon

Abangboyc

Lamalah jugak Abangboyc berehat di sini sambil melihat pemandangan Seluruh kawasan Kata Karon. Kemudian Abangboyc ke kawasan peliharaan Gajah yang terletak berhampiran. Namun masih belum di Buka lagi. Jadi Abangboyc pon turun semula ke Bandar Kata Karon untuk mencari kedai2 Minum. Jam menunjukkan pukul 11.00 Waktu Thailand. Perut Dah Lapar. Maklumlah kalau kat Malaysia dah Pukul 12 TghHari. Masa Makan TghHari Ni. Cari Makan Dulu lah.

Kelihatan Patung Gajah Putih di Kata Beach Resort

Selesai je Makan, Abangboyc kembali semula ke Pantai Kata Karon bagi melihat Sesuatu Berkaitan Pantai Phuket Kata Karon ini. Wow... Banyaknye Pelancong Luar yang sudah mula keluar ke Pantai untuk Mandi Manda dan Berjemur. Dari Pantai Karon hingga ke Pantai Kata. Penuh dengan Pelancong Luar Negara yang melakukan Aktiviti Air. Abangboyc X turut Serta sebab X bawa Baju Mandi. Baju Mandi Tinggal Kat Hotel. Ingatkan Petang Karang Baru nak Mandi. Tengah2 Hari Mandi Laut... Oh X Biasa. Tp Xpe lah, Abangboyc sekadar Jalan2 dan melihat2 Pemandangan Sekitar Pantai dengan Gelagat2 Pelancong Barat Cukuplah.

Jalan Menghala ke Pantai Kata Karon

Abangboyc

Amaran..

Pemandangan Sekitar Pantai Karon

Pantai Karon
Abangboyc Dengan Motosikal yang Di Sewa

Amaran dan Langkah2 Sekiranya Berlaku Tsunami

Pengangkutan Sekitar Kata Karon dan Pa Tong

Pemandangan Jalan Sebahagian Bandar Kata Karon

Amaran.. Kepada Pengunjung. Abangboyc Pon X Faham.

Wow... Ramainyer Pelancong Luar di Pantai Kata.

Pemandangan Sekitar Pantai Kata Phuket

Pantai Kata; Merupakan Lokasi Mandi Manda Terbaik

Abangboyc di Pantai Kata Phuket

Sana Sini, Semuanya Pengunjung dari Negara Barat

DiaOrang Nie X Reti Panas Ke.. Semua Pakat Berjemuran je.

Macam2..

Jam menunjukkan dekat Pukul 1.00 TghHari Waktu Thailand,. Kalau Kat Malaysia Pukul 2.00 Petang nie. Cuaca agak Panas. Jadi Abangboyc pon Pulang ke Hotel dulu. Rehat Di Hotel Kejap. Di Hotel Ibis Phuket Kata ini terdapat juga Kolam Renang yang Cantik. Rase Cam Nak Mandi Kat Sini Dululah.

Abangboyc Berhadapan Hotel Ibis Kata Phuket

Kolam Renang Hotel Ibis. Cantik. Rase Cam Nak Mandi Kat sini Je.

Bil Bayaran Hotel yang diKenakan Kepada Abangboyc Cuma RM1.00 sahaja.


Create By : Abang BoyC ZoNe for PerCutian Ke Phuket
For Information : +6012-6355044 (ABANGBOY)
 

Abang BoyC ZoNe © 2008 . Design By: SkinCorner