Kali ini, Destinasi Percutian Abangboyc ialah Pulau Phuket, Thailand. Walaupon pada mulanya abangboyc merancang untuk bercuti di Pantai Ancol Jakarta Utara. Pantai Ancol sememangnye dikenali dengan Lokasi Riadahnya yang Hebat. Dimana terdapat Sebuah Taman Dunia Fantasi yang merupakan Wisata Rekreasi Warga Jakarta yang sangat Terkenal. Taman yang diberi nama sebagai Taman Impian Jaya Ancol terletak di Jakarta Utara ini berdekatan dengan Tanjung Periok yang merupakan Pelabuhan Kapal Dagang dan Kapal Penumpang bagi menghubungkan Jakarta dengan Seluruh Daerah Luar seperti Banjarmasin di Kalimantan, Pulau Bangka di Timur Sumatera dan Makassar di Selatan Sulawesi. Taman ini memiliki Taman Aquarium Hidupan Air Laut dan Hidupan Air Tawar, Kemudahan Permainan untuk Kanak-Kanak dan Orang Dewasa seperti RollerCouster, Kereta Langgar, Treater 4 Dimensi dan Banyak Lagi; Selain itu juga terdapat Kemudahan Kereta Kabel yang melalui Jalur Persisiran Pantai Ancol. Namun, Oleh kerana terdapat sedikit masalah di Jakarta berikutan Teman Abangboyc yang "menginvite" abangboyc ke Jakarta, kebetulan mempunyai Jadwal Padat yang perlu menguruskan pelbagai acara di sana, memaksa Trip Abangboyc ke Jakarta, Abangboyc "Cancelkan". Akan tetapi Abangboyc menukar destinasi perjalanan dari Jakarta langsung ke Phuket Thailand. "Kira Berbaloilah.. X dapat pegi Pantai Ancol,. Tp Dapat Pijak Pantai Kata Phuket,. BestNyer".
Itinerary Jadual Flight Abangboyc Ke Jakarta
TUKAR ARAH KE PHUKET THAILAND
(Selintas Cerita)
Phuket merupakan antara Destinasi Pelancongan Pantai Terbaik Dunia,. Selain Hawaii dan Bali, Phuket juga terkenal dengan Keindahan Pantai dengan Arus Ombaknya yang Kuat. Pantainya yang menghadap Laut Andaman merupakan antara Destinasi Pelancongan Terkemuka Dunia. Antara Pantai-pantai yang Popular di Phuket ialah Pantai Kata (Kata Beach), Pantai Karon (Karon Beach), Pantai Patong (Patong Beach) dan Pantai Kammala (Kamalla Beach). Namun Pantai yang Terbaik di sini bagi pendapat abangboyc ialah Pantai Kata. Jadi Tidak Hairanlah sekiranya segenap mata melihat, Semuanya Muka2 Mat Saleh dengan Africa. Dari yang Berjemur, Yang Mandi Manda hinggakan yang memenuhi Kelab2 dan Bar2 semuanya dari golongan itu. Muka Orang Tempatan (Orang Thai) dengan Muka2 Orang Melayu Payah nak Nampak, Kalau adapon peratusnya sedikit sahaja yang Mandi Manda, Kebanyakkan Muka Thai dengan Muka Melayu ni merupakan Penduduk Asal dan Peniaga Kawasan itu. Dan disebabkan inilah, Bahasa Inggeris amat mudah dipertuturkan di Phuket, hampir 60 ke 70 peratus memahami bahasa Inggeris dan tidak seperti di Wilayah2 lain di Thailand yang kebanyakkan hanya mengerti dan memahami pertuturan dalam bahasa Thai sahaja. Bahasa Melayu pula Cuma 3 Wilayah Thailand sahaja yang menggunakannya iaitu Wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat.
Abangboyc Di Hadapan Hotel Ibis Kata Phuket
Abangboyc Di Hadapan Hotel Ibis Kata Phuket
Dari Segi Penginapan pula, Phuket Umpana Pulau 1001 Penginapan. Di Phuket menawarkan pelbagai jenis penginapan Hotel mahupon Hostel dari Bintang 1 hingga Bintang 5, Resort2, Chalet2 dan kemudahan Rumah Tumpangan juga Asrama tersedia di sini. Lokasi Percutian yang menarik di Phuket ialah Pantai2nya iaitu Pantai Kata Karon dan Pantai Patong. Kawasan ini juga menempatkan tempat2 Istirehat dan Lokasi MembeliBelah yang Tidak Kurang Hebatnya dengan Bandar Phuket. Selain itu kelihatan Bar2 dan kelab2 yang bersepahan menjadi tempat himpunan utama para pelancong. Berkaitan Makanan pula,. Terdapat Pelbagai Restoran menawarkan hidangan Makanan Laut Masakan Thailand. Dan Untuk Makanan Islam pula juga terdapat di Kata Karon tetapi terdapat dengan banyaknya di sekitar Pantai Rawai (Rawai Beach). Pantai Rawai adalah Pantai yang menghadap Pulau Phi Phi (Phi-Phi Island) yang berlautkan Selat Melaka dan juga menghadap ke Langkawi. Pantai Rawai ini merupakan kawasan yang banyak didiami oleh Penduduk Asal Berketurunan Melayu dan Takala masih menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertuturan di Kampung itu. Asal Usul mereka kebanyakkan dari Langkawi dan ramai juga yang berasal dari Phuket itu sendiri. Untuk Pengetahuan 14 Wilayah Selatan Thailand adalah Merupakan Sebahagian Semenanjung Tanah Melayu dari Ranong hingga ke Narathiwat yang mana masih terdapat Monumen Persempadanan yang Didirikan di Kra Buri (Segenting Kra) yang mana terdapat sebuah sungai yang menjadi pemisah antara Jajahan Tanah Thai, Tanah Burma (Myanmar) dan Semenanjung Tanah Melayu hingga tahun 1909. Kesemua 14 wilayah ini kini menjadi antara Tanah Jajahan Kerajaan Thailand setelah Kerajaan Thailand memandatangani Persempadanan antara Pihak British dengan Kerajaan Thailand di Bangkok. Jadi Tidak Hairanlah Kebanyakkan Penduduk Asal Selatan Thailand lebih mesra dengan Orang Melayu Malaysia dan BerBahasa Melayu kerana Bahasa ini sememangnya pernah gunapakai di seluruh Semenanjung Tanah Melayu hingga di Ranong dan di Sebahagian Kawasan di Selatan Myanmar.
Abangboyc... Melancong Ke Phuket.
Abangboyc... Melancong Ke Phuket.
Abangboyc BerlatarBelakangkan Pantai Kata Phuket
Kelihatan Pelancong Negara Barat sedang Berjemur dan Mandi-Manda.
Berbalik Cerita Tentang Phuket.. Bagi yang tidak terikat masa dan berkemampuan,. Abangboyc lebih menyarankan anda untuk ke Pulau Phi Phi. Pulau ini sangat terkenal dengan Pulau Batu Hakis dan pernah menjadi lokasi pengambaran Filem James Bond 007 (Tomorrow Never Dies). Dari Phuket anda boleh mengambil perkhidmatan Feri yang disediakan dengan Bayaran B600 (RM60) sehala. Atau dengan menaiki Kapal Terbang Pantai dengan bayaran B6800 (RM700).
Ikuti Perkembangan Percutian Abangboyc Dari Kuala Lumpur Ke Phuket.
Editor Oleh : Abang BoyC ZoNe - +60126355044(H/p)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan