Wisata Alam SemulaJadi Di Sumatera Utara
Medan Ke Danau Toba Via Brastagi
(dari pengalaman Abangboyc yang lepas pada tahun 2007)
Bagi pengunjung yang pertama Kali Ke Sumatera Utara atau Kotanya iaitu Kota Medan. Adalah Suatu perkara yang harus buat Kalian, iaitu melawat tempat-tempat menarik sekitar Propinsi Sumatera Utara. Di Wilayah ini, Anda akan dijanjikan dengan Kehebatan, Keindahan dari Tempat-tempat Menarik Wisata Alam SemulaJadi yang Amat mengkagumkan. Bahkan Wisata-wisata ini merupakan Aset kebanggaan Seluruh Warga Indonesia malah pada semua pencinta Alam SemulaJadi dari Seluruh Dunia. Antara tempat-tempat yang abangboyc Sarankan pada pengembara Seni Alam juga Pengunjung Luar Negara ialah Tanah Tinggi Brastagi dan Danau Toba. Kedua-dua destinasi ini bukan asing bagi rakyat indonesia bahkan tertera gambaran Keindahan yang luar biasa ini pada "note" Wang Rp1000 (Uang Tahun 1992-1999) milik Negara Republik Indonesia. Ianya juga merupakan destinasi menarik dan Terbaik dalam Kalender Wisata Indonesia.
Kota Brastagi, Pergunungan Tanah Karo Sumatera Utara
Brastagi merupakan sebuah destinasi percutian beriklim Dingin di Pergunungan Tanah Tinggi Karo. Kota Brastagi kelihatan sederhana besar namun memiliki segala kemudahan khusus buat pelancongan dan wisata liburan menarik buat parawisataan. Terletak di kawasan tanah tinggi juga beriklim sejuk dan nyaman ala Cameron Highland di Malaysia, akan tetapi kota ini diapit oleh 2 buah gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung dengan letusan terakhir baru-baru ini iaitu pada bulan 7 tahun 2010. Selain itu juga ramai yang bertandang ke Brastagi adalah bertujuan melihat Panorama Keindahan Kawah Gunung Berapi itu sendiri. Selain itu, Di sini juga terdapat Kolam Air Panas SemulaJadi BerBelerang di Kaki Gunung Sibayak Kawasan Tanah Tinggi Karo. Tanah2 disini amat subur berikutan kelihatan terbentang luas tanaman sayuran dan buahan Sekitar Brastagi. Mungkin dari tanah yang mengandungi fosil yang tinggi, hasil letusan gunung berapi yang lampau, menyebabkan ianya membuatkan hasil tanaman menjadi sangat subur dan membesar dengan sehatnya. Untuk kemudahan penginapan pula, di sini juga terdapat pelbagai jenis penginapan dari pelbagai Kelas. "Tanya aja sama penduduk Lokal (tempatan), Pasti ditunjukkannya".
Pasar Brastagi; Pusat Jualan Sayuran dan Buahan Segar
Sekitar Pemandangan Pasar Brastagi
Buah-Buahan Hasil Tanaman Tempatan
Pemandangan Unik Salah Satu Sudut Brastagi
Kelihatan Kabus-Kabus Kecil di Persekitaran Kawasan Menghala ke Gunung Sinabung
Antara Tempat Pelancongan di Sini; Kolam Air Panas SemulaJadi Gunung Sibayak berhampiran Kota Kecil Kabanjahe
Kolam Air Panas Sibayak
Untuk ke Brastagi dan Danau Toba dari Medan,. Dari pengalaman Abangboyc yang lepas, disarankan kepada anda untuk mengambil bas ke Tanah Tinggi Brastagi dengan bayaran sekitar Rp22.000 sahaja dengan perjalanan sekitar 2 jam. Perjalanan yang mendaki pergunungan ini akan menemukan anda dengan Perkampungan Suku Batak Karo dan berbagai Wisata Air Terjun di perjalanan. Selain itu laluan ini juga akan membawa anda melalui kawasan Istirehat yang terkenal di seluruh Kota Medan yang berkonsepkan ala Disneyland iaitu GreenHill City. Perjalanan yang akan anda lalui sejauh 65km namun oleh kerana lalui ini mendaki pergunungan, perjalanan akan terasa agak jauh dan lama. Namun tetapi semuanya berbaloi dengan Pemandangan yang Mengasyikkan dan Mempersonakan sepanjang perjalanan. "Sedar tak sedar, Sampai Anda di Kota Peranginan Brastagi".
Taman Peranginan Green Hill City Medan
Kaunter Bayar Masuk Entry CarToon Area
Pemandangan Permainan di Green Hill City Park
Dari Brastagi untuk ke Danau Toba, Tiada perkhidmatan bas langsung khusus ke Danau Toba. Anda cuma punya 2 pilihan iaitu berpatah balik ke Medan dan mengambil bas ke Pematang Siantar langsung ke Toba dengan total jarak masa 7 jam dari Brastagi, atau dengan pilihan Abangboyc iaitu dengan mengambil Angkot dari Kota Brastagi ke Sebuah Kota kecil dibahagian bawah Kota Brastagi iaitu Kota Kabanjahe Kabupaten Karo dengan jarak cuma 10km sahaja. Tiada Perkhidmatan Bas antara 2 Terminal Bas ini, hanya terdapat perkhidmatan Angkotan Kota (angkot) yang membolehkan anda menghubungi Kota Kabanjahe. Bayaran Angkot sekitar Rp7 ribu, angkot akan melalui kawasan perkebunan dan perkampungan kecil dan seterusnya ke Terminal Bas Kabanjahe.
Bas-Bas Kabanjahe Jurusan Medan dan Pematang Siantar
Terminal Bas Kota Kabanjahe
Dari Kabanjahe, Anda perlu menaiki bas ke Pematang Siantar dengan kos bayaran bas sebanyak Rp16.000 sahaja dengan perjalanan mengambil masa selama 1 jam dan 30 minit. Perjalanan melalui jalan perkampungan Pedalaman di Pergunungan Tengah Sumatera. Keadaan jalan raya bagi laluan Kabanjahe ke Pematang Siantar tidaklah begitu baik. Ini kerana kebanyakkan jalan di sini berlubang teruk dan ada kalanya bas akan melalui jalan tanah batu tanpa berTar,. Oleh kerana ini bukan laluan utama bagi para pelancong,. jadi laluan ini tidak diambil berat oleh Pemerintah tentang keselamatan dan keadaan muka jalan itu sendiri. Dari Kota Kecil Kabanjahe ke Permatang Siantar,. Anda akan melihat keunikkan masyarakat pedalaman dalam menempuh kehidupan seharian mereka.
Pemandangan Unik Anak-anak Pulang dari Sekolah
Setelah mengharungi perjalanan dari Kabanjahe, akhirnya anda akan sampai di Terminal Bas Kota Pematang Siantar. Di sini anda perlu mengambil Bas Kecil (trayek) ke Parapat / Danau Toba dengan kos antara Rp15.000 - Rp20.000 bergantung pada tawar menawar, dengan perjalanan sekitar 1 jam dari Pematang Siantar. Bagi yang sampai di pematang Siantar agak lewat atau hampir senja, abangboyc saran kepada anda agar bermalam di Pematang Siantar sahaja. Ini kerana untuk ke Toba dan mencari penginapan pada saat malam hari adalah agak sukar. Jadi adalah lebih baik anda bermalam di sini dan pada keesokkan harinya anda boleh langsung ke Danau toba dengan senang dan tanpa apa-apa masalah yang rumit..
Pemandangan Sebuah Air Terjun di sisi Kanan Jalan menuju ke Danau Toba
Di Danau Toba, Anda akan menemui sebuah keajaiban Unik iaitu anda akan menemukan sebuah Danau terbentang luas yang seumpama Lautan dimana penghujungnya juga anda tidak boleh lihat. Danau ini terletak di atas pergunungan yang agak tinggi. Melihat dari bas yang membawa abangboyc dari pematang siantar mendaki pergunungan ini untuk sampai ke Parapat iaitu Permulaan Masuk Kawasan Danau Toba, Bagi yang pertama kali ke sini anda akan rasa bagaikan tidak percaya akan keajaiban ini. Namun ini adalah kenyataan dari kekuasaan Maha Pencipta. Sebuah Danau yang bagaikan lautan terletak di atas pergunungan beriklim dingin. Di tengah2 danau ini terdapat Sebuah Pulau yang agak besar iaitu Pulau Simosir. Berkaitan pulau ini abangboyc kurang jelas oleh sebab belum sempat ke sana.. Abangboyc menghabiskan waktu di Danau Toba hingga petang kemudian menggambil "trayek" ke Pematang Siantar dan kemudian ke Kota Medan berikutan kesuntukan masa yang mencemburui abangboyc, namun yang jelas abangboyc akan ke sini lagi. Dan bagi anda yang berniat untuk ke Danau Toba,. Silakanlah tanpa ragu2 kerana ianya akan menjanjikan seribu panorama istimewa buat anda yang abangboyc sendiri tidak dapat jelaskan dengan kata2.
Danau Toba
Pemandangan Mula Sebuah Perkampungan Kecil di Danau Toba
Sekitar Danau Toba Simalungan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan