Ahad, 10 Oktober 2010

DARI BANDA ACEH KE MEDAN SUMATERA UTARA

DARI PROVINSI BANDA ACEH KE PROPINSI MEDAN
Part : 3 **AA100M

Dari Banda Aceh, Abangboyc meneruskan perjalanan menuju ke Sebuah Kota antara Kota Besar di Indonesia iaitu Kota Medan. Kota Medan terletak di Provinsi Sumatera Utara dan merupakan Kota ke-4 Terbesar di Indonesia selepas Jakarta, Surabaya dan Bandung. Walau bagaimanapon Kota ini adalah Kota yang Paling Besar di Pulau Sumatera juga merupakan Antara Gerbang Utama Pelancong LuarNegara memasuki Indonesia..
Setelah beberapa hari menghabiskan masa di Banda Aceh, abangboyc pon bergerak meninggalkan Kota Aceh bagi tujuan ke Medan. Abangboyc mengambil Bas di Terminal Penumpang Banda Aceh,. dan menaiki Bas C.V Pelangi Ekspress tujuan Medan dengan bayaran hanya Rp120.000 (RM42), Perjalanan mengambil masa selama 10 hingga 15 jam, bergantung pada pemanduan pemandu bas itu sendiri dengan kelancaran trafik lalulintas serta peruntukan Waktu Istirehat dan Waktu Makan. Bas yang abangboyc naiki bertolak dari Banda ACeh sekitar Jam 10pagi dan berhenti pada setiap Perhentian Utama dan Hentian Makan. Pada mulanya Abangboyc jangkakan akan sampai di Kota Medan sekitar Jam 8 atau 10 malam. Namun Oleh kerana Bas yang dipandu oleh tukang Sopir agar perlahan, akhirnya Abangboyc tiba di Medan hampir Jam 1 pagi.. "Tp Tak Ape Lah".. yang penting setiap perjalanan itu harus Selamat Sampai.
Dalam perjalanan ke Kota Medan, Abangboyc ada mengambil foto2 gambar2 sekitar perjalanan yang hampir 15 jam itu untuk dikongsikan bersama pengembara2 yang suka akan cara pengembaraan sebegini... Almaklumlah dengan menaiki bas pemandangan lebih Luas dan lebih tepat berbanding dengan pengangkutan Udara,. Tp, Bagi yang tidak menginginkan Kembara Sebegini, anda boleh memilih pilihan lain antaranya menaiki Kapal Terbang dari Banda Aceh ke Medan atau menaiki pengangkutan Kereta Sewa Persendirian.

Abangboyc,
Naik Beca untuk ke Terminal Bas Banda Aceh dari Hotel Medan

Pintu Gerbang Terminal Bas

Terminal Penumpang Kota Banda Aceh

Ruangan Makan sambil Menunggu Bas...
Kelihatan Tukang2 Beca menunggu penumpang

Bas C.V Pelangi Barusan Tiba di Banda Aceh dari Jakarta

Abangboyc.................... Naik Pelangi.. hahaha...

Pemandangan Sawah Padi dalam Perjalanan di pinggir Kota Aceh

Wah... Macam balik kampung pulak rasenyer....

Rumah Makan, Bas Singgah Rehat Sebentar...

Abangboyc,. Mengembara Melihat dan Merasa

Antara Hentian Persinggahan Bas bagi Menurun/Menaik Penumpang

Hentian Kota Sigli

Pemandangan Kota Sigli, Propinci Banda Aceh

Kota Sigli

Pekan-pekan Kecil

Abangboyc........ Hebat Betul budak Nie...
(Inilah Cara Dia..., Cara Anda Pulak Bagaimana.. Try lah..)

Sampai Hentian Kota Meureudu

Hentian Bas Kota MeuReuDu,
Kelihatan Bas2 Parkir menunggu Penumpang Naik dan Turun.

Pemandangan Kota MeuReuDu, Provinsi Banda Aceh

Kota Kecil, Kota Peudada

Kota Kecil, Kota Ganda Pura

Rehat Makan di Hentian Bas Matang Cupang

Selintas Pandang

Kota Bireuen, Propinci Banda Aceh

Singgah Makan Lagi......... di Kota Bireuen

Hentian lagi....
"Hentian ape Abangboyc kurang tau... sebab tertido lah tadi"

Nah.... Sampai kat tengah2 pon Penumpang naik....
Siap duduk atas Bangku Plastik lagi...
dan pada malam nye bas penuh.. sampai jalan kat tengah pon orang buat duduk....

Hentian Makan Terakhir,... Dekat mane yer... Entahlah..

Rehat Makan dan Solat..
Akhirnye Bas yang membawa Abangboyc sampai di Kota Medan hampir jam 1 pagi... Walaupon Lambat, Bas sampai dengan selamat. Dan Akhirnye dapat jugak abangboyc merasai perjalanan Banda Aceh - Medan... Sengsara2 jugak tp ini Pengalaman... dan Abangboyc menanyakan seseorang di dalam bas,. tentang perjalanan yang agak jauh ini.. "tp katenye, mereka sudah biasa dengan jarak seperti ini, ini kerana setiap Kota Besar dengan Kota Besar di Sumatera dihubungkan dengan jarak masa 12 hingga 15 jam dan sampai ke 20 jam pon ada." dan untuk pengetahuan semua,. Tempoh Masa Perjalanan antara Banda Aceh - Jakarta selama 4 hari dan 3 malam. Atau Jurusan ke Surabaya dari Banda Aceh sekitar 5 hari perjalanan.. "Amacam... Ade yang berani...." Cobalah..
Edisi Seterusnye : Jalan2 Dalam Kota Medan
Create By : Abang Boyc Zone.

Tiada ulasan: