Sabtu, 20 Februari 2010

MeTRo MaNiLa

JaLaN2 BaNdaR2 dalaM BaNdaRaYa MetRoMaNiLa
Langkah Kembara Philippinas

- PASAY CITY - MAKATI CITY - QUEZON CITY -
Second Day

Hari pertama Abangboyc di Bandar MetroManila semalam tidak berkesempatan untuk berjalan2 atas sebab terlalu letih mengharungi perjalanan dari Kota Kinabalu Airport ke Philippina Clark Airport kemudian menaiki bas ke Pasay City di MetroManila yang keseluruhan memakan masa hampir 6 ke 7 jam. Itulah yang membuatkan abangboyc tidak kemana2 semalaman akibat keletihan namun sekadar keluar sebentar adalah cuma sekadar mencari makanan di luar perkarangan hotel sambil berjalan2 di sekitar hotel sahaja.
Hari ini adalah hari kedua abangboyc di Philippina dalam MetroManila. Setelah selesai Sarapan Pagi 'breakfast' abangboyc n my friends bergegas dan kami bersiap oleh kerana hari ini kami bercadang untuk berjalan2 keliling sekitar MetroManila,. Kami bercadang untuk ke Makati City yang sering diperkatakan sebagai Pusat Kota bagi MetroManila, jadi kenalah keluar awal sedikit,. Oleh sebab Abangboyc n Myfriends ini adalah orang2 yang zero info di Philippina khususnya Manila, terpaksalah kami kesana-kemari mencari arah di mana terletak itu Makati City..... Pening juga dibuatnya... Namun tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar disebabkan di MetroManila ini, hampir keseluruhan penduduknya memahami dan boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan lancar dan fasih.. so senang lah sikit kerja... tanye aje.. tak lah macam ayam dengan itik...
Abangboyc di hadapan MetroPoint Mall Pasay City
Bagi yang sering mengembara sendirian atau berkumpulan dan sering tiada petunjuk arah,. menjadi perkara biasa bagi traveller2 mengembara dengan berpandukan peta... so kena lah beli 'map' dulu. Dari penginapan di Kabayan Hotel abangboyc terus mencari Book Shop yang berada di sekitar iaitu di Metropoint Mall yang berada berhampiran dengan hotel. Jadi bertambah mudahlah kami ke sana cuma dengan berjalan kaki sahaja. Harga map yang abangboyc beli di sini berharga peso190 (RM15) . Bagi abangboyc yang kebiasaan menggembara dengan berpandukan peta, so beli peta di setiap destinasi itu perkara biasa.. mahal sikit pon tidak ape, janji tak sesat sudah dan ianya akan memudahkan kite kemana sahaja di mana2...
Abangboyc di Sekitar Pasay City

Selepas beli peta sebagai petunjuk arah,. abangboyc dan myfriends memulakan langkah menjelajahi MetroManila . Tujuan pertama kami adalah Makati City, untuk ke Makati City dari Pasay City, cara mudah adalah dengan menaiki tren atau teksi, sekiranya menaiki tren, anda perlu menaiki tren dari MRT-3 Terminal Station Taft Ave / EDSA menghala ke Quezon City dan turun di Station Ayala Ave atau Station Buendia Ave. Tapi sebelum ke Makati City, kitaorang nak pergi jalan2 dulu di Pasay City bagi melihat apa2 yang unik di sini... Sebelum meneruskan perjalanan ke Makati City, Abangboyc terlihat sekumpulan2 anak kecil bermain di tepi lorong deretan kedai2 di suatu kawasan di sana, dan apabila melewati tempat mereka bermain itu, abangboyc menemukan tempat tinggal berkumpulan bagi mereka2 yang susah dan boleh dikatakan Fakir Miskin di suatu kawasan lapang dan tidak tersembunyi dari pandangan kota di tengah2 Pasay City..

Kelihatan Khemah2 kecil tempat tinggal Penduduk Miskin Philippina

Dari Pasay City abangboyc meneruskan perjalan ke Makati City dengan menaiki Tren berkelajuan tinggi MRT-3 ke Ayala ave Station dengan mengambil masa sekitar 5-10 minit perjalanan. Dari Ayala Ave. Station pula, abangboyc meneruskan perjalanan ke Jupiter Rd sambil mencari tempat penginapan di tengah2 Bandar Mewah Makati City ini.. Sambil berjalan dan melihat perbezaan pembangunan dan keindahan persekitaran dengan suasana berbeza di Makati City, abangboyc juga menemukan gedung2 Mewah dan Pusat Membeli-belah Kelas 1 juga Hotel2 besar Kelas 5 bintang di serata Ayala Ave ini. Memang agak letih sedikit,. sebagai pengembara itu perkara biasa,. mencari perbezaan di setiap destinasi sambil menyelami kehidupan masyarakat setempat....
Abangboyc ditengah2 Makati City

The PeninSular Manila

Dengan berjalan kaki hampir 2 ke 3 km sambil mencari tempat penginapan yang agak berpatutan amatlah payah disini,. Oleh kerana kawasan Makati City sememangnya terkenal dengan keMewahan dengan cara hidup kelas Atasan.. Di sini terdapat hotel2 mewah seperti Mandarin Oriental, The Paninsular Manila, Intercontinental Manila, Makati Shangri-la, Dan sekiranya inginkan hotel yang agak sederhana Mewah abangboyc menemukan sebuah hotel Korea di Makati ave iaitu Inwangsan Hotel. Kadar bayaran yang standard (biasa-Normal Rate) di sini ialah sekitar Peso 1,500.00 (RM120) bagi Standard Room, Peso 1,700.00 (RM130) bagi Twin Bed Room, namun ada juga bilik yang berharga peso 3,000.00 (RM240) dan ke atas berdasarkan ciri2 bilik yang diinginkan. Setelah puas berjalan dan mencari akhirnya abangboyc dan myfriends bersetuju untuk menginap di Hotel InWangsan. Kamar di Hotel Inwangsan kelihatan agak bagus dan keadaan bilik nya juga turut yang terbaik dalam kelasnya. Oleh sebab hotel ini hotel korea, jadi keseluruhan tulisan dan papan tanda di seluruh dalam hotel berbahasa korea, hinggakan butang Tv, dan siaran2 Tv juga adalah siaran milik dari saluran Tv Korea.,. "Cam dok Korea pulak nampaknya".

Bangunan Hotel Inwangsan

Persimpangan Jupiter Rd, Makati ave

Selepas berehat dan mandi, kami pon pergilah ke Mc'donald untuk makan tengahari.. Hidangan yang agak berbeza dari Malaysia, abangboyc cuba2lah resepi baru.. iaitu Spegati Mc'donald.. Untuk pengetahuan Mcdonald sememangnya mempunyai hidangan yang berbeza2 di setiap negara. dan untuk pengetahuan juga Philippina adalah sebuah negara yang berpenganut Kristian yang Kuat,. Jadi untuk mencari makanan yang halal sememangnya sukar dan boleh dikatakan tak ade pon... Jadi bagi mereka yang sensetif dalam pemakanan, anda kenalah bawak sendiri manggi atau makan roti je. namun bagi seorang traveller macam abangboyc menjadi lumrah untuk makan dimane saja asalkan makanan itu bukan dari daging 'Pork'. Asalkan nampak cam ayam atau mcm daging lembu dan tidak Ragu2... so Bedal jelah... sebatlah... makan je lah... xkan nak puase kot..
Sebuah Restauran Arabic di P.Burgos Rd berhadapan Inwangsan Hotel


Abangboyc di Stesen Petron berhadapan Mcdonald, Persimpangan Jupiter Rd.
Selesai Makan, Kitaorang pon geraklah ke destinasi2 menarik sekitar Makati City seperti Ayala Triangel Park, GreenBelt Park, Ayala Museum, dan Park Squre 1 di sekitar Ayala. Abangboyc ke semua tempat disini dengan menaiki teksi dan Jeepney. Bagi yang baru pertama kali ke sini, harus diketahui, Bayaran bagi Jeepney untuk seorang ialah Peso 7 (RM0.50) Sekali Naik Satu Arah. dan sekiranya menaiki teksi pastikan menggunakan Meter dan sekiranya anda terasa anda ditipu segeralah turun dan tukar teksi lain. Naik jeepney adalah satu kesempatan yang tak perlu dilepaskan kerana ini adalah ikon pengangkutan awan di Philippina. Menaiki Jeepney seperti menaiki angkot di Indonesia, perbezaannya adalah angkot tidak terlalu panjang dan muatan yang tidak banyak tetapi jeepney bersaiz besar dan bermuatan kapasiti yang ramai. dan sekiranya anda duduk dibarisan hadapan menjadi kebiasaaanlah anda terpaksa menjadi perantaraan diantara penumpang di belakang dengan pemandu sekiranya penumpang ingin membuat bayaran.... kena tolong ambik duit dia dan bagi pada pemandu dan kemudian memulangkan bakinya sekiranya ada.. tak tentu pasal kena bekerja dengan pemandu jeepney pulak.. tapi itu adalah normal bagi masyarakat di sini, itulah lumrah perbezaan dan keistimewaan kenderaan pengangkutan awam jeepney ini.,


Abangboyc dalam JeepNey

Dari Makati City abangboyc meneruskan perjalanan ke Quezon City dari Station Buendia (Buendia Rd- Makati) ke Cubao Station di Quezon City. Sebelum itu kitaorang juga ada singgah di Shangri-la MegaMall (SM Mall) sebelum ke Araneta Coliseum di Cubao.
Di Philippina sememangnye terdapat banyak pusat membeli-belah dari kelas 1 hingga ke kelas pertengahan. Araneta Coliseum merupakan Pusat Aktiviti Sukan dan terdapat Juga Pawagam Kesenian dan Filem dipersembahkan disini. Ianya juga berhampiran dengan 3 Pusat Membeli-belah yang Besar, dan merupakan station transit dari MRT-3 di Cubao Station ke LRT-2 di Araneta Centre Station. Disini abangboyc sekadar jalan2 dan diingatkan kepada anda,. Sekiranya anda ingin berjalan2 di seluruh MetroManila pastikan anda tidak membawa beg2 yang besar atau beg-beg tangan biasa atau ape macam beg sekalipon, ini kerana di Philippina Sekuriti Keselamatan amat ketat dan sering melakukan pemeriksaan kepada setiap orang yang ingin memasuki setiap bangunan termasuk Pasaraya, Pusat Membeli-Belah, Taman dan Station Tren Lrt. Anda pasti akan berasa Rimas dengan keadaan ini sekiranya anda membawa beg. Beg anda akan dibuka dan digeledah bagi memastikan tiada sesiapapon yang membawa barang terlarang seperti bom ke tempat2 awam.



Abangboyc di Pesekitaran Araneta Coliseum, Cubao, Quezon City
Dari Araneta Coliseum abangboyc meneruskan perjalanan ke Sekitar Manila city dengan menaiki Tren LRT-2 di Aranita Centre dan kemudian bertukar ke Tren Mrt-1 di Recto Station (Manila City) menghala ke Edsa (PasayCity) dan kemudian menaiki Tren Mrt-3 dari Taft Ave ke Buendia Station (Makati City) semula untuk kembali ke Hotel Inwangsan untuk berehat.





Pada Malamnya abangboyc cuma berjalan2 disekitar Pusat2 Karaoke, Bar2 di jalan Kalayaan Ave. yang terletak di bahagian belakang Hotel Inwangsan sahaja,. Memandangkan kami terlalu penat berjalan seharian dari pagi hingga ke malam membuatkan malam itu terlalu letih untuk berjalan lagi... Sekadar Berehat dan Menonton Tv Sahaja.


Editor By AbangBoyc For Malaysia Travelling Asia 2010

Selasa, 16 Februari 2010

LaNgKaH KeMbaRa FiLiPiNa

LaNgKaH Si PeNgeMbaRa
DESTINASI FILIPINA - FILIPINO
First Day

abangboyc kali ini meneruskan perjalanan seterusnye ke sebuah negara yang juga merupakan anggota asia tenggara iaitu Filipina. Filipina merupakan antara negara kepulauan di asia tenggara selain indonesia, Brunei, timur leste dan singapore... Destinasi Perjalanan abangboyc kali ini ialah Ibukota Pilipina iaitu MetroManila N Luzon island.. Abangboyc mulakan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Filipina dengan menaiki Pesawat Penaja Abangboyc iaitu Air Asia.....
Dengan Air Asia Segalanya Akan Menjadi Kenyataan... Abangboyc berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 2 dengan pesawat Air Asia menuju ke Lapangan terbang Diosdado Macapagal, Clark Philippines. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam 50 minit ke 2 jam bergantung kepada keadaan cuaca dipertengahan penerbangan.. Dalam mengharungi perjalanan yang lama dan membosankan adalah lebih baik sekiranya menjamu selera bagi mengalas perut. Air Asia juga menyediakan pelbagai jenis makanan untuk dihidangkan kepada tetamu penumpang Air Asia. Anda boleh menempah melalui internet atau membeli terus di Mini Bar Kiosk dalam pesawat.... Lepas selesai makan boleh sekiranya berehat sambil melelapkan mata.. Perjalanan 2 jam tidaklah terlalu lama... sedar tak sedar sampai sudah ke destinasi pilihan abangboyc kali ini iaitu Philipina.... Bagi pengetahuan, Kesemua Penerbangan Pesawat Air Asia dari Jakarta, Kuala Lumpur, Hong Kong, Singapore, dan sebagainya akan mendarat di Lapangan Terbang Diosdado Macapagal Clark.
Pemandangan Udara Diasdado Macapagal Airport dari dalam Pesawat

Hidangan Khas dalam Pesawat. (tertera perkataan: Not For Sale)
Abangboyc Baru Tiba di Clark Airport


Abangboyc Dihadapan Diosdado Macapagal International Airport

Dari Diosdado Macapagal Clark Airport, Abangboyc meneruskan perjalanan ke Pusat IbuKota Philipina di Manila atau lebih terkenal dengan sebutan MetroManila. Antara kemudahan pengangkutan yang disediakan bagi menghubungkan Clark Airport dengan MetroManila ialah Bas, Teksi dan Kenderaan Sewa kereta/Van. Abangboyc memilih untuk menaiki Bas ke MetroManila,. disamping Murah ianya juga memberi Keselesaan sambil Berhibur. Perjalanan mengambil masa 3 jam dengan bayaran peso350 atau RM27.00 .
Diosdado Macapagal Airport ini terletak di sebelah bahagian atas Manila dengan beriklim kering jadi anda akan menyaksikan perbezaan keadaan persekitaran yang menyerupai kawasan Koboi di Amerika Selatan,.. Akan Kelihatan banyak kuda2, kedai2 berkonsepkan seakan berada di kawasan tengah negara Mexico dan rumput2 kuning kering juga padang yang terbentang luas seakan mati bagai musim kemarau melanda tempat ini...... Inilah merupakan memandangan berbeza yang amat mempersonakan.
Dalam perjalanan ke MetroManila, anda akan menemukan bandar2 seperti Angeles City, Mexico City, San Fernando City, Valenzuela City dan banyak lagi nama2 bandar yang menyerupai nama wilayah2 negeri2 di Benua Amerika.
Bas yang Abangboyc Naiki tadi akan menurunkan penumpang di Pasay City. Pasay City merupakan Bandar dalam MetroManila terletak bersebelahan dengan Manila City juga Makati City. Setelah mengharungi perjalanan seharian abangboyc menghentikan perjalanan dengan mencari tempat penginapan di sekitar Pasay City. Bagi yang baru menjejaki kaki buat pertama kali ke Manila, abangboyc menasihatkan anda supaya mencari Hotel di sekitar Terminal Bas yang memberhentikan anda tadi.. Ini kerana dengan cara ini anda akan mudah mengenali tempat Perhentian Bas bagi memudahkan anda apabila ingin balik ke Airport nanti. Ini kerana di Manila Perhentian Bas berada berasingan dan beselerak juga tidak teratur, Ini akan menyusahkan anda sekiranya tidak mengenal pasti perhentian bas yang menurunkan anda.... Bagi pengetahuan anda, Hanya terdapat 2 syarikat bas yang beroperasi dan menjalankan perkhidmatan menghubungkan Clark Airport dengan Metro Manila,. Mencari Penginapan di Pasay City boleh dikatakan Mudah, akan tetapi Abangboyc menasihatkan anda mencari Hotel2 yang Selamat, Bersih dan Terjaga dari segi Sekuriti dan Bebas Pelacuran,. Hotel yang abangboyc cadangan ialah Kabayan Hotel in Pasay City bersebelahan dengan Pasaraya MetroPoint Shopping Mall,. Ianya juga terletak berhampiran MRT-3 dan LRT-1, ini akan memudahkan anda keserata tempat di Metro Manila... Dibawah adalah Rate bagi Hotel Kabayan Pasay City. Sekiranya anda ingin mencari hotel budjet rendah.. Anda boleh mencari Hotel2 di sekitar MetroPoint Shopping Mall dan pastikan hotel yang anda pilih memiliki ciri keselamatan. Ianya bagi memastikan Keselamatan anda terjamin.


Isnin, 8 Februari 2010

TEROKAI IBU KOTA PHILIPPINES

Abang BoyC ZoNe
TEROKAI IBUKOTA PHILIPPINES
METRO MANILA


Kenali Filipina/Pilipinas/Philippines
Filipina adalah sebuah negara republik di Asia Tenggara, merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia, juga bersempadanan dekat dengan Indonesia dan Malaysia selain itu Philipina juga bersempadanan dengan United Amerika Syarikat, Hawaii dan Micronesia di sebelah Timur, Japan, Republik Rakyat China dan Taiwan disebelah Utara, dan Thailand, Vietnam, Kemboja dan Malaysia bersempadanan di sebelah Barat Utara manakala Indonesia dan Broneo Malaysia di sebelah Barat Philipina . Filipina merupakan sebuah negara kepulauan. Negara ini terdiri dari 7,107 buah pulau. Filipina seringkali dianggap sebagai satu-satunya negara Asia Tenggara di mana pengaruh budaya Barat terasa sangat kuat. Negara ini mempunyai pengaruh Sepanyol dan Amerika Syarikat yang kuat memandangkan negara ini telah dijajah selama empat abad oleh kuasa tersebut. Filipina merupakan sebuah negara yang mempunyai majoriti penganut Kristian
Filipina juga adalah negara paling maju di Asia setelah Perang Dunia II setelah jatuhnya kuasa besar Japan, namun sejak saat itu telah tertinggal di belakang negara-negara lain akibat pertumbuhan ekonomi yang lemah, penyitaan kekayaan yang dilakukan pemerintah, Rasuah yang meluas, dan pengaruh-pengaruh neo-kolonial. Saat ini Filipina mengalami pertumbuhan ekonomi yang moderat, yang banyak disumbangkan dari pengiriman wang oleh pekerja-pekerja Filipina di luar negeri juga dari sektor teknologi informasi yang sedang tumbuh pesat.
Filipina juga tidak lari dari permasalah dalam negara.. Antara masalah-masalah besar negara ini termasuk gerakan pembebasan muslim di sebelah selatan Mindanao, pemberontak-pemberontak dari Tentara Rakyat Baru (New People's Army) yang beraliran komunis di wilayah-wilayah perkampungan, kebijaksanaan pemerintah yang sering tidak konsisten dan sering dianggap bermasalah, Jenayah yang semakin meningkat, dan juga kerosakan lingkungan geografi seperti penebangan hutan dan Pencemaran laut dan Udara. Filipina juga mengalami masalah kebanyakkan jumlah penduduk di daerah-daerah Ibukota akibat daripada kekurangan pekerjaan di wilayah desa dan perkampungan juga permasalahan tingkat kelahiran yang tinggi disamping kadar purata pendapatan perkapita yang rendah juga antara permasalahan yang melemahkan Kerajaan ini.


KENALI METRO MANILA
Metro Manila (Bahasa Filipino: Kalakhang Maynila) adalah wilayah metropolitan yang terdiri dari Caloocan City, Las Piñas City, Makati City, Malabon City, Mandaluyong City, Manila City, Marikina City, Muntinlupa City, Quezon City, Parañaque City, Pasay City, Pasig City, Pateros, San Juan, Taguig City dan Valenzuela City. Ianya merupakan Pusat Pemerintah dan ibukota Filipina. Wilayah metropolitan ini rasminya disebut Wilayah Ibukota Nasional (NCR; Filipino: Pambansang Kabiserang Rehiyon) dan terdiri dari Manila City ditambah 16 kota tetangga dan munisipalitas, termasuk Kota Quezon iaitu ibukota Filipina dari 1948-1976. Metro Manila adalah Pusat Politik, Ekonomi, Sosial, dan Budaya bagi Negara Filipina, dan merupakan salah satu metropolitan terbesar dunia.
Metro Manila sebenarnya merupakan Daerah juga Kawasan terkecil di Filipina, tetapi memiliki paling banyak penduduknya dan juga yang terpadat, memiliki populasi sekitar 14.432.569 (angaran 2010) di tempat seluas 636 km².
Kawasan Metro Manila ini berbataskan dengan provinsi Bulacan di utara, Rizal di timur, dan Cavite dan Laguna di selatan. Metro Manila juga dihimpit oleh Teluk Manila di sebelah barat dan Laguna de Bay di tenggara dengan Sungai Pasig mengalir di tengahnya, membelah Pusat Pemerintahan Metro Manila ini.
Perlu anda ketahui, Manila City bukannya sebuah Ibukota yang Moden, Ianya cuma sebuah Ibukota Lama yang dipenuhi bangunan ciri lama sekitar tahun1940-1960an, namun disini terdapat banyak pusat pengajian terkemuka dan gereja2 serta bangunan2 pemerintah, Hospital2 juga Pusat Perniagaan Saat Era kemajuan tahun1960an.

Untuk memdapatkan Sebuah Kawasan Pembangunan Bentuk Moden, Makati City adalah tempatnya... Makati City, atau Makati, adalah sebuah kota yang membentuk Metro Manila, Terletak ditengah2 kawasan Metro Manila merupakan wilayah metropolitan dari ibu kota negara Filipina. Kota ini merupakan pusat ekonomi, komersial, dan finansial Filipina, seringkali dianggap sebagai IbuKota juga IbuNegara Republik Filipina disebabkan kebanyakan Perusahaan global membina pejabat di kota ini. Terkenal dengan sebutan 'Green Zone'. Makati juga adalah tempat Berkumpulnya Segala jenis perniagaan dan perusahan Moden yang dikenali sebagai Makati Business Club dan juga tempat letaknya Bangunan Bursa Saham Filipina. Ayala Avenue, merupakan sebuah jalan yang melalui Central Bussiness District dan seringkali disebut sebagai Wall Street Filipina.
Makati terkenal dengan budaya kosmopolitannya, juga sebagai pusat budaya dan hiburan di Metro Manila. Kebanyakan yang tinggal dan bekerja di kota ini adalah Orang Kaya dan Kelas Atasan juga Golongan Profesional. Makati juga memiliki pelbagai Pusat Perbelanjaan kelas-satu yang Mewah, yang terletak di Ayala Center dan Rockwell Center. Kota ini juga memiliki banyak hotel bintang-lima seperti The Peninsula Manila, Mandarin Oriental, Makati Shangri-La, Renaissance Hotel, Intercontinential Hotel, dan Dusit Hotel Nikko.


ABANG BOYC ZONE FOR MALAYSIAN TRAVELLING ASIA 2010
 

Abang BoyC ZoNe © 2008 . Design By: SkinCorner