Sabtu, 20 Februari 2010

MeTRo MaNiLa

JaLaN2 BaNdaR2 dalaM BaNdaRaYa MetRoMaNiLa
Langkah Kembara Philippinas

- PASAY CITY - MAKATI CITY - QUEZON CITY -
Second Day

Hari pertama Abangboyc di Bandar MetroManila semalam tidak berkesempatan untuk berjalan2 atas sebab terlalu letih mengharungi perjalanan dari Kota Kinabalu Airport ke Philippina Clark Airport kemudian menaiki bas ke Pasay City di MetroManila yang keseluruhan memakan masa hampir 6 ke 7 jam. Itulah yang membuatkan abangboyc tidak kemana2 semalaman akibat keletihan namun sekadar keluar sebentar adalah cuma sekadar mencari makanan di luar perkarangan hotel sambil berjalan2 di sekitar hotel sahaja.
Hari ini adalah hari kedua abangboyc di Philippina dalam MetroManila. Setelah selesai Sarapan Pagi 'breakfast' abangboyc n my friends bergegas dan kami bersiap oleh kerana hari ini kami bercadang untuk berjalan2 keliling sekitar MetroManila,. Kami bercadang untuk ke Makati City yang sering diperkatakan sebagai Pusat Kota bagi MetroManila, jadi kenalah keluar awal sedikit,. Oleh sebab Abangboyc n Myfriends ini adalah orang2 yang zero info di Philippina khususnya Manila, terpaksalah kami kesana-kemari mencari arah di mana terletak itu Makati City..... Pening juga dibuatnya... Namun tidaklah menjadi masalah yang terlalu besar disebabkan di MetroManila ini, hampir keseluruhan penduduknya memahami dan boleh bertutur dalam bahasa inggeris dengan lancar dan fasih.. so senang lah sikit kerja... tanye aje.. tak lah macam ayam dengan itik...
Abangboyc di hadapan MetroPoint Mall Pasay City
Bagi yang sering mengembara sendirian atau berkumpulan dan sering tiada petunjuk arah,. menjadi perkara biasa bagi traveller2 mengembara dengan berpandukan peta... so kena lah beli 'map' dulu. Dari penginapan di Kabayan Hotel abangboyc terus mencari Book Shop yang berada di sekitar iaitu di Metropoint Mall yang berada berhampiran dengan hotel. Jadi bertambah mudahlah kami ke sana cuma dengan berjalan kaki sahaja. Harga map yang abangboyc beli di sini berharga peso190 (RM15) . Bagi abangboyc yang kebiasaan menggembara dengan berpandukan peta, so beli peta di setiap destinasi itu perkara biasa.. mahal sikit pon tidak ape, janji tak sesat sudah dan ianya akan memudahkan kite kemana sahaja di mana2...
Abangboyc di Sekitar Pasay City

Selepas beli peta sebagai petunjuk arah,. abangboyc dan myfriends memulakan langkah menjelajahi MetroManila . Tujuan pertama kami adalah Makati City, untuk ke Makati City dari Pasay City, cara mudah adalah dengan menaiki tren atau teksi, sekiranya menaiki tren, anda perlu menaiki tren dari MRT-3 Terminal Station Taft Ave / EDSA menghala ke Quezon City dan turun di Station Ayala Ave atau Station Buendia Ave. Tapi sebelum ke Makati City, kitaorang nak pergi jalan2 dulu di Pasay City bagi melihat apa2 yang unik di sini... Sebelum meneruskan perjalanan ke Makati City, Abangboyc terlihat sekumpulan2 anak kecil bermain di tepi lorong deretan kedai2 di suatu kawasan di sana, dan apabila melewati tempat mereka bermain itu, abangboyc menemukan tempat tinggal berkumpulan bagi mereka2 yang susah dan boleh dikatakan Fakir Miskin di suatu kawasan lapang dan tidak tersembunyi dari pandangan kota di tengah2 Pasay City..

Kelihatan Khemah2 kecil tempat tinggal Penduduk Miskin Philippina

Dari Pasay City abangboyc meneruskan perjalan ke Makati City dengan menaiki Tren berkelajuan tinggi MRT-3 ke Ayala ave Station dengan mengambil masa sekitar 5-10 minit perjalanan. Dari Ayala Ave. Station pula, abangboyc meneruskan perjalanan ke Jupiter Rd sambil mencari tempat penginapan di tengah2 Bandar Mewah Makati City ini.. Sambil berjalan dan melihat perbezaan pembangunan dan keindahan persekitaran dengan suasana berbeza di Makati City, abangboyc juga menemukan gedung2 Mewah dan Pusat Membeli-belah Kelas 1 juga Hotel2 besar Kelas 5 bintang di serata Ayala Ave ini. Memang agak letih sedikit,. sebagai pengembara itu perkara biasa,. mencari perbezaan di setiap destinasi sambil menyelami kehidupan masyarakat setempat....
Abangboyc ditengah2 Makati City

The PeninSular Manila

Dengan berjalan kaki hampir 2 ke 3 km sambil mencari tempat penginapan yang agak berpatutan amatlah payah disini,. Oleh kerana kawasan Makati City sememangnya terkenal dengan keMewahan dengan cara hidup kelas Atasan.. Di sini terdapat hotel2 mewah seperti Mandarin Oriental, The Paninsular Manila, Intercontinental Manila, Makati Shangri-la, Dan sekiranya inginkan hotel yang agak sederhana Mewah abangboyc menemukan sebuah hotel Korea di Makati ave iaitu Inwangsan Hotel. Kadar bayaran yang standard (biasa-Normal Rate) di sini ialah sekitar Peso 1,500.00 (RM120) bagi Standard Room, Peso 1,700.00 (RM130) bagi Twin Bed Room, namun ada juga bilik yang berharga peso 3,000.00 (RM240) dan ke atas berdasarkan ciri2 bilik yang diinginkan. Setelah puas berjalan dan mencari akhirnya abangboyc dan myfriends bersetuju untuk menginap di Hotel InWangsan. Kamar di Hotel Inwangsan kelihatan agak bagus dan keadaan bilik nya juga turut yang terbaik dalam kelasnya. Oleh sebab hotel ini hotel korea, jadi keseluruhan tulisan dan papan tanda di seluruh dalam hotel berbahasa korea, hinggakan butang Tv, dan siaran2 Tv juga adalah siaran milik dari saluran Tv Korea.,. "Cam dok Korea pulak nampaknya".

Bangunan Hotel Inwangsan

Persimpangan Jupiter Rd, Makati ave

Selepas berehat dan mandi, kami pon pergilah ke Mc'donald untuk makan tengahari.. Hidangan yang agak berbeza dari Malaysia, abangboyc cuba2lah resepi baru.. iaitu Spegati Mc'donald.. Untuk pengetahuan Mcdonald sememangnya mempunyai hidangan yang berbeza2 di setiap negara. dan untuk pengetahuan juga Philippina adalah sebuah negara yang berpenganut Kristian yang Kuat,. Jadi untuk mencari makanan yang halal sememangnya sukar dan boleh dikatakan tak ade pon... Jadi bagi mereka yang sensetif dalam pemakanan, anda kenalah bawak sendiri manggi atau makan roti je. namun bagi seorang traveller macam abangboyc menjadi lumrah untuk makan dimane saja asalkan makanan itu bukan dari daging 'Pork'. Asalkan nampak cam ayam atau mcm daging lembu dan tidak Ragu2... so Bedal jelah... sebatlah... makan je lah... xkan nak puase kot..
Sebuah Restauran Arabic di P.Burgos Rd berhadapan Inwangsan Hotel


Abangboyc di Stesen Petron berhadapan Mcdonald, Persimpangan Jupiter Rd.
Selesai Makan, Kitaorang pon geraklah ke destinasi2 menarik sekitar Makati City seperti Ayala Triangel Park, GreenBelt Park, Ayala Museum, dan Park Squre 1 di sekitar Ayala. Abangboyc ke semua tempat disini dengan menaiki teksi dan Jeepney. Bagi yang baru pertama kali ke sini, harus diketahui, Bayaran bagi Jeepney untuk seorang ialah Peso 7 (RM0.50) Sekali Naik Satu Arah. dan sekiranya menaiki teksi pastikan menggunakan Meter dan sekiranya anda terasa anda ditipu segeralah turun dan tukar teksi lain. Naik jeepney adalah satu kesempatan yang tak perlu dilepaskan kerana ini adalah ikon pengangkutan awan di Philippina. Menaiki Jeepney seperti menaiki angkot di Indonesia, perbezaannya adalah angkot tidak terlalu panjang dan muatan yang tidak banyak tetapi jeepney bersaiz besar dan bermuatan kapasiti yang ramai. dan sekiranya anda duduk dibarisan hadapan menjadi kebiasaaanlah anda terpaksa menjadi perantaraan diantara penumpang di belakang dengan pemandu sekiranya penumpang ingin membuat bayaran.... kena tolong ambik duit dia dan bagi pada pemandu dan kemudian memulangkan bakinya sekiranya ada.. tak tentu pasal kena bekerja dengan pemandu jeepney pulak.. tapi itu adalah normal bagi masyarakat di sini, itulah lumrah perbezaan dan keistimewaan kenderaan pengangkutan awam jeepney ini.,


Abangboyc dalam JeepNey

Dari Makati City abangboyc meneruskan perjalanan ke Quezon City dari Station Buendia (Buendia Rd- Makati) ke Cubao Station di Quezon City. Sebelum itu kitaorang juga ada singgah di Shangri-la MegaMall (SM Mall) sebelum ke Araneta Coliseum di Cubao.
Di Philippina sememangnye terdapat banyak pusat membeli-belah dari kelas 1 hingga ke kelas pertengahan. Araneta Coliseum merupakan Pusat Aktiviti Sukan dan terdapat Juga Pawagam Kesenian dan Filem dipersembahkan disini. Ianya juga berhampiran dengan 3 Pusat Membeli-belah yang Besar, dan merupakan station transit dari MRT-3 di Cubao Station ke LRT-2 di Araneta Centre Station. Disini abangboyc sekadar jalan2 dan diingatkan kepada anda,. Sekiranya anda ingin berjalan2 di seluruh MetroManila pastikan anda tidak membawa beg2 yang besar atau beg-beg tangan biasa atau ape macam beg sekalipon, ini kerana di Philippina Sekuriti Keselamatan amat ketat dan sering melakukan pemeriksaan kepada setiap orang yang ingin memasuki setiap bangunan termasuk Pasaraya, Pusat Membeli-Belah, Taman dan Station Tren Lrt. Anda pasti akan berasa Rimas dengan keadaan ini sekiranya anda membawa beg. Beg anda akan dibuka dan digeledah bagi memastikan tiada sesiapapon yang membawa barang terlarang seperti bom ke tempat2 awam.



Abangboyc di Pesekitaran Araneta Coliseum, Cubao, Quezon City
Dari Araneta Coliseum abangboyc meneruskan perjalanan ke Sekitar Manila city dengan menaiki Tren LRT-2 di Aranita Centre dan kemudian bertukar ke Tren Mrt-1 di Recto Station (Manila City) menghala ke Edsa (PasayCity) dan kemudian menaiki Tren Mrt-3 dari Taft Ave ke Buendia Station (Makati City) semula untuk kembali ke Hotel Inwangsan untuk berehat.





Pada Malamnya abangboyc cuma berjalan2 disekitar Pusat2 Karaoke, Bar2 di jalan Kalayaan Ave. yang terletak di bahagian belakang Hotel Inwangsan sahaja,. Memandangkan kami terlalu penat berjalan seharian dari pagi hingga ke malam membuatkan malam itu terlalu letih untuk berjalan lagi... Sekadar Berehat dan Menonton Tv Sahaja.


Editor By AbangBoyc For Malaysia Travelling Asia 2010

Tiada ulasan: