*Melihat Keunikkan Sekitar pulau Phuket*
Day: 2
*** UNTUK MENDAPATKAN GAMBAR YANG JELAS SILA KLIK 2 KALI PADA GAMBAR***
Bandar Phuket
Dari Pantai Kata Karon dan semalam bermalam di Ibis Kata Hotel, dan tengah hari ini selepas Check-Out dari Hotel Ibis Kata Hotel, abangboyc beralih ke Hotel yang lain pula iaitu Hotel Phu-Ke-Ta di tengah Bandar Phuket. Dari melihat Pantai2 Phuket yang cantik, kini abangboyc ingin melihat Bandar Phuket, Budaya Setempat dan Keseluruhan dalam Pulau Phuket. Program untuk petang ini abangboyc ingatkan nak melihat2 Bandar Phuket, Pantai Dawai dan Berjalan2 Sekitar Pulau Phuket. Untuk pengetahuan Pulau Phuket ini merupakan pulau yang Besar dan lebih besar dari Pulau Langkawi di Malaysia. Jadi untuk menjelajah seluruh Pulau Phuket ini, anda perlu menaiki kenderaan persendirian atau kenderaan sewa yang tersedia. Namun anda juga menggunakan perkhidmatan Tour yang menjelajah Seluruh Pulau Phuket.
Bandar Phuket merupakan sebuah bandar sederhana besar, dimana kebanyakkan bangunan yang terdapat di sini adalah bangunan2 lama dan baru, saling berhubung menjadi deretan bangunan kedai2. Kemudahan Penginapan di Bandar Phuket agak kurang berbeza dengan di Pantai Pa Tong dan Kata Karon. Ini mungkin kerana Bandar Phuket bukanlah sesuai untuk dijadikan Destinasi Pelancongan, berbeza dengan Kawasan di Pantai Kata Karon dan Pantai Pa Tong yang merupakan antara Destinasi Menarik dan tempat Himpunan Pelancong-pelancong luar. Tetapi ianya tetap tidak menjadi masalah bagi pelancong yang ingin bertukar citarasa dan bermalam di Bandar Kota Phuket. Destinasi menarik di Sekitar Bandar Kota Phuket ialah Night Market, Down Town Phuket, Museum Phuket dan Selebihnya adalah Himpunan Bangunan2 Lama yang Antik dan juga Rumah Sembahyang Agama Buddha. Di Bandar Phuket sememangnya terkenal dengan banyak bangunan2 lama, ini kerana Bandar Phuket (Muang Phuket) pernah menjadi Pusat Ekonomi Selatan Thailand sebelum di tukar ke Haadyai dalam Wilayah Songkhla. Ini kerana Pada masa dahulu, Phuket sememangnya kaya dengan hasil Bijih Timah dan menjadi perebutan antara Perancis dan British. Malah Phuket juga pernah di serang oleh Kerajaan Burma dan kemudian jatuh ke tangan Kerajaan Siam Dinasti Chakri.
Pemandangan Bandar Phuket dari Bukit arah Pandai Rawai.
Jalan Dari Kata Karon Ke Bandar Phuket
Bandar Phuket
Deretan Bangunan di Bandar Kota Phuket
Peniaga Mee Goreng Bergerak Phuket
Menara Jam di Bulatan Bandar Phuket
Jualan Makanan di Kaki 5
Acara Keagamaan Buddha di Phuket
Perarakan Keagamaan di Phuket
Menara Jam di Bulatan Bandar Phuket
Jualan Makanan di Kaki 5
Acara Keagamaan Buddha di Phuket
Perarakan Keagamaan di Phuket
AbangboyC
Petang di PaTong Beach
PHUKET FANTA SEA
(TAMAN TEMA MALAM DAN KEBUDAYAAN PHUKET)
Phuket Fanta Sea terletak di Pantai Kamalla merupakan antara Destinasi Pelancongan Terkemuka di Phuket. Beroperasi pada Petang dan Malam dan Ianya berkonsepkan Hiburan Malam Hari dengan Kepelbagaian Budaya Tradisional Thailand. Menjadikan ianya sebagai Lokasi Rehat Popular bagi pelancong luar dan tempatan. Terdapat Pelbagai Bangunan Dihiasi Rampu2 dan Kilauan bercahaya. Terdapat Istana Gajah yang mempersembahan Tarian Gajah, Kampong Karnival (Carnival village) yang memperlihatkan persembahan Silap Mata, dan persembahan kebudayaan bersama Gajah di Alam Keajaiban (Fantasi), Kinaree Emas Restoran menyediakan makanan secara Buffett, Tiger Jungle Advanture, Song Bird Luminarie, Similan Entertaiment Centre dan belbagai lagi Acara2 yang pasti menawan anda. Bayaran Masuk FantaSea sebanyak B1500 bagi melihat Persembahan, B800 untuk Makan Malam di Restoran Kinaree Emas atau Bayaran sebanyak B1900 untuk Kesemua Acara Persembahan dan Menjamu Selera.
Bagi yang inginkan Percutian menarik dan Hebat pastikan anda Ke The FantaSea Phuket. Namun bagi mereka yang menikmati Percutian Budget mungkin Phuket Fanta Sea bukanlah terlalu penting,. Kerana terdapat juga Hiburan tanpa Bayaran di serata Phuket antaranya Kelab2 Malam dan Ruangan Hiburan Terbuka di sekitar Lokasi Utama seperti Night Market road di Bandar phuket ataupon di Pa Tong mahupon Kata Karon.
Phuket FantaSea
AbangBoyC di Phuket FantaSea
Sekitar Taman Tema Malam Phuket Fanta Sea
Kampong Karnival (Carnival Village)
Similan Entertaiment Centre
Legende of Bangkok
Sekitar Night Market Phuket
Kemudian Abangboyc ke Hotel Phu-Ke-Ta di Bandar Phuket bagi berehat sebentar sebelum berjalan-jalan melihat Aktiviti Kehidupan di Phuket sebelah Malam.
Sekitar Night Market Phuket
Kemudian Abangboyc ke Hotel Phu-Ke-Ta di Bandar Phuket bagi berehat sebentar sebelum berjalan-jalan melihat Aktiviti Kehidupan di Phuket sebelah Malam.
Suasana Malam Di Pa Tong dan Sekitar Kata Karon
Day: 3
Hari ini merupakan Ke-3 abangboyc di Phuket, Dari Phu-Ke-Ta Hotel selepas berSarapan, Abangboyc keluar melihat2 Pemandangan Pagi di sekitar Pantai Dawai, Pagi itu agak Mendung dan Hujan Mula Turun dan Berhenti2. Abangboyc Sekadar jalan2 melihat tempat2 yang rasanya belum lagi diperlihatkan. Hari ini merupakan hari terakhir Abangboyc di Phuket dan mungkin Abangboyc akan ke sini lagi bagi meneruskan Perjelajahan Abangboyc ke Pulau Phi Phi yang sangat Terkenal di Phuket. Kecantikannya Tidak Dapat diKatakan dengan Penulisan. Namun Oleh kerana Destinasi Pulau Phi Phi tidak terdapat pada Jadual Percutian Abangboyc Kali ini, jadi agak hampalah.. Namun Usah kuatir kerana Pasti Abangboyc akan Ke Phi Phi island Suatu hari Nanti. Sebenarnya Abangboyc boleh ke Phi Phi Island tapi oleh disebabkan petang ini AbangBoyC telah merancang untuk ke Ranong, bagi meneliti Asal Usul Persempadanan Tanah Melayu di Segenting Kra (Kra Buri) membuatkan Destinasi ke Phi Phi Island terpaksa Abangboyc Tangguhkan. Selain di Luar Kos Tersedia, Masa juga agak suntuk untuk Abangboyc meneroka Keindahan Hebat di Phi Phi Island.
Jadi hari ini, Abangboyc cuma jalan2 sekitar Phuket pada sebelah pagi dan pada sebelah petang pula abangboyc meneruskan perjalanan ke Ranong dengan jarak masa sekitar 5 hingga 6 jam perjalanan dengan menaiki Kereta.
Sepanjang Pantai Rawai saat Pagi
Sepanjang Pantai Rawai saat Pagi
Kelihatan Hujan Mula Turun di Tengah Laut
Pemandangan Pondok Teksi Saat Hari Sedang Hujan
Kelihatan Kalong Ternakan Ikan di Tepi Jembatan Sarasin menghala ke Phang Nga.
Ikuti Perjalanan Abangboyc Seterusnya ke Ranong Thailand dan Kawthung Myanmar dan juga ke Segenting Kra (Kra Itsmus) di Kra Buri.
*** UNTUK MENDAPATKAN GAMBAR YANG JELAS SILA KLIK 2 KALI PADA GAMBAR***
Create By: Abang BoyC ZoNe
For Information Please Call Me 012-6355044 (AbangBoyC)**
Tiada ulasan:
Catat Ulasan