Jumaat, 31 Disember 2010

PHANG NGA, KOH PHI PHI DAN KOH LANTA KRABI

DESTINASI MENARIK PERCUTIAN PULAU
DAN PANTAI BARAT SELATAN THAILAND

TELUK PHANG NGA (PHANG NGA BAY)

Teluk Phang Nga amat sinonim dengan Pulau Batu Tergantung. Terletak di Propinsi Phang Nga dan Berdekatan dengan Pulau Phuket. Sekiranya anda dari Bandar Surat Thani dan melalui Bandar Phang Nga untuk menuju ke Phuket,. Sila Lihat Tanda Arah Phang Nga Bay di Sebelah kiri Pandangan sebelum sampai ke Jembatan Serasin. Juga Tertera Tanda Arah Pulau James Bond.. Phang Nga Bay amat Terkenal dengan Keindahan Batu-Batuan SemulaJadinya dan Semestinya ianya menjadi Ikon bagi Propinsi berkenaan. Pantainya yang Jernih di samping pemandangan pantainya yang Hebat. Pastikan anda ke Phang Nga Rock dan bergambar dengan Batu Pulau yang Diikat Kecil di Persisiran Pantai Teluk Phang Nga.

**Sila Klik Pada Gambar Untuk Pembesaran Imej

Phang Nga Bay


PULAU PHI PHI (PHI-PHI ISLAND)

Pulau Phi-Phi merupakan antara pulau yang tercantik di dunia. Terletak di Propinsi Phuket dan sememangnye terkenal dengan panggilan Syurga Pulau. Pulau Phi-Phi sering membawa Nama Pulau Phuket terus dikenali Umum, dengan Kehebatan Pantai dan Pulau-Pulaunya, Tidak hairanlah Pulau ini menjadi Lokasi No 1 Pelancong Luar Negara untuk melihat sendiri kehebatan Phuket yang sebenar. Di sini juga sering menjadi Lokasi Pengambaran Filem2 Internasional antaranya Filem James Bond 007 "Tomorrow Never Dies" hinggakan terdapat sebuah pulau dinamakan dengan nama, Pulau James Bond. Suasana pulaunya amat Harmoni, Kejernihan Air Laut dan Kebiruan memukau sesiapa yang bertandang. Pulau2 yang terbentang sekitar Pulau PhiPhi utama mencorakkan lagi Keindahan Luar biasa yang Sukar untuk diCeritakan. Kos Percutian untuk Ke Phi-Phi Island bergantung kepada kehendak tetamu yang ingingkan Percutian yang sebagaimana. Terdapat Percutian Kos Sederhana dan Kos Mewah. Untuk Kos Sederhana terdapat Penginapan Senilai RM80.00 dengan terdapat 2 Katil Queen Size manakala untuk Kos Mewah Penginapan Berharga Ribuan Ringgit juga Tersedia. Kos feri untuk ke Pulau PhiPhi dari Pulau Utama Phuket berharga RM60.00 Sehala dan dari Pulau Lanta pula serendah RM50.00 sahaja sehala. dan Sekiranya anda datang dari Semenanjung Malaysia untuk ke Pulau Phi-Phi, cara Mudah dengan menaiki Kereta menghala ke Bandar Krabi kemudian berpatah menghala ke jalan arah Bandar Trang sejauh sekitar 10 km dan kemudian memasuki simpang susur ke kanan dengan jarak sekitar 32 km sebelum sampai ke Pantai Lanta (Koh Lanta), Kemudian pergi ke Jeti Feri Lanta untuk ke Pulau Phi-Phi. Selain perkhidmatan feri terdapat juga perkhidmatan Kapal Terbang Pantai dengan Kos RM600 sehala dari Jeti Utama Pulau Phuket dan Jeti Utama Krabi ke Pulau Phi-Phi. Lain2 Kos Percutian di Pulau ini antaranya Kos Bersiar2 dengan Speed bot sekitar Pulau2 Kecil di Pulau PhiPhi dan Kos Menyelam Skuba bagi yang meminati Riadah cara itu. Lain2 Kos tidaklah terlalu berat bagi anda kerana kalau bercerita tentang Kos makan minum, usah dipikirkan sangat kerana di sini terdapat pelbagai Gerai Makanan Mewah dan yang Biasa2 juga Banyak terdapat di sini. Pilih saja bergantung pada Bajek anda.
**Sila Klik Pada Gambar Untuk Pembesaran Imej

Feri Ke Koh Phi-Phi dari Jeti Utama Koh Lanta

Ruang Pemanduan JuruPandu Feri Penumpang Ke Koh Phi-Phi

Jeti Utama Pulau Phi-Phi

Amaran Keras Larangan Penyeludupan Tembakau oleh Kerajaan Thailand

Jom Makan Jap..
**Sila Klik Pada Gambar Untuk Pembesaran Imej

Santai Mencari Ketenangan

Pemandangan Istimewa
Aliran Anak sungai Terus Ke Pantai

Terdapat Masjid Bagi Umat Islam Menunaikan kewajipan

Damai

Sayu Hening Hujung Petang

Tetap Meriah Bermandi Manda Walaupon Hari Dah Nak Gelap

Kesegaran Pagi di Pulau Phi-Phi
Teluk PhiPhi Merupakan Pusat Pelancongan Utama Pulau PhiPhi
Lokasi Tumpuan Pengunjung dan Merupakan Himpunan Pelbagai Penginapan

Kelihatan Perahu Berdamparan

Perahu Untuk Di Sewakan Kepada Pelancong

Kelihatan Perahu Tradisional

Antaranya
**Sila Klik Pada Gambar Untuk Pembesaran Imej

Lebih Santai Kalau Naik Nie.

Keunikan Pulau PhiPhi

Perahu Dihiasi Kain dan Bunga-bunga
Bagi Menarik Perhatian Pelancong Untuk Menyewanya

Tp Untuk Bersiar-Siar Seluruh Pulau.. Inilah Caranya.
Lebih Bagus Selain Dapat Kepuasan Menyeluruh

Nah.. Aman nie. Speed Boat. Bayaran RM100 Perseorang.

Dah Sampai..



**Sila Klik Pada Gambar Untuk Pembesaran Imej
Tempat ini Merupakan Tempat Paling Cantik dan Amat Mempersonakan dan Ianya Menjadi Kawasan Penjagaan SemulaJadi Oleh Kerajaan Thailand. Keasliannya Lanskapnya Terserlah dan Terjaga Rapi Malah Hingga ke Dasar Boleh di Lihat dengan Tanpa Menggunakan Skop Diving. Batu-Batuan dan Langit Membiru Bergabung Bagai Membina Sebuah Syurga Di Muka Bumi.. Ternyata Inilah yang Di Cari Pelancong Luar dan inilah Yang selama ini Bergelar Phuket.





Pulang dan Sampai Ke Pulau Utama Pulau Phi-Phi

Santai Menikmati Kehebatan Gabungan Laut Selat Melaka dan Laut Andaman

Tempat Ini Merupakan Tempat Bebas Skuba Diving.

Skuba Diving Di Sini Tak Perlu Lesen dan Kebenaran

Eh.... Ade Bintang Di Tengah Hari... hahaha

Pulau PhiPhi atau Nama Lainnya Koh PhiPhi dalam Wilayah Phuket merupakan destinasi Pantai Teristimewa dan Terhebat di Asia. Cubalah.


PULAU LANTA (KOH LANTA)

Pulau Lanta atau diKenali dengan Pangilan Koh Lanta adalah Sebuah Pulau di Perairan Pantai Barat Selatan Thailand. Pulau ini memiliki Pantai2 yang Menarik dan Indah yang tidak kurang Hebatnya dengan Pulau Phi-Phi. Terletak cuma 40km dari Bandar Krabi dan amat mudah untuk dihubungi. Tanpa perlu menaiki feri. Pulau ini antara Pulau2 tercantik milik Kerajaan Thailand yang sedang di Promosikan ke Mata Dunia. Andai mahu diBandingkan dengan Phuket KataKaron atau Phuket Patong, Koh Lanta 10 kali lebih Cantik, Damai, Tenang dan lebih Mempersonakan. Terletak di Kawasan perkampungan Berpantai dalam Wilayah Krabi. Suasana yang Berbeza ini akan memjanjikan sesuatu pengalaman Unik Bersama Penduduk Tempatan yang Ramah2 dan Mudah Mesra.

Anak-Anak Kecil Pulau Lanta

Tenang Pagi di Pulau Lanta
Kelihatan Air Surut di Pantai Pulau.
Pulau Lanta antara Pantai yang menghadap Selat Melaka

40minit Kemudian
Air Kelihatan Sudah Mula Pasang

Kelihatan Air Laut Sudah Pasang Sepenuhnya Memenuhi Pantai

Wah.. Sudah Boleh Mandi.. Air yang Tenang.

BerJemuran Merupakan Aktiviti Normal Pelancong dari Barat Nie.Katenya Bagi Menyerap Tenaga dan Zat Matahari.. Betol Ke.

Kapal James bond... Agaknyelah,.

Mungkin Kot... Tapi Memang Cantik Kapal tu.

Ini Ape Kerja Budak2 Nie pagi2, Bermain Ape Yang Dimainkan.
Aktiviti Kebiasaan Anak-Anak Tempatan di Sekitar Pantai Lanta ini.

Pulau James Bond

Bandar Krabi

PerKhidmatan Sewa Kenderaan Motorsikal RM15.00 Sehari
Di Atas Merupakan Destinasi Istimewa PerCutian Pulau dan Pantai di Perairan Barat Selatan Negara Thailand. Ini Merupakan Info kepada Sesiapa yang Berminat Mengunjungi destinasi Pulau-pulau dan Pantai-pantai yang Menarik Mempersonakan dan Best hasil dari Pengalaman Abangboyc Sendiri dan Teman2.

** Destinasi Seterusnya Adalah Yangon, IbuKota Negara Myanmar. Ikuti Perkembangan Destinasi Percutiang Abang Boyc di Episod Cerita Berikutnya.

Editor by : Abang BoyC Zone 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kapal tu bukan kapal james bond. tetapi kapal yang ada kaitan dengan sejarah JungCeylon... nak tahu kishnya? kena pergi JungCeylon Mall. Ada waktu2 yg akan diceritakan sejarah JungCeylon dan kapal tersebut menerusi persembahan air pancut... Selamat Menonton...