Isnin, 31 Januari 2011

MENEROKAI KEISTIMEWAAN KOTA YANGON

ISTIMEWA KOTA YANGON MYANMAR
KOMPLEK BUDDHA PAGODA SHWEDAGON
MENEROKAI KEAJAIBAN PAGODA EMAS SHWEDAGON

DAY 2 - PART 3

PAGODA SHWEDAGON

Abangboyc di Pintu Masuk Tetamu Antarabangsa Pagoda Shwedagon

Pagoda Shwedagon merupakan Destinasi Paling Popular di Myanmar Khusus di Dalam Kota Yangon. Ianya merupakan sebuah Kompleks Ibadah Agama Buddha yang dibina Sekitar 2500 tahun dahulu dan sangat terkenal dengan Kata Nama Lain sebagai Kota Pagoda Emas. Dikatakan; Pagoda Shwedagon ini disaluti Emas Tulin seberat 8000Kilogram di seluruh Muka Pagoda dan Diperhiaskan dengan Batu Permata 999karat pada Hujung Menara Pagoda Shwedagon itu. Setiap Hari, Beribu Pelancong mahupon Penduduk tempatan datang ke sini untuk menunaikan Hajat sambil beribadah dan tidak kurangnya juga ramai yang datang hanya sekadar untuk melihat2 sambil Berfoto gambar untuk koleksi kenangan di sini. Bayaran Masuk Bagi Pelancong Luar Negara sebanyak USD5 melalui Pintu Khusus manakala Tiada Sebarang Bayaran Dikenakan Bagi Penduduk Tempatan. "Ok Jom Jalan Bersama Abangboyc, Kita Pusing Satu Pagoda Shwedagon ni".

Peraturan Masuk Pagoda Shwedagon

Lihat: Sukarelawan Sedang Membersihkan komplek Ibadah Agama Buddha Shwedagon

Abangboyc
Pemandangan dari Lobby Pintu Masuk Khusus Tetamu Antarabangsa

Pemandangan Yang Mempersonakan
Hasil Seni Bangunan yang Hebat

Eh.. Lihat; Warga Eropah Dengan Pakaian Kain Sarong

Ukiran Kayu yang Cantik

Ini Pula Patung Dewa Gajah
Dalam Kiraan Agama Buddha Burma terdapat Dewa-dewa Penjaga Tarikh Bulan dan Tahun yang memastikan keberuntungan dan muhsibah Seseorang itu. Seperti Dewa Tahun Gajah memastikan Keuntungan yang berlipat Ganda pada Mereka yang Lahir pada Tahun itu. Abangboyc Lahir pada 08 August 1984, dan Dalam Kiraan Bulan Berdasarkan Horoskop Barat menunjukkan bahawa Abangboyc berada pada Horoskop Leo, dan Bila Dikira mengikut Kiraan Kalender Tahun Cina, Abangboyc berada pada Tahun Tikus Manakala Sekiranya dikira mengikut Tahun Dewa Buddha Burma, Abangboyc Lahir pada Tahun Gajah dan Dikuasai Oleh Dewa Gajah
.

Abangboyc Di Hadapan Patung Dewa Gajah
Bagi Kepercayaan Agama Buddha Burma ini, sekiranya Lahir Pada Kiraan Bulan dan Tahun Gajah, Anda perlu menyiram Patung Dewa Gajah dengan Air Putih sebanyak 7 kali agar diberikan Kesenangan dan Kekayaan dengan Rezeki yang mencurah2 juga Kesihatan yang Baik
.

Ini Dia Pagoda Shwedagon; Pagoda Emas
Pagoda Shwedagon ini adalah sebuah Pagoda Besar yang disaluti Emas 8000Kilogram dan disekelilingnya terdapat Patung2 Buddha dan Kuil2 Kecil. Kawasan Pagoda Shewdagon ini agak luas seperti 3 buah Stadium Bola Sepak.

Antara Rumah Ibadat Buddha Yang Menghadap Pagoda Shwegadon

Sukarelawan Sedang Mengemop Membersihkan Kawasan sekitar Pagoda Shwedagon

Pemandangan Sekitar Dalam Kompleks Pagoda Shwedagon
Kelihatan Deretan Bangunan Rumah Ibadat Agama Buddha yang Bercantum menjadikan sebuah kompleks Agama Buddha yang Besar dan Setiap Rumah Ibadat menempatkan Patung2 Buddha, dan Patung2 Dewa dan Loceng Besar yang setiapnya memiliki sejarah masing2.

Pemandangan Pagoda Shwedagon Bertemankan Bulan Pada Petang Hari

Abangboyc Letih Tapi Menyeronokkan

Kelihatan Ramai Pengunjung LuarNegara dan Tempatan

Ini Pula Tempat yang membolehkan Pengunjung Melihat Kilauan Batu Permata di Hujung Menara Pagoda ini. Batu Permata akan mengeluarkan Kilauan Warna Warni pada malam hari. Ianya terjadi dari Imbasan Pantulan Cahaya Bulan. Ianya Benar Kerana Abangboyc Sendiri telah menyaksikannya.

Ini Pula Tempat bagi Mereka ingin Menunaikan Hajat dan Membuat Permintaan

Kelihatan Banyak Pengunjung Warga Benua Eropah dan Amerika
Mereka ini menantikan saat malam untuk melihat pantulan Cahaya Keemasan pada Pagoda Shwedagon ini.


Pagoda Shwedagon Saat Matahari Mula Terbenam

Ini Pula Sebuah Patung Buddha yang Besar
Terdapat Kipas Besar Di letak Pada Atas Patung Buddha ini, Dan sekiranya ingin menunaikan Hajat, Anda perlu Mengipas Patung Buddha ini dengan menarik satu tali besar yang dipasang bagi mengipas Patung Buddha ini.


Dan Ini Dia Gambar Batu Permata yang terdapat di hujung Puncak Pagoda Shwegadon ini.

Pagoda Shwedagon Pada Saat Mula Malam

Antaranya..

Abangboyc Kelihatan Letih dari Petang Menunggu Malam

Pemandangan Malam Pagoda Shwedagon Yang Cantik

Patung Buddha
Loceng Keramat

Kilauan Cahaya Keemasan Terpancar Pada Pagoda Shwedagon

Abangboyc Menghabiskan Masa dari Petang hingga ke Malam di sini menikmati Keindahan yang terdapat di sini,. Pagoda Shwedagon merupan Destinasi Menarik Terakhir Abangboyc hari ini. selepas menghabiskan masa di Shwedagon, Kemudian Abangboyc ke sebuah Restoran Korea untuk makan Malam sebelum di hantar Pulang ke Hotel Penginapan Abangboyc di Downtown. Walaupon Letih mengharungi Perjalanan Menerokai tempat2 Menarik dan Istimewa Dalam Kota Yangon ini, Namun Ianya Sebenarnya Satu Keberuntungan bagi Abangboyc Kerana Dapat Mengembara Melihat dan Merasa Keaslian dan Kehebatan Tempat2 menarik di Kota ini. Esok Abangboyc Perlu Pulang ke Kuala Lumpur maklumlah nak Sambut Hari Raya AidilAdha pada 17 November 2010 ni,. Malam ini oleh kerana terlalu Letih, Abangboyc Tidur Awal. Mula2 nak pergi main Komputer tapi X Boleh Link Pula. Banyak Sekatan Dari Pemerintah.

DARI YANGON KE KUALA LUMPUR
Penerbangan Abangboyc dari Yangon ke Kuala Lumpur pada sebelah Petang, Kira2 pukul 5.40 petang waktu Myanmar (Waktu Malaysia Pukul 7.10 Malam). Jadi Hari Terakhir Abangboyc di Yangon sekadar Jalan2 Shopping je,. Maklumlah Takut Ketinggalan Pesawat Pulak nanti,. penerbangan Air Asia Jurusan Yangon Kuala Lumpur cuma Sekali Sehari. Lepas Makan Tengahhari, Abangboyc pon Cau pergi Airport,. Bosan Lama Sangat Kat Hotel,. Pengangkutan Van Hotel Pula Katanya akan hantar Abangboyc pada pukul 4.00 petang. Tapi oleh kerana takut Kelewatan, mungkin disebabkan masalah trafik ke atau masalah yang tidak diingini,. Adalah lebih baik Abangboyc mempercepatkan masa ke Lapangan Terbang, Jadi Dapatlah Tengok2 Situasi Keadaan Dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon ini. Pukul 3.00 petang Waktu Myanmar Abangboyc Check-Out dari Hotel Penginapan Ocean Pearl Inn yang menaja Abangboyc selama 4 hari Abangboyc di Yangon ini. Terima Kasih Kepada Oceon Pearl Inn Sekali Lagi. Dari Hotel, Abangboyc meneruskan Perjalanan pulang Ke Kuala Lumpur dengan mengambil Teksi dengan Bayaran 10000Kyat. Oleh Kerana ada tetamu Hotel yang nak Pulang Airport Sama jadi Kami Share Teksi. Jadi Abangboyc cuma Bayar 5000Kyat sahaja dari Hotel ke Airport. Perjalanan Tidaklah terlalu Jauh sekitar 30 ke 40 minit sahaja. Tapi Abangboyc Sempat jugalah Mengambil Gambar Keadaan Persekitaran dalam Perjalanan Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon Myanmar.

Keadaan Jalan Raya Bertaraf LebuhRaya Menghubungkan Yangon Dengan Airport

Ini Antara Teksi Awam yang Abangboyc Sempat Shot Gambar Dia.
UnikKan Rasanya Tahun 60-an Kenderaan ini. Tapi memang banyak Kenderaan lama di Kota Yangon ini.

Dipersimpangan Jalan Menuju ke Yangon Airport

Ini Pula Pengangkutan Bas Awam Menghubungan Kawasan Dalam Kota Yangon dengan Bandar Pinggiran Kota Yangon

Macam loriKan dan sememangnya Bas Awam ini asalnya adalah Lori yang telah diubah suai dan dijadikan Bas Awam. Mesti Best kan. Trylah Naik.

Sampai Sudah Lapangan Terbang AntaraBangsa Yangon

Ini Dia Bangunan Lapangan Terbang Yangon

Abangboyc Di Tempat Menurunkan Penumpang di Bahagian Pelepasan
Belakang tu pintu Masuk Airport

Pemandangan Sekitar Lapangan Terbang Yangon

Ramai

Antaranya

Dan Syarat2nya

Ini Pula Tiket Abangboyc. Simple je kan.
Tempat duduk 04A HOT SEAT. Maklumlah Seat Penaja. Untuk Pengetahuan Air Asia merupakan Penaja Rasmi Perjalanan Bagi Abangboyc.Blogspot.com untuk Mengembara Melihat dan Merasa sambil membuat Penulisan tentang Tempat2 Menarik di Negara2 Asia, Bermula dengan Asean.

Nak Check dan Chop Passport Dulu. Ini Lobby Pelepasan Tingkat 2.

Ini dia MataWang Myanmar yang tertinggal dalam Saku Abangboyc. Yang Lainnya Semua Telah dibelanjakan. Maklumlah Matawang ini di Malaysia Tidak Diperlakukan dengan nilai ( Takde Value). Nilainya ialah 200Kyat = RM0.80sen sahaja. Cantik Kan Duit Mereka Kan.

Abangboyc Dalam Penerbangan Air Asia Menuju ke Kuala Lumpur. Penerbangan mengambil masa hampir 2 jam 30 minit.
Dan Abangboyc Selamat Sampai di Kuala Lumpur pada Pukul hampir 10 malam. Dan ikuti Perjalanan Abangboyc seterusnya iaitu ke Kota Miri dan Labuan pada Episod Akan Datang.

Create By : Abang Boyc Zone
For Infomation : Please Call (010-5356355 Mohd Rahmat b Rasid) 2011

1 KiRiMaN:

zmah berkata...

Pengalaman di negara orang memang menyeronokkan...kalau dikongsi dengan rakan.

 

Abang BoyC ZoNe © 2008 . Design By: SkinCorner