Ahad, 7 Mac 2010

ClaRK MaNiLa FiLipiNa To KuaLa LuMpuR

DaRi MaNiLa, PhiLippiNeS Ke KuaLa LuMpuR, MalaySiA.
BerAkhiR Jelajah MetRoMaNiLa

Setelah 5 hari menjejah IbuKota Philipina, Metro Manila. Abangboyc bersiap untuk kembali ke Kuala Lumpur, Pesawat transit dari Clark Airport ke Kota Kinabalu Airport dan kemudian tukar pesawat ke Kuala Lumpur Internasional Airport. Penerbangan berjadual pada pukul 2.20 Petang dari Clark Airport MaNila ke Kota Kinabalu dan tiba di kota Kinabalu Airport kira2 jam 4.10 petang dan kemudian Trasit pesawat ke Kuala Lumpur berlepas pada Pukul 5.20 petang dan sampai di LCCT-KLIA pada pukul 7.50 petang.

Bermula pagi hari selepas sarapan di Hotel, Abangboyc beransur bersiap untuk pulang ke KL, Kami menaiki bas untuk ke Clark Airport,. Disamping Murah ianya lebih berbaloi.. Kami memulakan perjalanan DaRi Pasay City pada pukul 10.30 pagi, tiba di Diosdado Macapagal Clark International Airport pada pukul 12.30 tghari. Menggunakan Perkhidmatan Bus Partas dengan Kadar Bayaran Bas bagi perjalanan ini ialah P350 Peso. Perjalanan mengambil masa 2 jam hingga 3 jam bergantung pada kelancaran trafic lalulintas.
Abangboyc Di Hentian Terminal "Bus Partas"


Partas Bus Station di Cubao City
**Untuk pengetahuan, Hanya terdapat 2 jadual Perjalanan ke Clark Airport iaitu pada pukul 6.30pagi dan 10.30pagi sahaja.

Abangboyc di suatu jalan di Cubao City

Setelah mengharungi perjalanan hampir 2 jam,. Sampailah abangboyc di Clark Airport,. Abangboyc Check-in Penebangan, Membuat Bayaran Cukai Lapangan dan mengisi Kad Keluar Perlepasan dan kemudian melakukan pemeriksaan Bagasi. Selesai itu semua berehat lah di Zon Perlepasan sambil menunggu Pesawat, Abangboyc membeli serba sedikit cenderahati dan Makan2 kejap di Departure Lounge Cafe. Untuk Pengetahuan, Kadar Bayaran Cukai Lapangan (Airport Tax) bagi Clark Airport ialah P600 untuk Penerbangan International dan P150 bagi Penerbangan Domestik.

Minta Tolong Member Check-in kan.

Abangboyc di Check-in Area


Terminal Fee Counter
**Untuk Pengetahuan, Kadar Bayaran Cukai Lapangan (Airport Tax) bagi Clark Airport ialah P600 untuk Penerbangan International dan P150 bagi Penerbangan Domestik.

Immigration Counter


Pemeriksaan Bagasi dan Penumpang
**Anda diminta untuk buka Kasut dan Stokin.
Selesai saja semua itu,. Kitaorang pon dok tengok2 cenderahati/kraf buatan Philippines untuk dibawa balik Malaysia. Macam2 ada tapi Pilihan Kurang disebabkan Kedai yang menjual produk Kraf ini cuma 2 saje.





Diantara Kedai yang Menjual Hasil Kraf


Cafe.


Abangboyc di Perkarangan Airport menuju ke Pesawat Air Asia


Sedang Menaiki Pesawat... Selamat Tinggal Philippines.
Abangboyc menaiki Pesawat menuju ke Kota Kinabalu Malaysia,. Tiba di Kota Kinabalu Airport Terminal 2 kira2 pukul 4.10 Petang.. Sampai saje di Kota Kinabalu, Abangboyc bertukar fikiran untuk pulang KL hari ini,. Teringatkan Undangan Member2 KK, Ingatkan nak hadir undangan Member KK Lepak2 Malam ni,. Maklumlah Hari Sabtu malam Minggu,. Banyak aktiviti di KK ni. Ditambah lagi keadaan hari dah terlalu petang maklumlah di KK pukul 4 lebih hampir 5 seperti macam dah nak dekat pukul 6.30 petang dekat KL,. Ditambah lg Hujan lagi gelap. Abangboyc Terus ke Kaunter Tukar Jadual (penerbangan) Flight ke Hari Esoknya atas sebab2 Peribadi... Jadi abangboyc balik KL pada hari esoknya penerbangan pukul 12.00 Tghari. Nampaknya malam ni tidur satu malam lagi di KK.
Abangboyc; Malaysian Traveller.

0 KiRiMaN:

 

Abang BoyC ZoNe © 2008 . Design By: SkinCorner