Ahad, 28 Mac 2010

SELATAN THAILAND - SOUTH THAILAND

JaLaN2 SELATAN THAILAND
( Melalui Sempadan PERAK MALAYSIA-THAILAND )
Edisi 1 : FroM KUALA LUMPUR - IPOH - KUALA KANGSAR - GERIK - PENGKALAN HULU - BETONG(THAILAND)

Kali ini Edisi Perjalanan Abangboyc adalah Utara Malaysia dan Selatan Thailand. Perjalanan yang tidak dirancang ini bermula dari Shah Alam. Pada Mulanya Abangboyc dan Kawan2 cuma merancang untuk beriadah hujung minggu untuk Mandi Manda di Latar Kijang, Tapah Perak; Namun sebelum bertolak ade pula yang teringin nak pergi ke Thailand, Nak Jalan2 kata Nyer... So berpesanlah Abangboyc kepada kawan2 supaya membawa passport sekali,. manalah tahu berkesempatan untuk jalan2 masuk Thailand..

Untuk Pengetahuan,. Sempadan Thailand yang paling dekat dari KL atau Ipoh adalah Pengkalan Hulu Perak, yang mana terdapat Bandar Sederhana Besar yang berhubungan dekat dengan Sempadan Malaysia iaitu Bandar Betong dalam Wilayah Yala Thailand. Jarak dari Ipoh ke Betong Sempadan Thailand - Malaysia sekitar 2 jam perjalanan atau 170km sahaja dari Ipoh Perak.

Panduan Pemanduan Arah ke Jalan Betong(Thailand)
170 km – Jangka Masa 1 Jam 59 Minit
Dari Ipoh Tol Jelapang ke Betong Thailand

Lebuhraya Utara - Selatan
1. Guna Lebuhraya Utara - Selatan; Arah Utara 27.0 km
2. Ambil Susur Keluar ke Kuala Kangsar 0.5 km
3. Pusing Kanan dan Terus Melalui Jalan Baling - Kuala Kangsar 1.0 km
4. Sambung Jalan Terus Melalui Jalan Baling - Kuala Kangsar - Lenggong 47.3 km
5. Teruskan di Jalan Baling - Kuala Kangsar - Gerik
Ambil Satu Bulatan 69.3 km
6. Pusing Kanan ke Jalan Lepang Nering 22.1 km
7. Masuk Kanan di Jalan Betong 2.8 km

Keseluruhan 170 km – 1 hour 59 mins.

Abangboyc; Pintu Keluar Malaysia Pengkalan Hulu

Kawan2; Dalam Perjalanan Yang Tidak DiRancang


Abangboyc; Batu Tanda Sempadan Negara Malaysia - Thailand

Kawan2; Border Malaysia Thailand

Thailand
Bagi yang pertama kali ke Thailand, Anda diingatkan supaya berhati2 dengan segala apa keadaan sekalipon. Harus kenali keadaan situasi dalam apa2 urusan Imigeresen mahupon Kastam Negara Thailand; Pastikan anda tidak ditipu; dan sekiranya anda berasa tertipu, silakan bertanya kepada Rakyat Malaysia yang sering keluar masuk Thailand. Bagi yang melalui Pintu Masuk Negara Thailand lewat Betong, Antara Bayaran yang dikenakan; Bayaran Upah Tulis Kad Masuk Thailand RM2.00 dan Bagi yang membawa masuk kenderaan dikenakan bayaran RM3.00,. Pastikan anda membuat pengistiharan kenderaan di kaunter Kastam Thailand dan membuat bayaran disana. Sila bawa Geran dan Insurans Kenderaan atas Nama Tuan Punya Kenderaan,. ianya lebih mudah berbanding sekiranya tiada tuan punya kenderaan atau membawa kenderaan atas nama lain. Waktu di Thailand Berbeza Sejam,. Iaitu Lambat Sejam berbanding Malaysia
Jam Masa Menunjukkan Perbezaan Waktu 2 Negara

Abangboyc; Imigeresen Thailand untuk Chop Passport

Pejabat Kastam Thailand; Pengistiharan Kenderaan


Pejabat Kastam Thailand Betong
Penduduk Bandar Betong Thailand mengiktiraf penggunaan Mata Wang Malaysia di seluruh bandar betong dalam apa2 urusan sekalipon. Jadi sekiranya anda ke Bandar Betong sahaja tak perlulah anda menukar wang Thailand. Lagi diingatkan kepada yang menaiki kenderaan sendiri ke Thailand, Pastikan anda membeli Insurans Pelindungan Kenderaan sekiranya masuk ke dalam melepasi Bandar Betong dan juga pastikan si pemandu mempunyai Lesen Memandu Antarabangsa (International Lesen),. Anda juga perlu tahu bahawa Wilayah Selatan Thailand masih didalam Kawasan Darurat di kawal oleh tentera, Wilayah yang di kawal Ketat adalah Wilayah Narathiwat dan Yala, Pihak Tentera sentiasa membuat Kawalan ketat dan Sekatan JalanRaya yang menghubungkan kawasan Pedalaman dengan Kota Provonsi, Untuk pengetahuan penduduk tempatan di Selatan Thailand hampir kesemuanya beragama Islam dan Bahasa Pertuturan Rasmi adalah Bahasa Thai, Namun Penggunaan Bahasa Melayu turut digunakan dengan meluas di 3 Wilayah Selatan iaitu 60% di Yala, 90% di Pattani dan 80% di Narathiwat. Kesemuanya menggunakan bahasa melayu dialek Pattani yang mirik Bahasa Melayu yang digunakan di Kelantan. dan di Bandar Betong sendiri penggunaan Bahasa Melayu digunakan menyeluruh, Jadi kepada anda yang ingin bercuti di Betong, Bahasa Budaya dan Penggunaan Mata Wang tidak menjadi Masalah disini.

Welcome Thailand

Masuk Bandar Betong Provinsi Yala

Keadaan LaluLintas Tengah2 Bandar Betong
Pintu Gerbang Keluar Menghala ke Bandar Yala
Sambungan Edisi Ke-2; Tarikan Bandar Betong Thailand
Editor : ABANGBOYC FOR MALAYSIA TRAVELLING ASIA 2010

Tiada ulasan: