Rabu, 29 Disember 2010

MENARIK SELATAN THAILAND - MYANMAR

RANONG SELATAN THAILAND
DAN KAWTHAUNG SELATAN MYANMAR

Dari Propinsi Phuket, Abangboyc meneruskan perjalanan ke Porpinsi Ranong iaitu Wilayah Permulaan Selatan Thailand yang terletak Kira-kira 290km atau sekitar 5 jam perjalanan dengan kenderaan persendirian. Ranong amat terkenal bagi penduduk Melayu Asal, Ini kerana di sini terletak Persempadanan Asal Tanah Melayu iaitu di Segenting Kra dan kini Ranong merupakan Bandar Sempadan antara Negara Thailand dan Kawthaung di bahagian Selatan Myanmar dan ianya juga merupakan Pintu Masuk Utama Thailand Myanmar. Bandar Ranong merupakan sebuah bandar kecil akan tetapi Bandar ini merupakan Pusat Ekonomi dalam Wilayah ini dan memainkan peranan penting dalam industri Perikanan Thailand dan Ranong juga merupakan antara lokasi utama berlakunya Aktiviti Penyeludupan Barangan dan Penyeludupan Tenaga Kerja dari/ke Myanmar.
Abangboyc memulakan perjalanan dari Phuket menghala ke Ranong pada sebelah Petang sekitar jam 1 petang waktu tempatan (Pukul 2.00 Petang Waktu Malaysia). Perjalanan ke Ranong melalui Wilayah Phang Nga dengan melalui jalan bernombor 4 melintasi Pekan Kecil Takua Pa dan Pekan Kapoe. Jalan menghala ke Ranong agak Sunyi namun jalan ini merupakan Jalan Asal Utama dari Bukit Kayu Hitam Ke Bangkok (JALAN NO.4), namun setelah Kerajaan Thailand membina Lebuhraya Tanpa Tol menghubungan Utara hingga Selatan (Jalan No.41), Jalan Utama ini agak sunyi dari Kenderaan. Akan tetapi bagi pengunjung dari Bangkok yang ingin ke Phuket atau ke Ranong, jalan ini merupakan jalan pendek selain dapat menjimatkan masa dan jarak. Abangboyc sampai di Ranong pada pukul 5.45 petang, Oleh kerana waktu hampir malam jadi abangboyc hanya sekadar berjalan2 sekitar Bandar Ranong namun Keadaan Sebenar persekitaran bandar kurang jelas dilihat maklumlah dah nak malam, kemudian abangboyc mencari tempat makan dan seterusnya mencari tempat Penginapan. Penginapan yang abangboyc pilih ialah Jansom Ranong Spa and Resort,. Penginapan ini merupakan penginapan Kelas Bintang 3 dengan bayaran Sekitar B1100 ( RM120), Bayaran termasuk Makan Pagi selain terdapat Hot Spring dan Spa Percuma. Namun bagi anda yang ingin Berjimat, Terdapat juga Hotel2 Murah dan Hotel BackPacker sekitar Bandar Ranong ini. Namun oleh kerana abangboyc datang dengan membawa kenderaan sendiri jadi abangboyc memilih Hotel yang memiliki Parkir berserta Keselamatan. Bayar lebih Tidak mengapa yang penting Keselamatan Diri dan Kenderaan Terjamin. Tapi seandainya anda Berbelanja Besar di sini, Terdapat juga Hotel2 Mewah dan Resort seperti Royal Princess Ranong Hotel, Tinide Hotel dan Andaman Hotel and Resort.
Kenderaan Unik di Ranong

Unik Sangat.............
Senja Di Bandar Ranong...
Pesta Keramaian Ranong 2010... Ala-ala FunFair.

Makanan Halal terdapat di Sini dengan Mudah.

Pesta Malam Di Ranong

Simbolik Lampu2 Air Naga Taman Kota Ranong

Abangboyc BerIstirehat di Hot Spring and Spa Hotel Jansom Ranong

Malam di Bandar Ranong kurang Meriah, Walaupon terdapat aktiviti2 Malam seperti Club2, Restoran2 dan FunFair beroperasi namun Suasana Kehidupan Malam Kota Ranong ini Kurang Rancak berbanding Kota2 lain di Thailand. Suasana Bandar ini kelihatan agak Lengang dan Sunyi walaupon waktu baru sekitar jam 8.30 malam Waktu Thailand. Jadi yang terbaik di sini adalah mencari tempat Istirehat sambil berehat sepenuhnya bagi mengembalikan tenaga untuk memulakan perjalanan pengembaraan esok.

Jansom Ranong Hot Spa Resort Hotel
Abangboyc Hadapan Jansom Ranong Hot Spa Resort Hotel

Pagi di Ranong Kelihatan agak meriah, melihat penduduk tempatan sebuk menjalankan aktiviti harian dan tidak kurangnya mula kelihatan pelancong luar dari Barat memulakan perjalanan pengembaraan mereka.. Kemana agaknya mereka?. Di Ranong, terdapat lokasi pelancongan menarik yang popular bagi pengunjung luar negara antaranya Kolam Air Panas Ranong (Ranong Hot Spring), Bukit Rumput (Ranong Grass Hill), Tugu Segenting Kra (Kor-Kod-Kra), Pasar Ikan Ranong (Ranong Fresh Market) dan yang paling menjadi keutamaanya bagi pengunjung luar ke Ranong ialah Melintas ke Myanmar melalui Pelabuhan Ranong Thailand ke Bandar Kawthaung Myanmar. Jadi ape lagi.. Jom Kita Ke Kawthaung Myanmar..
Abangboyc bersiap untuk memulakan perjalanan pengembaraan hari ini dari Hotel Jansom Ranong,. Selepas saje bersarapan pagi yang disediakan Hotel, abangboyc terus ke Jeti Pelabuhan Ranong (Ranong Pier) dengan menaiki Bas Kota yang Unik. Bas ini antara Bas yang Unik yang masih digunakan dengan meluas di Bandar Ranong. Bas yang merupai seakan Lori ini berbadankan Kayu sememangnya menarik untuk dinaiki selain ianya akan mencipta satu pengalaman yang unik di Ranong. Bas Kayu tanpa Tingkat, Dengan bayaran hanya B15 (RM1.50) abangboyc menaiki bas dari hadapan Hotel Jansom Ranong terus ke Jeti Pelabuhan Ikan dan Penumpang ke Myanmar di Pelabuhan Ranong.

Bas yang Unik di Ranong Thailand

Keadaan dalam Bas Unik ini

Pelabuhan Ranong tidaklah terlalu jauh hanya sekitar 15 ke 20 minit dari Hotel Jansom dengan perjalanan bas yang berhenti2. Sampai sahaja di Jeti Pelabuhan Penumpang Ranong untuk ke Myanmar, abangboyc terus menguruskan urusan Passport dan Visa Tempatan untuk ke Myanmar. Untuk pengetahuan bagi pengunjung yang ingin ke masuk ke Negara Myanmar, anda harus membuat Visa dengan bayaran RM80 sekiranya anda membuat Visa masuk di Pejabat2 Kedutaan Negara Myanmar di Kuala Lumpur dan tempoh siap Visa selama 3 hari bekerja, Namun bagi yang ingin memasuki Myanmar melalui Pelabuhan Ranong di Thailand ini, Urusan Visa tidaklah sesusah yang disangkakan. Anda cuma perlu membayar US10(RM35) atau B500 sekiranya anda menggunakan Matawang Thailand dan tempoh siap Visa cuma tidak sampai 5 minit. Sangat Mudahkan... Siap sahaja segala dokumen keluar Masuk dan setelah disahkan oleh Immigration Ranong, Abangboyc terus membuat bayaran pengangkutan untuk ke Kawthaung. Pengangkutan yang tersedia di sini untuk ke Kawthaung Myanmar hanyalah Bot Panjang. Bayaran yang dikenakan ialah B100 perseorang sehala bermakna anda perlu membayar B200 untuk tujuan pergi pulang. Namun keadaan bot yang anda naiki kurang selesa kerana anda perlu menaiki bot dengan penduduk tempatan yang berulang alik menyeberang Thailand - Myanmar dan sering kali kepadatan bot melebihi kapasiti. Jadi Abangboyc lebih menyarankan anda berkongsi Bot dengan Pelancong Luar,. Selain lebih selesa ianya lebih memberi keutamaan kepada anda,. Bayaran untuk Perkhidmatan ini cuma B400 untuk tujuan 2 hala dengan perjalanan hampir 20 minit hingga 30 minit sehala untuk ke Kawthaung Myanmar dari Jeti Pelabuhan Ranong.

Jeti Penumpang Pelabuhan Ranong

Keadaan Jeti Penumpang Pelabuhan Ranong

Syarat dan Waktu Operasi Jeti dan Immigration

Pembantu Pengurusan dokumen Warga Thailand Myanmar

Suasana Jeti dan kelihatan Barisan Bot Panjang

Abangboyc Dalam Bot Panjang Menyeberang Thailand - Myanmar

Hampir Sampai ke Pos Keselamatan Negara Myanmar
*Tidak dibenarkan mengambil gambar Pos Keselamatan Myanmar, Dan sekiranya anda didapati melanggar dan tertangkap, anda tidak dibenarkan memasuki Wilayah Negara Myanmar dan di arah Pulang kembali ke Thailand. Ini adalah Syarat Keras oleh Ketenteraan Myanmar.

Keadaan Persekitaran Perairan Kawthaung Negara Myanmar

Setelah Melepasi Pos Keselamatan Myanmar, Bot Panjang yang abangboyc naiki terus menghala ke tujuan, Dari jauh kelihatan Bandar Kawthaung dan persekitarannya. Dengan Jelas kelihatan Bangunan2 persisiran Pantai dan antaranya Hotel Honey Bear,. Akhirnya abangboyc tiba juga di Bandar Kawthaung dan Bot memberhentikan serta menurunkan Abangboyc di Jeti Penumpang Kawthaung Myanmar.

Kelihatan Pemandangan Persisiran Bandar Kawthaung
Selamat Datang ke Persekutuan Negara Myanmar

Setelah Urusan Visa dan Passport selesai, Abangboyc pon Berjalan2 mengelilingi Bandar Kawthaung ini. Bandar Kawthaung merupakan pintu masuk utama bahagian Selatan Negara Myanmar. Wilayah Paling Selatan ini merupakan antara wilayah Bergolak dalam Negara Myanmar namun keadaannya tidak seteruk keadaan di Utara Myanmar yang sering berlaku Rusuhan dan Pergolakkan bersenjata menentang Tentera Bersekutu Negara Myanmar. Suasana di Kawthaung meriah dengan penduduk tempatan menjalankan urusan niaga dan melakukan aktiviti harian. Bunyi Motorsikal yang bersimpang siur membentuk keadaan seperti di Pasar dengan rata2 kebanyakkan penduduk asal Selatan Myanmar ini pandai berbahasa Melayu. Untuk pengetahuan Tanah Melayu pada Asalnya adalah Hingga di Segenting Kra,. Bermakna Hampir penduduk Asal selatan Myanmar mengerti akan Bahasa Melayu cuma Kini sudah mula kurang oleh kerana mereka lebih mempelajari bahasa Thai yang lebih luas dipergunakan di selatan dan memudahkan mereka berurusan dengan warga Thailand yang banyak di sana.
Dalam Urusan Niaga di Kawthaung, MataWang Utama digunakan ialah Kyat Myanmar namun penggunakan matawang Bath dan US Dollar juga digunakan dengan meluas di persempadanan Selatan Myanmar ini. 1000Kyat bersamaan RM4 dan MataWang paling Besar ialah 5000Kyat dan yang Kecil antaranya 50,100,500 dan 1000Kyat. Sekiranya anda Berada di Myanmar pastikan anda mempunyai MataWang Kyat dan MataWang Dollar, Ini akan memudahkan anda untuk berurusniaga. Ini kerana kebanyakan Hotel dan Gedung Kelas Atasan lebih menggunakan Urusan Matawang Dollar berbanding Kyat. Di Kawthaung juga terdapat Perkhidmatan Penerbangan untuk ke Yangon atau ke Myeik di Lapangan Terbang Kampung Ulu. Selain menaiki Kapal Terbang, anda boleh ke Yangon dengan menaiki Bas namun perjalanan memakan masa lebih sehari oleh kerana keadaan jalanraya yang kurang bagus disamping tiada jalan terus menghala ke yangon. Bas perlu melintasi beberapa buah Bandar yang tidak teratur sebelum sampai ke Yangon. Selain itu pula terdapat dengan banyaknya sekatan keselamatan oleh Ketenteraan Junta Myanmar selain sering kali berlaku Rompakan di lokasi2 berbahaya di perjalanan. Jadi abangboyc lebih menyarankan anda sekiranya berminat untuk ke Yangon, anda harus mengambil seorang juru bahasa sekiranya anda menggunakan perkhidmatan awam seperti bas atau menaiki kenderaan sewa untuk ke Yangon. Ini akan memudahkan anda dalam apa jua keadaan atau adalah lebih baik anda menggunakan Perkhidmatan Penerbangan yang Tersedia.
Berbalik Cerita tentang Kawthaung,. Bandar ini tidaklah seperti yang dikhabarkan oleh Media Luar tentang Myanmar. Keadaan disini agak Aman dan penduduk lebih mesra serta tiada apa2 sekatan oleh Tentera. Mungkin sekiranya berlaku pergaduhan mungkin akan berlaku Sekatan dan Pemeriksaan Keselamatan. Myanmar sememangnya agak mundur berbanding negara lain, bandar Kawthaung membuktikannya. Keadaan Persekitaran di sini lebih membawa Abangboyc di Zaman 70-an di Malaysia. Walaupan Abangboyc lahir pada pertengahan 80-an, Tapi rasenya berada di Myanmar seperti situasi keadaan di Malaysia pada Zaman 70-an atau mungkin kurang dari tahun itu. Kelihatan kebanyakkan penduduk tempatan Lelaki dan Perempuan semuanya memakai Kain Sarong hinggakan pegawai Immigration dan Askar di Perairan Myanmar tadi juga memakai Kain Sarong. Rupanya Kain Sarong merupakan Pakaian Kebangsaan Negara Myanmar. Jadi Tidak Hairanlah hampir semua memakai Kain Sarong cuma segelintir anak2 Muda saja yang memakai Seluar biasa. Pakaian Sekolah disini juga menggunakan Kain Sarong, Baik lelaki mahupon wanita. Semuanya memakai kain Sarong.

Suasana Bandar Kawthaung

Abangboyc di Bandar Kawthaung Myanmar

Persekitaran Bandar Kawthaung Myanmar

Kenderaan Motorsikal Bersimpang Siur Memenuhi Pemandangan di Kawthaung

Teman Abangboyc Warganegara Belanda dan Penduduk Tempatan
bertugas sebagai JuruPandu Kami di Kawthaung

Keadaan di Persekitaran Bandar Kawthaung Myanmar
*Abangboyc Xde dalam Gambar Maklomlah Tukang Ambik Gambar. Sebok ambik gambar je.

Ni Aja Gambar Abangboyc dengan Pembantu JuruPandu Kami Seorang Warga Myanmar yang Pandai Berbahasa Melayu dengan Fasih. Bayaran Untuk Khidmat JuruArah cuma RM10 atau RM20. Sudah memadai.

Sami Buddha Kecil di Kawthaung

Keadaan Persekitaran Menghala ke Pasar Rakyat Bandar Kawthaung

Selamat Jalan Kawthaung Myanmar...

Abangboyc mengakhiri perjalanan di Kawthaung selepas selesai menerokai pemandangan persekitaran Bandar kawthaung. Walaupon tidak dapat menghabiskan menerokai seluruh Wilayah Selatan ini berikutan Abangboyc perlu ke satu lagi detinasi Menarik iaitu Kor-kod-Kra di Segenting Kra (Kra Buri) Namun Abangboyc Bersyukur dapat menginjakkan kaki ke sini sambil mengembara melihat dan merasa dengan sendirinya keadaan sebenar di Kehidupan di Luar Kota di Negara Myanmar ini. Mungkin Selepas ini, Abangboyc akan ke Yangon bagi melihat dan merasa keadaan IbuKota Negara Myanmar pula. Bagi mereka yang ingin ke Kawthaung, adalah lebih baik anda bermalamam di Kawthaung selama 1 atau 2 malam, kerana di sini terdapat banyak tempat2 menarik untuk dilawati dan kebanyakkan tempat2 berada di luar Bandar Kecil ini seperti Perkampungan Orang Melayu Myanmar, Pantai Andamans, Pagoda dan Banyak Lagi sambil menikmati keadaan sebenar kehidupan Penduduk LuarBandar Negara Myanmar.

Abangboyc melepasi Garisan AntaraBangsa Myanmar - Thailand
*Kelihatan Tukang Bot yang mesra dengan Kami dan membawa Abangboyc dan Teman Abangboyc WargaNegara Belanda menyeberangi Myanmar untuk ke Ranong Thailand. Juga Kelihatan Pos Ketenteraan Negara Myanmar di Belakang

Abangboyc membelakangi Pos Keselamatan Marin Ketenteraan Di Raja Thailand
*Pos ini melakukan Pemeriksaan memastikan Pelintas Batas memiliki Kebenaran dan Memastikan Tiada apa2 Penyeludupan memasuki Thailand Berlaku.

Pos Keselamatan Marin Oleh Ketenteraan Di Raja Negara Thailand

Abangboyc... Bot Hampir sampai di Jeti Ranong Thailand

Jeti Penumpang Pelabuhan Ranong Thailand

Selamat Sampai Mendarat di Thailand

Melakukan Pemeriksaan Passport dan Kebenaran Memasuki Thailand SapanPla Immigration Ranong.

Abangboyc Berbaris Bagi Tujuan Mengistihar dan Mengecop Passport di Immigration Ranong Negara Thailand

Setelah Siap Segalanya.. Abangboyc kembali ke Hotel Jansom Ranong dan Kemudian bersiap untuk ke Kor-Kod-Kra bagi melihat Tugu Persempadanan Tanah Melayu di Kra Buri (Segenting Kra). Perjalanan memakan masa hampir 45 minit dengan jarak sekitar 40km dari Ranong. Ikuti Perjalanan Pengembaraan Abangboyc ke Kra Buri bagi Menyaksikan Kebenaran Wujud Persempadanan Tanah Melayu yang Asal yang amat Terkenal dengan Panggilan Segenting Kra.
Editor by: AbangBoyC Zone 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menurut konsepsi SANJAYA/SAN FOO TSI seluruh SUMATERA dan pulau-pulau di sekitarnya di panggil NUSANTARA. Pulau JAWA dipanggil NUSA KAMBANGAN. Pulau SULAWESI dan KALIMANTAN dipanggil NUSA ANTARA. BALI, AMBON, MELUKU, FLOREST dll dipanggil NUSA TANGGARA. SEMENANJUNG TANAH MELAYU dipanggil NUSA KANCANA. SELATAN SIAM, SELATAN MYANMAR, SELATAN FILIPINA, SELATAN FUNAN, SELATAN KAMBODIA, SELATAN CAMPA dan SELATAN CINA dipanggil NUSA RANTANG...bernaung di bawah 1 NUSA, menuturkan 1 BAHASA dan membudayakan 1 BUDAYA...MELAYU.

Sebutan MELAYU berasal dari sebutan MALA-UR gabungan sebutan BANGSA MALA dan UR iaitu negara kelahiran Nabi Ibrahim AS.

Bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa AUSTRONESIA bermaksud BAHASA SELATAN, gabungan dari BAHASA INDO-IRANIA, INDO-ARYA dan MALAYO POLINESIA/AUSTRONESIA.

Bangsa Melayu di Selatan Siam dan Selatan Mynmar adalah penghuni asal dan bukan berasal dari Kedah Semenanjung...cuma segelintir dari mereka berasal dari Kedah.

Unknown berkata...

memang benar Melayu di selatan Myanmar dan Selatan Thailand bukan berasal dari Kedah... kerana wilayah2 ini adalah hak milik Kedah dahulu.. empayar kedah tua bukan hanya di utara Kedah harini.. bahkan bermula dari segenting Kra lagi... penjajahan dan penaklukan memisahkan wilayah2 ni dari kerajaan asal melayu Kedah