Selasa, 25 Januari 2011

DESTINASI PERCUTIAN YANGON MYANMAR

DESTINASI ISTIMEWA KOTA YANGON
UNIK DAN MEMPERSONAKAN

DAY 2 - Part(1)

Kota Yangon amat terkenal dengan Binaan Pagodanya,. Ianya Merupakan Ikon utama Pelancongan Ke Kota Yangon dan Myanmar Keseluruhannya. Selain menempatkan antara Pagoda Terbesar di dunia ianya juga merupakan antara Binaan Terlama yang Wujud sejak Zaman Burma Lama lagi. Myanmar sememangnya dikenali sebagai Pusat Ilmuan Agama Buddha,. Kebanyakkan Mereka yang ingin mendalami dan mempelajari Agama ini mereka akan ke Myanmar kerana di sini terdapat dengan banyaknya Pusat2 Ilmuan Agama Buddha. Selain dari itu, ada juga pelancong luar datang ke Myanmar adalah untuk merasakan situasi semasa negara ini yang diperintah oleh Junta Tentera Myanmar. Namun tidak kurang juga yang datang ke Sini untuk melihat Kesan Tinggalan Pemerintahan Lama Kerajaan British. Tapi Bagi Abangboyc datang ke Myanmar ini adalah ingin mencari Destinasi Menarik Istimewa dan Unik Khusus buat Pelancongan dan buat Parawisataan.
Jadi pada hari kedua Abangboyc di Yangon Myanmar ini, Abangboyc akan ke Tempat-tempat menarik yang sering dijadikan kunjungan oleh Pelancong-pelancong Luar di Yangon ini,. Antaranya Pagoda-pagoda Unik Yangon, Tinggalan Bangunan2 Lama Kerajaan British di Yangon, Dan China Town Yangon. Selain itu Abangboyc juga akan ke Tempat Pembuatan Jed Asli di Kota Yangon ini dan ke Perkampungan Melayu Muslim Kota Yangon. Jom Jalan Bersama Abangboyc.. Kite Jelajah Kota Negara Myanmar ini.
Ocean Pearl Inn - No. 1 (Back Packer Hotel in Yangon)

Abangboyc Memulakan Penerokaan Bagi Hari Ke-2 di Yangon

Abangboyc memulakan langkah hari ini dari Tempat Penginapan Abangboyc di Ocean Pearl Inn. Hotel yang menaja penginapan Abangboyc di Kota Yangon. Hotel ala Back-Packer ini memang sesuai bagi mereka yang mengembara secara solo mahupon berkumpulan yang tidak terikat dengan Jadual dan lebih kepada Kebebasan Persendirian. Sememangnya sesuai bagi golongan Sederhana kerana Kos yang dikenakan sememangnya tidak membebankan anda. Maklumlah berada di Negara orang, Duit kena Bajek Sikit. Lagipon Penginapan Mewah tidak diperlukan bagi seorang Pengembara kerana Penginapan bagi seorang pengembara kebiasaan sekadar cukup untuk melelapkan mata, Berehat dan selesa dan dapat menyimpan bagasi. Itu yang Penting.
Hari ini Pihak Hotel telah menyediakan pengangkutan buat Abangboyc untuk ke serata tempat2 menarik sekitar Bandar Yangon. Terpulang untuk Abangboyc ingin Kemana. Asalkan ianya dalam 24 jam. Wah Best Macam ni. Bagi Pengunjung Luar, Bayaran yang dikenakan bagi Tour Seluruh Dalam Bandar Yangon dan tempat2 Menarik Sekitar Kota Yangon ialah sebanyak USD20 Perseorang. Sekitar RM65 sahaja. Tapi Bagi Abangboyc Hari ini Free,. Maklumlah Kita Datang Nak Buat Promosi Sekali. Kira Berbaloi lah. Ok. Perjalanan Bermula dari Hotel dan Kami menaiki Van yang Cantik, Ada Air-Cond, Bersih.

PAGODA BUDDHA FIRST SACRED HAIR RELIC
Destinasi Permulaannya ialah "Pagoda Buddha First Sacred Hair Relic" di Jalan Bofafaong dalam Kawasan "Down Town Yangon".

Van Yang Abangboyc Naiki Bersama Tetamu dari Negara China
Kelihatan Juga Pemandu dan Juru Bahasa Merangkap Juru Pelancong Kami

Ini Dia Destinasi Pertama Abangboyc; Pagoda First Sacred Hair Relic

Bangunan Pejabat Pelancongan Bersebelahan Bangunan Pagoda ini

Ini Pula Kaunter Bayaran Masuk Bagi Pelancong Luar

Bayaran Yang Dikenakan USD$2 atau Kyat2000
Kyat1000 = RM4.00 . Apa Pilihan Anda?.


Beli Bunga Kyat400 (RM1.60)
Tapi Abangboyc X Beli, Nak Buat Ape Beli. Jalan2 Sudah.

Ini Pula Kaunter Untuk Simpan Sepatu atau Kasut.
Tidak Dibenarkan Membawa Kasut Ke Dalam Tempat Ibadat Buddha ini.
Lupa nak Bagitahu; Bagi Pelancong Tempatan atau Rakyat Myanmar tidak dikenakan sebarang bayaran Masuk. So Kalau Nak Free? Mengaku ajalah anda sebagai Rakyat Myanmar.
Pintu Masuk ke dalam Bagunan Pagoda ini
Ini Dia Buddha Sacred Hair Relic
Abangboyc Dalam Pagoda Buddha First Sacred Hair Relic
Cerita tentang Pagoda ini Abangboyc pon Kurang Faham Sangat. Maklumlah Kite nie Beragama Lain ape dia Cerita abangboyc buat Bodoh je. Ngantuk pon ada.. hahaha. Gurau aja. Sebenarnya tempat ini merupakan Pagoda yang mula2 sekali dibina di Kota Yangon. Dan dikatakan Patung Buddha yang terdapat dalam Pagoda ini memiliki Rambut yang Hidup. Maksud Abangboyc Rambut itu Hidup dan Memanjang. Entahlah. Tak Berapa Pasti.

Pemandangan Keluar dari Dalam Pagoda

Inilah Dia Pagoda Yang Abangboyc Masuki Tadi

Taman Bersebelahan Pagoda Buddha First Sacred Hair Relic

Ape Dia Tengok Tu. Ikan lah Rupanye. Ingatkan Nage Tadi.

Abangboyc Bersama Mr.Gun Pelancong Luar Negara

Mr.Gun N Mr.Sam Juru Pandu Pelancong

Ini Pula Patung Buddha dekat sebuah Bangunan Bersebelahan Taman dan Pagoda tadi

Pagoda Buddha First Sacred Hair Relic Yangon Myanmar

AbangboyC Macho Dan Smart.. Ehem.
Puji Diri Sendiri Pulak.

Ini Pula Sebuah Loceng di Pintu Masuk Sebelah Kanan Pagoda ini

PAGODA CHAUKHTATGYI
Dari Pagoda Buddha First Sacred Hair Relic, Abangboyc meneruskan perjalanan ke sebuah lagi tempat tumpuan para Pelancong Luar Negara iaitu Chaukhtatgyi Pagoda. Terletak Berhampiran Kompleks Buddha Pagoda Shewdagon. Pagoda ini pula menempatkan patung Besar Buddha yang sedang berbaring. Panjang Patung Buddha ini ialah 72meter dan ketinggiannya pula 30 kaki. DiBina Pada tahun 1907 dan pembinaan ini siap sepenuhnya pada 1957 setelah sering kali berlaku penangguhan akibat dari Peperangan dan Masalah Politik Negara Burma.

Perjalanan Ke Pagoda Chaukthatgyi

Sampai Sudah. Ini Dia Bangunan Patung Buddha Baring

Tempat Letak Kasut Awam

Wah.. Besarnye dan Cantik Pulak tu..

Pada KakiNya Tercatat Tulisan Seperti Panduan Mencari Harta Karun.
Dikatakan Tulisan pada kaki Buddha ini adalah Penawar Seribu satu Penyakit dan Panduan menentukan Nasib. Banyak Orang Beragama Buddha datang ke Sini dan membuat Permintaan dan Berhasil. Itu Kata Mereka.

Abangboyc Sempat Bergambar Bersama Patung Buddha Chaukthatgyi

Penerangan Bagi Patung Buddha ini.
Sila Klik 2kali bagi Pembesaran Tulisan ini.

Abangboyc Pada Blok Tulisan Burma

Ini Pula Keterangan Tulisan Pada Kaki Patung Buddha Chaukthatgyi ini

Tabung Derma Mengikut Tahun Kelahiran dan Hari

Ramai Pelancong Luar Terutama Pelancong dari Negara Eropah
dan Kelihatan Pengunjung yang sedang Bersembahyang pada Buddha ini mengikut Agama Mereka.


Abangboyc Bergambar Kenangan dengan Buddha Chaukthatgyi

Ini Pula Sami Dia yang Akan Membantu Anda Untuk Sukses Dalam Hidup.
Katenye

MAKAN TENGAHARI DI KYET SHAR SOON BIRIANI
Dari Melawat Pagoda dan Patung2 Buddha tadi, Sekarang masa untuk Makan. Makan Tengahari Abangboyc di Restoran Kyet Shar Soon Biriani yang terletak di Jalan Masjid Indian Muslim Kota Yangon.

Persimpangan Utama Jalan Indian Muslim Kota Yangon

Kelihatan Peniaga Buahan di Sekitar Kawasan Ini

Juga Kelihatan Tukang Beca Sedang Menunggu Penumpang di Sini

Ini Dia Restorannye

Restoran Kyet Shar Soon Biriani.
"Nasi Biriani Special Satu".

Ini Dia Kenderaan Kami yang membawa Abangboyc Ke Seluruh Dalam Kota Yangon Ini.

Anak Sape Nie.
Abangboyc Foto Je. Hahaha.

MESJID JAMEK BENGALI YANGON
Selepas je Siap Makan, Abangboyc terus dibawa melawat ke sebuah tempat Ibadah Mereka yang BerAgama Islam. Oleh Kerana Abangboyc seorang Muslim jadi JuruPandu Abangboyc terus membawa kami ke Sebuah Masjid yang dikenali sebagai Mesjid Jamek Bengali Yangon. Di Myanmar khususnya di Yangon terdapat berbagai Mesjid yang mengikut Aliran masing2. Antara contoh terdapat Mesjid Aliran Sunnah seperti Mesjid Sunni Bengali Yangon dan Mesjid Sunni Moja Yangon. Terdapat juga Mesjid2 yang mengikut Aliran Mazjab2 selain Mazhab Syafiee. Namun Abangboyc dibawa melawat ke Mesjid Jamek Bengali Yangon yang terletak kira 10 minit perjalanan dari Restoran Kyet Shar Soon Biriani tadi. Ape lagi dah sampai Mesjid, Waktu Zohor pon dah Masuk, faham2lah tentang Amalan Wajib, Menunaikan Solat Zohor.

Menara Mesjid Jamek Bengali Yangon

Bangunan Dan SeniReka Luaran Mesjid

Abangboyc Selepas Menunaikan Solat Zohor di Mesjid Jamek Bengali Yangon

Tempat Mengambil Wujud

Pandangan Dalaman Mesjid Jamek Bengali Yangon

PERKAMPUNGAN MELAYU MUSLIM YANGON
Berdekatan dengan Mesjid tadi terdapat Sebuah Perkampungan Besar Penduduk Muslim terdiri dari Muslim Melayu, Muslim India dan Muslim Myanmar. Terletak di dalam Bandar Yangon dan cuma kira2 5 minit Berjalan kaki dari Mesjid Jamek Bengali Yangon tadi.

Jalan Memasuki Perkampungan Muslim Yangon

Di Jalan ini Pula Kebanyakkan Muslim Melayu pula yang Menetap

Abangboyc Di Perkampungan Muslim Yangon Myanmar

Antara Bentuk Rumah Mereka

Pemandangan Perkampungan Muslim Yangon Myanmar
Dari Perkampungan Muslim Yangon ini, Abangboyc meneruskan perjalanan ke Bangunan Terminal Stesen Keretapi Yangon Myanmar yang terletak di tengah2 Kota Yangon dengan perjalanan 15 minit dari Perkampungan Muslim ini.
UNIK
Dalam Perjalanan Ke Destinasi seterusnya abangboyc terpandang Anak-Anak Kecil Myanmar yang sedang Balik dari Sekolah. Melihat Akan mereka, rasa hati ingin merasai Keadaan Persekolahan di sini, Agak Unik Barangkali. Lihat saja dari pakaian mereka yang masing2 memakai Kain Sarong sebagai Pakaian Rasmi Persekolahan. Baik Lelaki mahupon Perempuan. Semuanya memakai Kain. Kalau di tempat kita ni, Habislah Budak2 yang Nakal pasti akan menganiaya teman2 mereka. Betapa Janggalnya Abangboyc melihat akan mereka, Kelakar pon ada. Namun perkara ini di sini bagi mereka seperti biasa saja, Tiada apa yang Unik.

Anak-Anak Yangon Myanmar Pulang Dari sekolah

Kelihatan Pelajar Sekolah Lelaki yang Kesemuanya Memakai Kain Sarong
*Sila Klik 2kali Bagi Pembesaran Imej.


Persimpangan Menuju ke Stesen Keretapi Yangon

PUSAT STESEN KERETAPI YANGON MYANMAR
Destinasi Abangboyc sekarang ialah Stesen Keretapi Kota Yangon Myanmar. Melihat dari segi bangunan Stesen ini, Abangboyc rasakan ianya adalah tinggalan dari Pemerintah Kerajaan British yang pernah memerintah Negara Burma ini. Terletak di Jalan Pansodan berhadapan Stadium Aung San. Keretapi di Myanmar merupakan cara perhubungan terpenting kepada golongan bawahan bagi menghubungan antara Kawasan Pedalaman dan Wilayah2 dalam Negara Myanmar. Jaringan Keretapi ini bermula dari Myeik di Selatan Myanmar berhubung dengan Kota Yangon dan Kota Mandalay hingga ke Myitkyina di Utara Myanmar. Selain itu, Kemudahan ini merupakan cara mudah dan murah bagi pengembara mengembara keseluruhan Wilayah dalam Negara Myanmar ini. Dan ianya merupakan Kemudahan Perhubungan yang Kedua Terbaik selain Penerbangan Domestik bagi Pelancong Luar untuk ke Bandar2 Utama dan Destinasi Menarik Seluruh Myanmar umpananya Mandalay dan Bagan. Selain dapat menjimatkan Kos, ianya juga lebih Selamat berbanding Pengangkutan Awam lain seperti Bas.

Pemandangan Luar Stesen Keretapi Pusat Yangon Myanmar

Kenderaan Tinggalan Zaman Jajahan Kerajaan British Burma

Abangboyc Dihadapan Kaunter Jualan Tiket Keretapi
Kelihatan Pengembara Luar WargaNegara Eropah Sedang Membeli Tiket ke Destinasi Tujuan Mereka

Kaunter Tiket Keretapi Antara Bandar Yangon Myanmar

Lobby Utama Keberangkatan Keretapi Myanmar

Kaunter Pemeriksaan Tiket Penumpang
Kelihatan JuruPandu Pelancong Abangboyc Sedang Memohon Kebenaran Buat Abangboyc Bagi Mengambil Gambar Persekitaran dalam Stesen Keretapi.

Pihak Keselamatan Berkawal di Pintu Utama Stesen Keretapi Yangon Myanmar
Kelihatan Anggota Polis Myanmar sedang Bersedia dan Menjaga Keselamatan

Abangboyc Di Ruangan Menunggu Keberangkatan Stesen Keretapi Pusat Yangon

Ruang Menunggu Keretapi
Kelihatan Banyak Penumpang Sedang Menunggu Ketibaan Keretapi Bagi Pelepasan Ke Destinasi Utara

Kaunter dan Senarai Jadual Perjalanan Keretapi

Pemandangan Bahagian Luar Bangunan Stesen Keretapi Pusat Yangon Myanmar
Destinasi Abangboyc Berikutnya ialah Pusat Pembuatan Barangan Perhiasan Khusus Jed di Tengah Kota Yangon, Kemudian Ke China Town Yangon Serta Bangunan Pusat Pemerintahan Lama Burma dan Akhir Sekali Ke Pagoda Shwedagon. Ikuti Perkembangan Perjalanan Abangboyc Part Ke-2.
Create by: AbangBoyC ZoNe
(The Malaysian Traveller 2010)
For Information Please Call : 010-5356355 (Mohd Rahmat b Rasid)

3 ulasan:

dirafum MCo berkata...

as salam...
bro... penulisan saudara, semacam penulisan saya... heheeh caya lah...
rupa2nya
sekali sekala boleh lihat blog saya...
www.dirafum.blogspot.com

saya cuma nak tahu tentang myanmar. nampak menarik, sebab saya akan ke myanmar pada 12 Disember nanti.
terima kasih

-MCo- a.k.a dirafum a.k.a Fareed

dirafum MCo berkata...

tinggal di terengganu? seperti macam pernah tengok...sebab saya pun di terengganu.

Tanpa Nama berkata...

slum nya yangoon@rangon... harga all in usd lak tu... choy...