Hi.. Teman2.. Destinasi Abangboyc untuk kali ini adalah Palembang Sumatera Selatan, Indonesia. Kota Palembang juga dikenali sebagai Kota Sriwijaya. Kota ini telah telah wujud pada zaman purbakala lagi menjadi kerajaan Sriwijaya dan wujud bersama kerajaan Majapahit, dan Kerajaan Melaka.
20Mei - 25Mei 2009
Jelajahan ini abangboyc mulakan dari Kuala Lumpur Sentral, Malaysia menuju ke Kuala Lumpur Lcct Airport dan menaiki pesawat AirAsia AK492 menuju ke Palembang dan sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II kira2 jam 3.30 petang (wib). Abangboyc teruskan perjalanan ke Kota Palembang bagi mencari Penginapan dengan menaiki Teksi dengan kadar bayaran Rp70.000. Jarak masa Bandara Sultan Mahmud Badaruddin ke Kota Palembang mengambil masa sekitar 20 menit..
Tanda Sambut Kedatangan ke Bumi Sriwijaya
Pada hari pertama,. abangboyc menginap di Hotel Anugerah di km12. Namun pada hari kedua abangboyc menukar penginapan ke Hotel Sho'Fa dan hari yang keempat di Hotel Horison. hahhaaha.. saja suka tukar2 tempat tidur... baru asik. Pada petang hampir Maghrib, abangboyc mengambil keputusan untuk ke Ampera, walau dalam keadaan yang amat letih mengharungi perjalanan dari KL tadi.. Ampera adalah simbol kehebatan atau tanda keunggulan Kota Palembang.. ianya merupakan sebuah jembatan menghubungkan antara Kota Palembang km6,. dengan Hulu km7. Ianya juga adalah tempat dimana anak2 muda beristirehat(ngongkrong/lepak) dan membuang masa sesama temen atau pacar.
Ampera di waktu Senja
AbangboyC di Lokasi Ampera, Palembang
Ampera ketika malam jam 8 malam wib
Hotel Horison, Palembang
Pada hari kedua, Abangboyc memulakan aktiviti dengan berjalan2 mengelilingi kota.. Antaranya adalah Palembang Indah Mall., atau nama ringkasnya PIM. PIM adalah tempat bagi penduduk local berbelanja.. ianya merupakan Toko atau Mall yang terbesar di Palembang.. Selain PIM, terdapat juga Palembang Square, Palembang Internasional Plaza,. dan macam2 lagi.
Palembang Indah Mall
Abangboyc Istirehat
Pada sebelah petang,. abangboyc yang ditemani seorang ojek warga tempatan pergi ke kawasan perkampungan di Palembang.. melihat situasi keadaan penduduk setempat dan menikmati suasana perkampungan di Palembang.. Abangboyc diajak oleh tukang Ojek untuk ke sebuah tempat termasyur dengan sejarah di Palembang yang dinamakan sebagai Pulau Kemarau. Setelah bersetuju, abangboyc pon bergerak ke Pulau Kemarau dengan menaiki Bot yang telah disewakan khas oleh tukang Ojek bagi membawa kami ke situ.. Perjalanan menaiki bot hampir 30 minit dengan kadar kelajuan yang rendah.
Pulau Kemarau/kemaro atau juga dikenali oleh penduduk tempatan dengan nama; Pulau Salah Nama. Pulau ini merukan pulau dimana tempat permulaan bagi penduduk asal berketurunan Cina berhijrah ke Bumi Palembang khususnya atau Indonesia Amnya. Ia menempatkan Menara Pagoda, Tokong dan Taman2 Patung...
Pulau Kemarau / Kemaro / Pulau Salah Nama.
Hari Ketiga dan Keempat; abangboyc dipanggil sama temen untuk ke sebuah lagi tempat Wisata yang terkenal di Palembang,. di kawasan pergunungan beriklim sejuk dan nyaman. Ianya dikenali dengan nama Pagar Alam; antara tempat istirehat yang bagus.. Disini juga terdapat kebun Teh, Air Terjun dan Taman2 bunga yang cantik lagi mempersonakan...
Pandangan di Perjalanan di kawasan Pagar Alam
Pandangan di Perjalanan di kawasan Pagar Alam
Luar Biasa,. Pasti anda Terpegun
Pada hari ke-4, abangboyc sempat mengujungi Makam Purbakala Sakti Palembang di daerah Bukit. Disini terdapat makam2 perkuburan Raja2, Puteri2 dan Panglima yang Sakti ketika zaman dulukala ketika Zaman Sriwijaya berkuasa dan Berpengaruh..
Taman Perkuburan Purbakala Sakti Sriwijaya
Perjalanan di Palembang sememangnya menyeronokan(asik); walaupon capek keletihan tetapi hilang akan setelah melihat kehebatan Bumi Sriwijaya yang pasti mempesonakan.. Anda akan rasa berbaloi dengan Destinasi ini.. Dan Abangboyc meninggalkan palembang pada 25 Mei 2009 pada jam 4.30 petang (wib) pulang menuju Malaysia dan mengakhiri Jelajahan Abangboyc di Palembang dengan kata perasaan yang Hebat dengan bunyi " Akan Aku Ke Palembang Lagi Akan Datang"...
Ikuti Jelajahan Abangboyc Mengelilingi Seluruh Kota di Indonesia pada Bulan2 akan datang; dan Mari kembara bersama abangboyc di destinasi berikutnya iaitu Padang; TanahAir MinangKabau,. Indonesia pada 19-23 Jun 2009. Sekiranya anda berminat untuk ikut serta silakan email ke abang_boyc@yahoo.com.my . Terbuka untuk semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan