Isnin, 3 Ogos 2009

Langkah Mula Ke MinangKabau Bersama FiReFlyz

TERBANG KE PADANG, BERSAMA PESAWAT FIREFLYz


Destinasi Abangboyc kali ini adalah Indonesia Sumatera Barat, Kota Padang, Bumi Minangkabau.. Abangboyc memulakan perjalanan dari Subang Airport, Malaysia menaiki Pesawat Terbaru FireFlyz. FireFlyz adalah Syarikat penerbangan terbaru yang dimiliki penuh oleh Syarikat Malaysia Airlines(MAS),. beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Selangor. FireFlyz menjalankan aktiviti penerbangan ke destinasi-destinasi pelancongan terdekat,. Antara Destinasi Penerbanganya ialah ke Penang, Langkawi-Alor Setar; Kedah, Kuantan; Pahang, Kuala Terengganu; T'ganu, Kota Bharu; Kelantan, Batu Berembam; Melaka, Ipoh; Perak, dan penerbangan Antarabangsa ke Singapore, Puket Thailand, dan di Indonesia pula penerbangan FireFlyz ke Banda Aceh, Medan, Padang, Pekan Baru dan Batam. Kos penerbangan FireFlyz antara yang terendah dan termurah di samping perkhidmata yang diberikan berkualiti dalam kelasnya.. BERBALOI-BALOI..



Abangboyc menaiki pesawat kira2 jam 10.30am(waktu Malaysia) dan sampai di Padang Indonesia kira2 jam 11.00am(waktu indonesia),. Penerbangan mengambil masa 1jam dan 30minit. Suasana dalam perjalanan amat mengkagumkan kerana pesawat FireFlyz terbang rendah membuatkan anda bisa melihat pemandangan di sepanjang perjalanan. Disamping itu FireFlyz juga menyediakan makanan ringan di Pesawat dan ianya Percuma/Gratis.


Pesawat ketika sedang menjalani pemeriksaan sebelum penerbangan



Pesawat sedang diisi Bahan Api



ABANGBOYC: Suasana dalam Kabin Pesawat


KREW kabin FireFlyz

Pesawat FireFlyz ini bermuatan penuh seramai 90 orang termasuk krew Pesawat,. Namun ketika abangboyc terbang ke Padang,. Pesawat hanya berisi 17 Penumpang temasuk Anak Kapal. Ini membuatkan penerbangan lebih Selesa yang Enjoys.



Pemandangan Gunung Merapi dari atas Pesawat.


Pemandangan Persisiran Pantai Kota Padang dari Udara

dan Akhirnya sampai juga abangboyc ke Padang dengan Selamat dan penerbangan yang mengasikkan. TERIMA KASIH FIREFLYZ karena Menaja Penerbangan Abangboyc kali ini.. Moga FireFlyz Terus Maju dan menjadi Penerbangan Komuniti Pertama Terbaik Malaysia.


Lapangan Bandara Minangkabau


Pesawat FireFlyz.com di Bandara Udara Minangkabau


Jam menunjukkan pukul 11.o4 waktu tempatan (wib)


Foto Bandara Minangkabau dari Pintu Masuk Utama


Bandar Udara Internasional MINANGKABAU

Teruskan bersama Abangboyc.blogspot.com untuk Siri Perjalanan Abangboyc Pertualang Di Tanah Minangkabau.

Tiada ulasan: