Selasa, 4 Ogos 2009

KOTA PADANG SUMATERA BARAT, INDONESIA

KOTA PADANG KU CINTA LAGI KU BELA


Kota Padang adalah ibukota Daerah Sumatera Barat. Perjalanan dari Bukit Tinggi ke Kota Padang sekitar hampir 3 jam. Mari ikuti Pengembaraan Abangboyc ke Kota Padang. Dalam perjalanan ke Padang,. Anda pasti akan melihat keindahan alam semula jadi Flora dan Fauna,. Hutan2 dan gunung2 yang memukau anda, tidak ketinggalan Air terjun . Disini terdapat banyak Air Terjun seperti Lembah Anai.


Air Terjun Lembah Anai dalam Perjalanan ke Padang



Keadaan JalanRaya di Kawasan Kota Padang



Istana Bahri Asli MinangKabau



Bangunan Lama China Town Kota Padang


Banyak tempat2 menarik di Padang cuma sukar untuk kesemua tempat itu karena Abangboyc kesuntukkan masa untuk kesemua Wisata2 yang Menarik.. Abangboyc memberhentikan perjalanan untuk mencari menginapan. Akhirnya abangboyc memuluh untuk menginap di Hotel Dipo Internasional oleh karena charge biaya yang dikenakan agak sederhana lumayan murah.


Hotel Dipo dan Papan Tanda Hospital Pantai, Melaka



Laman Budaya Sumatera Barat

Disebelah kanan berhampiran hotel terdapat Taman Laman Budaya Sumatera Barat di mana di sini sering diadakan persembahan2 budaya klasik dan konsert2 artis tempatan. Di belakang Hotel ini pula kelihatan Persisiran Pantai Padang dan Lautan Hindi. Ombak pantai yang besar dapat dilihat dengan jelas dan ramai anak2 kecil bermain Air dan Bola Pantai. Anda juga mungkin akan dapat melihat sekali sekala nelayan turun singgah ke pantai membawa hasil tangkapan.


Nelayan yang baru mendarat ke Pantai



Anak2 Bermain Air Beramai2



Kelihatan Ombak Laut yang Besar



Anak2 Muda Leka Bermain Air Ombak Pantai


Kelihatan Pejabat Jualan Tiket Pesawat Air Asia Cawangan Kota Padang



Persembahan Budaya Anak2 Lokal Padang



Sambil Mengadakan Perbarisan Keramaian



Persembahan Budaya dan Perbarisan di hadapan Hotel Abangboyc


Di sebelah Malam pula, Abangboyc sekadar mengikuti konsert Nyanyian Malam Minggu di Persisiran Pantai dan Makan2 di sekitar tempat tesebut..
Pada keesokkannya Abangboyc sekadar berjalan2 mengelilingi Kota berjalan ditempat2 seperti Plaza Andalas, Kantor Pemerintah dan sebagainya.


Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Sumatera Barat


Kelihatan Kapal2 Kecil milik Nelayan di Tepi Sungai
Abangboyc Mengakhiri perjalanan di Kota Padang hanya sempat melihat2 suasana kehidupan penduduk setempat dalam perjalanan ke Bandar Udara Minangkabau. Ini karena Jadual yang diatur terlalu padat dan sempit hinggakan tidak terluang sedikit masa untuk beristirehat. Abangboyc pulang ke Malaysia dengan Pesawat FireFlyz seperti saat waktu datang ke Padang dulu kelmarin. Setelah siap Chek Tiket pesawat dan membayar Cukai Lapangan,. Barulah Abangboyc dapat berehat sambil menunggu Pesawat tiba dan Abangboyc tiba di Malaysia pada petang itu juga. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari sambil menikmati keaslian dan keindahan Kota Padang.. Perjalanan Abangboyc seterusnya adalah Kota Kinabalu, Sabah Borneo, pada bulan August ini. Marilah Kembara Bersama Abangboyc,. dan pastikan ianya Percuma dan Berbaloi-Baloi...

Kaunter Chek-in Pesawat FireFlyz di Minangkabau Airport



Kaunter Membayar Pajak/Cukai Lapangan
( Internasional sebanyak Rp100.000 dan Domestik sebanyak Rp 35.000 )



Abangboyc di Tempat Menunggu Perlepasan Pesawat



Pesawat FireFlyz.com.my Bersiap Untuk Berlepas

Terima kasih kepada Pihak Penaja FireFlyz.com.my , Akhbar Sinar Harian , BodyGlove (M) Sdn Bhd , BUMiPANTAS Logistik (M) Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Berhad.

Tiada ulasan: