Isnin, 30 November 2009

JalaN-JalaN HuJuNG MiNGGu

* DesTiNaSi: PulaU KeTaM, SelaNgoR, MaLaySiA

Ehem,,,. Hari ni 29 November 2009,. Hari Ahad, Cuti dan suasana Hari Raya AidilAdha masih terasa.. Nak buat ape ye hari ni... Nak potong Lembu,. X minat Pulak... Ajak member pegi Jalan2 lah.. Ape kate kalau pergi Pulau Ketam.. Best agaknyer,,. Try-lah. So pergilah Aku(abangboyc) dan teman2 aku antaranya Mizi, ShaKira dan Meenyai., Name cam orang Siam je.. Member ni orang Kemboja tapi dah lame dok kat Malaysia., Jadi Rakyat Malaysia dah lah.

PULAU KETAM

Pulau Ketam adalah sebuah Pulau Nelayan yang berhampiran dengan Pelabuhan Klang. Ianya juga merupakan jalan laut utama untuk ke Tanjung Balai mahupon Dumai di Indonesia menggunakan feri. Pulau Ketam terletak di sebelah atas Pelabuhan Klang Utara. Terdapat popularasi penduduk di sini menjadikan Pulau ini Hidup dengan bernadikan aktiviti penangkapan ikan. Istimewanya Pulau ini adalah makanan laut seperti ketam yang mudah diperolehi dengan harga yang agak murah dan berpatutan... Pulau Ketam dihubungkan dengan Tanah Besar melalui Bot Pelancong mahupon Feri di Jeti Pulau Ketam Pelabuhan Klang dengan kadar bayaran cuma RM5.00 atau RM7.00 per-seorangan satu arah berdasarkan kondisi Kapal. Ikuti rentak abangboyc Jalan2 Hujung Minggu.


Pintu Jeti Pulau Ketam. Ini Jeti Lama. Jeti baru bersebelahan dengan Jeti lama.


Abangboyc dalam Tongkang ke Pulau Ketam. Naik Tongkang murah sikit bayar Rm5.00 saje. Kitaorang memang suka tradisional.. Best,... * Bagi pelancong anda disaran menaiki tongkang agar anda boleh menikmati keindahan laut, perairan dan pandangan persekitaran alam semulajadi sewaktu dalam perjalanan ke pulau.

Abangboyc kebosanan dalam Tongkang. Perjalanan memakan masa hampir 1 jam dan boleh membuatkan anda berasa mengantuk dan mau tidur ditambah lagi dengan ayunan ombak laut... Memang best kalau tidur ni,. cam kena buai..


Dah Sampai Pulau Ketam... Baru turun Tongkang... Lihat ade Mat Salleh ambik2 gambar lagi.



Disini juga terdapat Balai Islam Pulau Ketam yang berfungsi sebagai Surau atau Pejabat pengurusan hal ehwal Islam di sini..



Ini pula Balai Polis Pulau Ketam. * ShaKira dihadapan Pintu Balai.


Ini Pula merupakan Pusat Perdagangan penduduk tempatan Pulau Ketam. terdapat banyak Restoran makanan laut disini atau kedai2 jualan makanan ringan laut seperti sotong kering...


Mizi di hadapan Tokong Cina di tengah2 Pusat Perdagangan Pulau Ketam



Abangboyc di lokasi yang sama


Eh.. Ade Bank lah... Maybank lagi.


Abangboyc depan Maybank Pulau Ketam

Agak membosankan disini tetapi ye lah kita orang selangor sendiri pon belum pernah pijak Pulau Ketam so jalan2 lah.. disini lokasi tidak beberapa best sangat namun begitu bagi kaki pancing.. mungkin ini antara syurga mereka.. Setelah jalan2, makan2 dan membeli sikit cenderahati... Kitaorang pon nak baliklah.. tunggu kapal tongkang tadi...


Syakira keletihan jalan kaki mengelilingi Pulau Ketam. Kesiannyer dia.


Lihat Nyonya ini.. anda pasti akan berjumpa dengan nyonya ini. Dia merupakan tukang tiket tongkang dan sering membuat lawak2 bagi menghiburkan pelancong... bagi yang ingin mengetahui serba sedikit tentang Pulau Ketam tanyalah dia... asso ini juga akan memberi penerangan kepada pengunjung yang baru pertama kali ke sini.


Jalan2 menaiki tongkang mengelilingi Kampung Nelayan Pulau Ketam


Ronda Pusing Pulau.. Berbaloi-baloi.. Bayar Murah tapi dapat Jalan Lame...


Kelihatan Kapal2 di perairan Selat Melaka.
Abangboyc dan kawan2 pulang ke Jeti Pelabuhan Klang pada petang hari. Diingatkan Feri terakhir ke Pulau Ketam jam 5.00/5.30 petang dan yang terakhir ke Jeti Pelabuhan Klang dari Pulau jam 5.30 petang untuk Tongkang Pelancong dan 6.00 petang untuk speed boat MPK.

Tiada ulasan: