Selasa, 17 November 2009

NuNuKaN KaLiMaNtaN TiMuR, PuLau SeBatiK INdoNeSia/MaLaySia, BorNeO

Ronda-Ronda Batas Sempadan Malaysia Indonesia di Pulau Sebatik dan Kota Nunukan Kalimantan Timur


Pulau Sebatik adalah sebuah Pulau yang terletak bersebelahan antara Bandar Tawau Sabah dan Kota Nunukan Kalimantan Timur. Pulau ini terbahagi kepada 2 wilayah pemerintah.. Di sebelah utara Pulau Sebatik adalah milik kedaulatan Kerajaan DiRaja Malaysia dan di sebelah Selatan milik Kerajaan Republik Indonesia.


Pos Batas Pesisiran Pantai Pulau Sebatik Terluar





Pintu Masuk Malaysia,. Pulau Sebatik. (kelihatan Pos Lintas Batas TNI-Indonesia)

Namun begitu Ramai penduduk Tempatan tidak menggunakan Surat kebenaran Lintas-Batas untuk ke wilayah Malaysia di Pulau sebatik kecuali ke Bandar Tawau. dan Juga anda boleh lihat Banyak rumah mereka juga terbahagi kepada 2 negara.. Seperti Ruang Tamu dalam Negara Indonesia namun begitu Ruangan Dapur atau Kamar Mandi mereka di dalam Negara Malaysia.




Kota Nunukan, Kalimantan Timur Indonesia


Untuk ke Kota Nunukan, harus menggunakan perkhidmatan feri atau speed boat. Ini kerana Kota Nunukan adalah sebuah pulau bersebelah Pulau Sebatik,. mengambil masa 15 minit dari Jeti Pulau Sebatik Wilayah Indonesia. Tempat-tempat menarik di Pulau Nunukan ialah Pantai Eching, Air Terjun Binusan, Pantai Batu Lamampu dan Pantai Simangkadu



Pelabuhan Air Nunukan



Ikon Tanda Kota Nunukan


Alun-Alun Taman Kota Nunukan





Jalan Darat dari Kab.Nunukan ke Kab.Kota Tarakan


Untuk ke Kota Tarakan Dari Pulau Nunukan,. Harus menyeberang ke darat tanah besar Borneo menggunakan Kapal Besar. Menggunakan jalan darat untuk ke Kota Tarakan adalah sesuatu yang mencabar anda,. ini kerana abangboyc sendiri tidak dapat menghabiskan perjalanan ini oleh kerana masalah jalan yang terlalu teruk, tidak dibaiki dan tidak dikawal.


Highway ke Kota Tarakan.. Kelihatan Bagus pada permulaan perjalanan.. Perjalanan ke Kota Tarakan Sejauh 400 km dari Kab.Nunukan melintasi kota Malinau sebelum menaiki kapal Laut untuk ke Kota Tarakan di Pulau Tarakan.

Jalan Utama menghubungkan Nunukan-Tarakan-Samarinda

Lori bermuatan berlebihan melalui Jalan Utama ke Kota Tarakan dan Samarinda
**Keadaan Jalan yang sangat Teruk menggagalkan perjalanan Abangboyc ke Kota Tarakan.

1 KiRiMaN:

Yastro berkata...

teruk betul jalan kesana yerr...mcm jln lori balak...:(

 

Abang BoyC ZoNe © 2008 . Design By: SkinCorner