Sandakan merupakan Bandar kedua terbesar bagi Negeri Sabah, juga merupakan destinasi pelancongan popular membuatkan Bandar ini sering kelihatan kepelbagaian rupa asal pelancong. oleh sebab bandar ini terdapat dalam carta destinasi pelancongan malaysia,. tidak hairanlah sekiranya bandar ini kelihatan bersih dan terjaga dan juga terkenal dengan slogan "BANDAR ALAM SEMULAJADI". Kedudukan bandar ini antara yang paling hujung bersempadanan dekat dengan Negara Filipina. Stuktur bandar ini pula kelihatan menyerupai seperti bandar di Thailand dan di Taiwan. Cara yang paling mudah untuk mengujungi Sandakan adalah dengan menaiki Pesawat bagi pengujung dari Semenanjung Malaysia dan menggunakan kenderaan darat bagi pengunjung dalam negeri mahupon Serawak. Perjalanan dari Koka Kinabalu dengan menaiki Bas atau Kereta sekitar 5 jam dengan jarak perjalanan sejauh 320km namun boleh juga menggunakan perkhidmatan kapal terbang dengan waktu penerbangan cuma 45 minit. Bandar Sandakan tidaklah terlalu besar.. Cuma kiranya anda berada disini anda akan menikmati perubahan besar dari segi kebersihan alam semula jadi yang dipelihara rapi. Selain ini keadaan di Sandakan berbeza sedikit dengan di Semenanjung terutama dari segi waktu. Di Sandakan Pukul 5.40petang sudah gelap (azan Magrib sekitar jam 5.50petang) dan 5.30pagi sudah terang cuma matahari biasanya keluar dalam pukul 6.15pagi. Ini bermakna andai waktu menunjukkan pukul 10.00 malam bererti sudah ramai yang tidur. Kedai kedai banyak yang menutupkan perniagaannya sekitar jam 5.00 petang. jadi jam 8.00 malam sudah sepi sangat.
Bandar Sandakan
BANDAR SANDAKAN PANDANGAN DARI ATAS MENARA
Sekiranya anda menaiki Pesawat ke Sandakan,. Anda perlu juga menggunakan perkhidmatan Teksi untuk menuju ke dalam bandar dengan bayaran RM26.00 dengan perjalanan tidak sampai 30 minit. bayaran boleh dibuat di Kaunter teksi di Airport
SEPILOK; PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN
Tanda Masuk ke Taman Orang Utan Sepilok
Pengangkutan Awam untuk ke Sepilok dengan Bayaran RM 4.00 bagi Orang Luar dan RM 3.00 bagi penduduk tempatan.
Abangboyc di Hadapan Papan Tanda Selamat Datang
Abangboyc keletihan dalam perjalanan di dalam hutan mencari tempat berkumpulnya Orang utan
Jalan Masuk dan kelihatan penjaga pemeriksaan tiket
Akhirnya sampai juga menjejaki tempat berkumpulnya Orang utan dan kelihatan ramai pelancong dari luar negara sedang melihat gelagat orang utan. Orang utan merupakan sejenis haiwan yang hampir menyerupai manusia dari segala segi. dan antara yang spesis monyet yang unik dan hampir pupus.
kelihatan orang utan sedang diberi makan 'lunch time' makan pisang aja nampaknye.
Keterangan di dalam Pusat Penerangan Jabatan Perhilitan Sepilok
Abangboyc setelah selesai aktiviti berjalan di Sepilok... Nak tunggu Bas balik Bandar. perhatian kepada pengunjung, bas untuk ke Sepilok dan balik semula ke bandar berjadual dan pastikan anda memiliki jadualnya takut kelamaan menunggu pulak nanti,...
Ke Sepilok:
jam 9.00 am
jam10.30 am
jam 1.00pm
Ke Bandar Sandakan:
jam 10.00am
jam 11.30 pm
jam 2.00 pm
Sandakan memang Best....... dan pastikan anda ke lubuk bay.... amat menyeronokkan.
by:Abang Boyc Zone
1 ulasan:
Bas ambik kt mne terminal sandakan?
Catat Ulasan