Jumaat, 20 November 2009

LAHAD DATU & SEMPORNA (PuLaU SiPADAN isLaND)

BANDAR LAHAD DATU, SABAH MALAYSIA.
*Unik DaN BerBeza...



Bandar Lahad Datu

Bandar Lahad Datu, Sabah terletak di antara Bandar Sandakan, Semporna dan Bandar Tawau. Dengan Jarak kira2 170km dari Sandakan dan 160km dari Tawau. Bagi Abangboyc Lahad Datu antara Kawasan yang Unik dan Amat berbeza dari lain2 tempat di Malaysia. Anda akan merasakan seakan2 berada di kawasan Kota pedalaman di Indonesia. Ini kerana disini Masih Wujud aktiviti amalam tradisional dan juga Lambakkan Pengemis Jalanan.. Bagi yang tidak biasa, mungkin sesuatu pengalaman yang berbeza dan menakutkan sekiranya berkunjung ke sini... Kejadian semua ini berlaku oleh kerana taraf kemiskinan yang agak tinggi di sini.. berikutan tiada peluang pekerjaan yang disediakan di sini.. menyebabkan ramai yang seakan akan mencari pelepas bagi menjalankan kehidupan walau dengan apa cara sekalipon. Tidak hairanlah sekiranya anda di ikut oleh kanak-kanak meminta sedekah dari anda,. dan sekiranya anda memberikan wang kepada mereka, dengan tidak disangka2 akan ramai lagi yang mengikuti anda dan meminta wang untuk mereka makan. Di Lahad Datu juga terdapat Kawasan jualan makan-makanan di jalanan seperti Sotong dan Ikan Bakar di tepi jalan. Murah dan enak.


Pasar Rakyat Lahad Datu merupakan tempat berkumpul seluruh peniaga2 kecil dari seluruh pelusuk daerah menjual berbagai jenis hasil laut, buah-buahan mahupon hasil hutan.


Antara Keunikan yang akan anda lihat.. *Kelihatan Sekumpulan Pengemis-pengemis Muda dan Anak2 Jalanan Bandar Lahad Datu.


AbangboyC dihadapan Pasar Rakyat Lahad Datu.


Pasar Ikan Lahad Datu, berada di bersebelahan Pasar Rakyat dan merupakan tempat menurunkan dan menjual hasil tangkapan nelayan seperti ikan. Anda akan dilihatkan dengan kepelbagaian hasil laut yang masih segar. Ini kerana para nelayan menurunkan ikan di belakang Pasar ikan dan langsung di jual kepada pembeli dengan harga yang akan memeranjatkan anda... Seperti contoh,. ikan kembong dan ikan cencaru di jual pada harga RM 1.00 sekilogram.


Anak-anak berniaga membawa hasil jualan kemerata tempat untuk diperdagangkan * Unik dan berbeza.


Abangboyc sempat menggambil gambar anak-anak jalanan dan kawasan tinggal mereka yang berhampiran dengan Pasar tadi.
Abangboyc di Lahad Datu cuma sehari dan perjalanan abangboyc teruskan ke Pekan Semporna pada esoknya dengan jarak kira2 150km dari Lahad Datu dengan menaiki Bas dengan tambang cuma RM20.00 sahaja.



SEMPORNA SABAH MALAYSIA,.
*Keindahan Laut yang Mempersonakan.



Semporna Sabah, merupakan sebuah Pekan kecil dan merupakan tempat pelancongan laut yang terunggul di Sabah khususnya dan di Malaysia Amnya. Semporna juga adalah jalan utama untuk pelancong mengunjungi Pulau Sipadan bagi menikmati keindahan Alam Dunia Lautan. Selain Pulau Sipadan, kawasan persekitaran pesisiran Semporna saja sudah memukau anda.. dengan kejernihan air lautnya dan persekitaran yang mengasikkan. Tidak hairanlah sekiranya anda akan menemukan ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke mari. Abangboyc sempat mengambil gambar di beberapa lokasi penempatan penduduk tempatan dan kawasan2 jeti serta penduduk kawasan laut.


Jeti dan tempat tinggal penduduk laut Semporna.


Ramai penduduk tempatan berperahu berniaga dan ada juga yang mencari penumpang dan pelancong yang inginkan mengujungi kawasan laut Semporna


Kelihatan Penduduk Asli semporna dari suku Bajau beristiehat di rumah laut


Kanak-kanak Sempona bermain di kawasan pantai berhampiran rumah mereka


Syoknya bermain Air. Abangboyc sempat merakamkan aktiviti kanak kanak tempatan mandi bermain Air di tepi kawasan rumah panjang laut Semporna.

Aktiviti seperti ini sering berlaku pada petang hari.


Berani.. kanak-kanak kecil tidak takut akan laut.

Kelihatan Sebuah Bot sampan untuk di jual.


bermalam di Semporna Oceon Tourism Centre Chalets.



PERAIRAN SEMPORNA Dan PULAU SIPADAN MALAYSIA


Pada esoknya abangboyc terus merancang untuk ke Pulau Sipadan dan persekitaran laut semporna.. Perjalanan untuk ke Sipadan memerlukan bayaran yang mahal bagi menyewa bot bagi membawa ke Sipadan. oleh itu abangboyc saran kepada pengunjung untuk berkongsi Bot bersama pelancong lain (syerlah) jadi bayaran akan lebih murah dan berbaloi bagi pengunjung bersendirian..


Anak-anak Bajau Laut Semporna sedang bermain perahu di tengah Laut


Rumah Bajau Laut di perairan Semporna dan kelihatan anak2 bajau laut bermain perahu pokok


Pulau Sipadan Sabah, Abangboyc tidak sempat merakamkan gambar disini disebabkan myphone battery low dan amat merugikan tidak dapat merakamkan keindahan Pulau Sipadan.

Pulau Sipadan memanglah destinasi pelancong yang terkenal,. di sini ramai pengunjung yang menjalankan aktiviti skuba diving dan snokling. *perlu hati2 hanya penyelam skuba yang memiliki lesan sahaja dibenarkan melakukan aktiviti skuba diving. Pulau Sipadan memang jauh dari perairan Semporna mengambil masa sekitar 45-60minit bergantung kepada kelajuan bot yang dinaiki. Jika anda ingin melakukan aktiviti diving atau snorkeling di luar perairan Pulau Sipadan, anda dapat menaiki bot-bot dari pusat peranginan berdekatan ke kebanyakkan pulau-pulau yang berhampiran: Pulau Kapalai (perjalanan kira-kira 15 minit menaiki bot), Pulau Mabul (perjalanan kira-kira 20 minit menaiki bot), atau Pulau Makating (perjalanan kira-kira 60 minit menaiki bot). Pulau Sipadan sememangnya sangat popular, namun hanya 120 dive sahaja dibenarkan dalam masa sehari yang dijalankan di sembilan dive spots di sekeliling pulau tersebut. Ini bermaksud, jika anda ingin menerokai dan menikmati keindahan dasar lautan Pulau Sipadan, anda perlu memulakan hari anda dengan lebih awal.
Pulau Sipadan


Setelah menghabiskan masa selama 3 hari di Semporna, Destinasi seterusnya adalah Bandar Tawau. Perjalanan mengambil masa sekitar 1jam 45 minit hingga ke 2 jam dengan menaiki bas ekspress Tawau dengan jarak kira2 120 km. Pengalaman di Semporna amat menyeronokkan dan amat berbaloi untuk mengunjungi sekali lagi.

Tiada ulasan: