Isnin, 20 September 2010

MENARIK DI SANDAKAN SABAH

SANDAKAN, SABAH. *AA100M*
DESTINASI TERAKHIR PERCUTIAN MUSIM CUTI SEKOLAH :
PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN SEPILOK DAN SEKITAR BANDAR SANDAKAN.

Destinasi Abangboyc Seterusnye Adalah Sandakan. Sandakan adalah sebuah Bandar Sederhana Besar yang juga merupakan Bandar ke-2 Terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu. Bandar ini pernah menjadi Pusat Pentadbiran dan ibu Negeri Borneo Utara Semasa Zaman Pemerintahan British. Secara Umumnya Sandakan Sememangnya Terkenal sebagai Pintu Masuk ke Destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah seperti Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu.
Perjalanan abangboyc ini bermula dari Kota Kinabalu menaiki Pesawat AirAsia No Pesawat AK6096 Berlepas dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu Terminal 2 pada Jam 1.10pm dan perjalanan memakan masa selama 45 minit. Seandainya anda menaiki Kenderaan Jalan Darat tempoh menempuhi perjalanan ke Sandakan dari Kota Kinabalu selama hampir 7 atau 8 jam. Ini kerana jalan yang bakal anda lalui akan melalui kawasan pergunungan Banjaran Crocker bersebelahan Gunung Kinabalu.. Dengan Penerbangan yang cuma 45 minit, terasa amat cepat sangat sampai.. Perjalanan Dengan Menaiki Pesawat, anda akan dilihatkan pemandangan Sekitar Banjaran Crocker dan Gunung Kinabalu dari Ruang Udara Sabah.
Pemandangan Gunung Kinabalu dari Pesawat AirAsia
Keseluruhan Gunung Kinabalu Terlihat

SEPILOK, SANDAKAN

Selamat Datang; Pusat Pemulihan OrangUtan Sepilok
Kereta yang diSewa Khas Bagi Kegunaan Abangboyc.. Lebih Santai..

My Mum N My Anak Sedare...

"Cu... Jom Tengok OrangUtan..........."

Abangboyc...........

Waktu Makan...
Datang Time ni Bagus Pasal OrangUtan Keluar G Makan...
Leh Tengok Banyak Suku Sakat Kite... Hehehehe...
Bayaran dan Syarat Bayaran yang DiKenakan...
Nak Masuk Free.. Pon Boleh Tp Kena Redah Hutan ar..

Bayaran Cuma RM5.00 (Dewasa) dan RM2.00 (Kanak2)
Orang Luar Negara Kena Bayar Mahal Sikit Ar...

Anak OrangUtan yang Diperlihatkan...
Comelkan... DiaOrang nie nak di bawa g Minum Susu..

Jalan Untuk Ke Kawasan Lepasan OrangUtan..
Nak Tengok OrangUtan Bebas dan Sekarang adalah 'Time' Makan.

RamaiNyer... Pelancong Luar Negara.......

Abangboyc With Intan Maisarah

Makan je Keje DiaOrang Nie... Senang Nyer Idup.

Anak OrangUtan yang Sudah Mula DiBebaskan ke Hutan

Perkhidmatan Bas Juga Disediakan bagi Pengunjung Sepilok Jungle Resort..
**Sekiranya anda datang ke sini dengan menaiki Perkhidmatan Awam seperti Bas,. Pastikan Anda mengetahui Jadual Perjalanan Pulang Bas yang dinaiki.. Adalah lebih baik sekiranya anda menyewa Kenderaan Luar mahupon Teksi.. Pasal takut2 nanti anda kena jalan kaki lebih 3 kilometer... Kesian pulak nanti.

BANDAR SANDAKAN

Pemandangan Sekitar Bandar Sandakan..
JALAN2 SEKITAR BANDAR SANDAKAN
Perhentian Teksi dan Bas Sandakan
Keadaan Dalam Bandar Sandakan

Keadaan Bandar Sandakan Agak Sunyi, Maklumlah Hari Abangboyc di Bandar Sandakan ini adalah hari Minggu... Ditambahkan lagi, Hari dah nak Gelap.

Jalan2 Sekitar Bandar Sandakan

Lengang... Kebiasaan Pagi agak Sebuk.. Dalam Jam 6 pagi,. Orang Sudah memulakan Kehidupan Seharian dan Apabila Jam 8 Malam sudah Sunyi....

Bandar Sandakan

Pusat Bandar Sandakan
BERAKHIR PERJALANAN MUSIM CUTI SEKOLAH
Perjalanan Percutian Musim Cuti Sekolah ini Berakhir di Sandakan.. Perjalanan Pulang Ke Kuala Lumpur pada malam ini juga dengan Pesawat AirAsia No Pesawat AK5163 dari Sandakan ke Kuala Lumpur.. Perjalanan Mengambil Masa selama 2 Jam 45 Minit. Penerbangan Abangboyc berlepas pada Jam 9.45malam dan tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur Terminal LCC pada Jam 12.30tghmalam. ABangboyc Selamat Tiba Bersama Keluarga di Kuala Lumpur pada hari Isnin Pagi setelah menghabiskan Percutian Lebih 6 hari..
Lapangan Terbang Sandakan
Balik Kuala Lumpur...........................
Ikuti Edisi Perjalanan Abangboyc Seterusnyer ke BANDA ACEH, INDONESIA.
CREATOR BY: ABANGBOYC ZONE ...... LEBIH JAUH LEBIH BIJAK DENGAN AIRASIA.

1 KiRiMaN:

Tanpa Nama berkata...

can i know how much you paid to rent a car at sandakan?
thanks bang..

 

Abang BoyC ZoNe © 2008 . Design By: SkinCorner