Ahad, 19 September 2010

KOTA KINABALU SABAH

PERCUTIAN MUSIM CUTI SEKOLAH *AA100M*
DESTINASI : KOTA KINABALU
DARI KUCHING SARAWAK KE KOTA KINABALU SABAH
UNDANGAN : PROMOSI KRAF MALAYSIA 2010
Destinasi Abangboyc seterusnya dalam Perjalanan Percutian Musim Cuti Sekolah ini adalah Kota Kinabalu Sabah. Kali ini Abangboyc Hadir atas Jemputan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia bagi menghadiri Sambutan Hari Kraf sambil Mempromosikan Hasil Kraftangan Tempatan. Acara ini ditemasyakan di Kota Kinabalu Sabah bertempat di 1Borneo. "Promosi Kraf Malaysia Tahun 2010".
Perjalanan Percutian Musim Cuti Sekolah ini bermula dari Kuala Lumpur ke Sarawak...... dan kini ke Sabah.. Perjalanan Abangboyc dari Kuching Sarawak ke Kota Kinabalu Sabah mengambil masa selama 1 jam 25 minit dengan Pesawat AirAsia No. Penerbangan AK6036. AirAsia merupakan Penerima Anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik di Dunia,. Ia juga merupakan Cara Terbaik untuk ke destinasi2 Domestik dalam Malaysia selain menghubungkan Bandar2 di Semenanjung, Sarawak dan Sabah, anda juga boleh ke destinasi2 Internasional seperti Manila, Jakarta, Hongkong, Taipei, Macau, Singapore langsung dari Kota Kinabalu. Ini kerana Kota Kinabalu merupakan antara Sub Pengkalan Utama Bagi AirAsia selain Kuala Lumpur LCCT, Johor Bharu dan Penang.
Kota Kinabalu merupakan sebuah Bandar Besar berstatus Bandaraya, Kesebukan dan Kemeriahan Umpama Bandar Klang di Selangor. Ianya merupakan Pusat Ekonomi dan IbuNegeri bagi Negeri Sabah. Sabah sememangnye amat terkenal dengan Destinasi Seperti Gunung Kinabalu dan Pulau2 yang Cantik seperti Pulau Sipadan dan Mabul. Di Kota Kinabalu sendiri destinasi Membeli belah seperti Pasar Kraftangan, Pasar Ikan Masin, Pasar Gaya sememangnye Mashyur dikalangan Pelancong Tempatan mahupon Luar Negara.. Di Pasar Kraftangan, Anda boleh memperoleh pelbagai jenis kraftangan hasil tempatan seperti Tiram, Mutiara dan Hasil Hutan seperti Rotan. Dan Kali ini Abangboyc Hadir ke Kota Kinabalu untuk Mempromosikan Hasil Kraf Tempatan dan Destinasi Jualan dan Pembuatan Kraf sambil menerangkan tempat2 menarik bagi lawatan anda ke Kota Kinabalu... Maklumlah Sambil Berkhidmat apa kata kita Jalan2 tempat2 menarik di sekitar Kota Kinabalu... Kali ini Abangboyc bersama Keluarga, Ibu dan Anak Saudara abangboyc bersama2 menerokai merasai dan mengembara ke destinasi Menarik di Kota Kinabalu Sabah.

PASAR KRAFTANGAN KOTA KINABALU

Hasil Kraftangan Tempatan

Pelbagai Jualan dari Mutiara hingga ke hasil Rotan
Penghasilan Barangan Kraf dibuat Langsung disini

Pasar Ikan Masin disebelah Pasar Kraftangan Kota Kinabalu
Abangboyc.........

Kesebukan Pasar Ikan Masin dengan Kepelbagaian jenis ikan diJual

Terdapat juga Pasar Pengumpulan Hasil Buahan Tempatan

Abangboyc berhadapan Laut di Kawasan Pasar Gaya Kota Kinabalu

Jalan2 ke 1Borneo "Promosi Kraf Malaysia 2010"

Bangunan Perniagaan dan Hotel2 di 1 Borneo

"Promosi Kraf Malaysia 2010"........ Kraf 1 Malaysia

Antara Hasil Kraf dari Sarawak

Hasil Kraf dari Pedalaman Sabah

Memperlihatkan Kepelbagaian Hasil Kraf Tempatan
dari Negeri2 seperti Johor, Terengganu dan Kelantan

Bertempat di Perkarangan Pusat Membeli belah 1 Borneo

Pemandangan Kota Kinabalu saat Menjelang Malam

Tempat2 Menarik Sekitar Kota Kinabalu:
Untuk Destinasi2 Menarik Kota Kinabalu sila Klik SINI , Oleh kerana kali ini abangboyc ke Kota Kinabalu bagi urusan Mempromosikan Kraftangan Malaysia, Jadi Abangboyc banyak menghabiskan masa ke destinasi2 Kraf di sekitar Kota Kinabalu, namun begitu Abangboyc mengambil kesempatan juga mengisi masa terluang untuk ke sebuah Destinasi Popular bagi Penduduk Tempatan iaitu Ladang Ternak Buaya Tuaran atau lebih dikenali sebagai "Crocodile Farm Tuaran". Taman ini terletak di Luar Daerah Kota Kinabalu iaitu di Daerah Tuaran namun ianya bersempadanan dekat dengan Kota Kinabalu. Untuk ke sini, anda boleh menaiki Kenderaan Sewa dengan perjalanan hanya 20 minit dari 1 Borneo. Bayaran Masuk ke dalam Taman ialah RM10.00 sahaja. Namun di sini terdapat lebih 1000 baka Buaya diternak dan dijaga rapi.

Crocodile Farm Tuaran
Buaya yang di awet dengan Hasil Telor
Bujang Senang Sabah Mari...
Antara Buaya2 yang terdapat di sini.
Terdapat Ratusan Ekor malah hampir Ribu Ekor Buaya terdapat di sini.
Dengan Keluasan Tanah yang Besar dengan Puluhan Kolam Tempat2 Buaya di Asingkan.

Kadar Bayaran dikenakan RM10.00

Buaya Santai

Buaya Kontot.. Ekor kena Makan oleh Buaya Lain.

Penjaga Buaya dan Pembuat Persembahan

Berani Betol... Siap Berus Gigi Buaya lagi awek nie....
Buaya ini Special:; Sebab Buaya ini "BISex".. Pelik Betul..
Juga Terdapat Daging Buaya Sedia Untuk di Jual........


"Destinasi Percutian Singkat Musim Cuti Sekolah seterusnye bagi Abangboyc dan Keluarga adalah SANDAKAN.... Al-Maklum Lah.. Dah Tengok Buaye.... Sekarang My Mum dan Anak Saudara Abangboyc Nak Tengok Orang Utan Lah Pulak..... Kenalah Pegi Sandakan... Penerbangan Seterusnye ke Sandakan lah Nampaknye... Biaselah Dengan Pesawat Ape Lagi... Air Asia Lah Satu2Nyer.. Membawa Anda Kemana Sahaja...."

My Mum dan CucuNyer Bergambar di Kedai Kraf
di Perkarangan Lapangan Terbang Terminal 2 Kota Kinabalu.

Air Asia Sentiasa Terbang Bersama Kami.

PENAJA BERSAMA SABAH TEA, AiR ASiA DAN KARANGKRAF. Di Sokong Penuh oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan dan Kementerian Belia dan Sukan.. N Jutaan Terima Kasih kepada Penaja Tetap iaitu BUMIPANTAS (M) SDN BHD dan TOYS STATION SDN BHD Di atas Tajaan Perjalanan Selama Ini.

CREATE BY: ABANG BOYC ZONE

Tiada ulasan: