Selasa, 19 Januari 2010

Kota Kinabalu; IbuKota Borneo Utara

Kota Kinabalu, Destinasi Kunjungan Wajib



Kota Kinabalu merupakan sebuah Bandar bertaraf Bandaraya. Ianya merupakan Pintu Masuk Utama Internasional di sebelah Malaysia Timur. Kota Kinabalu juga adalah merupakan IbuNegeri kepada Negeri Sabah, ianya juga merupakan diantara Bandar terbesar di Kepulauan Borneo juga Kalimantan selain menjadi pusat Pentadbiran Negeri Sabah, Kota Kinabalu juga merupakan Pusat pengumpulan hasil negeri dan juga Tempat Pertemuan Seluruh Rakyat Sabah bagi meraikan sesuatu acara kebangsaan(Nasional Festival). Kota Kinabalu dahulunya dikenali dengan nama Jesselton.







Hotel Dan Penginapan

Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai pelbagai jenis penginapan dari bertaraf hotel 5 bintang hingga ke Lodge-lodge dan Rumah2 Istirehat,. Bagi mereka yang inginkan keselesaan anda boleh memilih Hotel-hotel besar seperti Hayatt Hotel atau Shangri-la di Tanjung Aru. Namun bagi yang ingin mengembara dengan cara Murah dan Sederhana anda boleh memilih penginapan Lodge dengan bayaran hanya RM20.00 hingga RM40.00 per/sehari sahaja. Antara Lodge yang terdapat di Kota Kinabalu ialah RainForest Lodge, Borneo Beachouse atau Aminah Traveler Inn.


AbangboyC
Jalan-Jalan Kota Kinabalu dan Seluruh Sabah
Kota Kinabalu memiliki tempat2 menarik untuk dilawati namun bukan semuanya berapa di tengah Bandar,. anda memerlukan pengankutan untuk ke tempat2 menarik dan bersejarah yang kebanyakannya berapa di pinggir Kota Kinabalu atau Luar Pusat Bandar. Bagi yang ingin melawati atau Jalan2 di Bandar KK,. anda boleh berjalan kaki dan menaiki bas atau teksi. Kadar bayaran teksi Meter di Sabah akan memeranjatkan anda sekiranya anda bandingkan dengan di Semenanjung. Kadar meter buka pintu bagi teksi seluruh Sabah ialah RM10.00, ianya amat bersesuainya oleh kerana teksi di Sabah masih menggunakan Minyak Petrol sebagai sumber bakar utama kenderaan. Ianya disebabkan masih tiada penggunaan NGV yang disediakan di Negeri ini. Jadi jangan terkejut seandainya menaiki teksi tidak sampai 3 km,. meter telah memcecah RM13.00. Selain perkhidmatan pengangkutan teksi, Pengungjung boleh menyewa Kenderaan Motorsikal di Bangunan Wisma Sabah dengan bayaran RM40 untuk hari pertama dan RM27 untuk hari berikutnya. Namun bagi abangboyc, untuk mendapatkan pengembaraan yang hebat disamping keselesaan dan keselamatan yang terjamin., abangboyc menyarankan kepada anda menyewa Kenderaan Kereta atau MPV,. Ini kerana Destinasi menarik bagi negeri Sabah berada jauh di tengah2 negeri kira2 hampir 100km ke 150km dengan jalan yang berlekang lekok. Sekiranya anda menaiki motorsikal, abangboyc rasakan anda akan akur dengan perjalanan di dalam Negeri. Bagi yang berbelanja tinggi, anda disaran menyewa kenderaan berkuasa tinggi. Ini kerana keadaan jalan di sini yang tinggi mendaki gunung ganang. Namun begitu sekiranya bagi mereka yang hanya mempunya bajet rendah anda boleh juga menyewa kenderaan seperti kancil dengan bayaran sekitar RM90.00 24jam dengan Syarikat berdaftar Pelancongan. Kaunter kenderaan Sewa terdapat di Wisma Sabah dan juga terdapat di Airport KK terminal 2.



Tempat2 Menarik Untuk Dilawati
Pantai Tanjung Aru
Muzium Kota Kinabalu
Pasar Gaya
dan Bermacam lagi tempat2 menarik.
Sila Klik Sini Untuk Info tempat menarik di Kota Kinabalu Sabah.



Tiada ulasan: