Selasa, 26 Januari 2010

BeAuFoRT daN KeReTaPi SaBaH

JaLaN2 SaBaH
PEKAN BEAUFORT


Beaufort merupakan diantara Daerah dalam Negeri Sabah.
Beaufort bererti "Kota Yang Indah" dalam bahasa Perancis silam, ia juga merupakan Pekan bertaraf Bandar daerah dalam Sabah Malaysia Timur. Ia merupakan bandar provincial sekitar 90 kilometer selatan Kota Kinabalu, dengan kebanyakkan rumah kedai dibina tinggi dari jalan bagi mengelakkan banjir berkala dari Sungai Padas yang sering berlaku. Pada asalnya Pekan Beaufort ditubuhkan bagi membantu kemajuan ekonomi pedalaman Sabah, kemajuan awalnya berkait rapat dengan penanaman getah. Kini ekonomi daerah ini berumus kepada penanaman kelapa sawit.. Semasa Perang Dunia II, Beaufort merupakan lokasi pertempuran sengit di antara tentera Jepun dan Australia. Beaufort memiliki Perhentian Kereta api Borneo Utara yang dikendalikan oleh Sutera Harbour Resort. Stesen kereta api di Beaufort dibina bertarikh 1905. Khidmat harian biasa kini dikendalikan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
Beaufort juga merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, North Carolina, Amerika Syarikat. (Sumber: Wikipedia / Beaufort)

Dari Keningau merentasi Banjaran Crocker, abangboyc meneruskan perjalanan ke destinasi di Selatan Negeri Sabah menerokai Keunikan Kehidupan Alam Mengijak dari Destinasi ke Destinasi mendalami Keindahan menyelongkar Kebudayaan dan menikmati Kebenaran apa erti Kehidupan. Kini sampai lah Abangboyc di suatu tempat dalam Negeri Sabah iaitu Pekan Beaufort yang juga merupakan sebuah daerah kecil bersempadanan dengan Negeri Serawak. Pekan Beaufort adalah sebuah pekan lama yang bersaiz sederhana namun namanya yang sangat dikenali.. Beaufort juga dikenali sebagai bandar yang sering menerima fenomena banjir setiap musim yang sering menenggelamkan bandar ini...
Sekiranya anda bertandang ke Beaufort anda pasti akan menemui Bulatan Buahan bersebelahan Sungai.. Ini menunjukkan bahawa anda telah sampai di Persimpangan Bulatan menuju ke Pekan Beaufort.

Pekan ini tidaklah sebesar mana namun keperluan dan kepentingan seharian tersedia sepenuhnya di Pekan ini dari Khidmat Perbankan, Penginapan hinggalah Pusat membeli belah juga tersedia.

Pekan Beaufort


Majlis Daerah Beaufort



JaLaN2 SaBaH
SteSen KERETAPI BEAUFORT
KERETAPI SABAH / KERETAPI BORNEO UTARA



Keretapi Borneo Utara; Bagi yang berkesempatan pastikan anda jangan ketinggalan mencuba pengalaman menaiki keretapi borneo utara,. Ianyanya adalah salah satu ikon bersejarah yang dibina pada sekitar tahun 1898, bertindak sebagai pelengkap perhubungan menghubungkan antara Kota Kinabalu di Stesen Tanjung Aru hingga ke Sebuah Pekan di Pedalaman di Tenom selain bertindak menghubungkan beberapa buah kampung di Pedalaman dengan Pekan2 seperti Beaufort dan Papar. Memulakan operasi sekitar awal tahun 1900, Namun begitu perkhidmatan keretapi ini diberhentikan sementara bagi kerja2 menaik taraf menggantikan landasan kayu kepada landasan batu yang lebih kukuh,. kerja2 menaik taraf ini bermula diantara Stesen Tanjung Aru hingga ke Beaufort namun begitu perkhidmatan keretapi dari Beaufort ke Tenom masih berjalan seperti biasa.

Abangboyc dihadapan Stesen Keretapi Beaufort


Bagi yang pertama kali ke Sabah, pastikan anda mencuba menaiki Keretapi Borneo Utara atau lebih dikenali sebagai Keretapi Pedalaman ini dan abangboyc pastikan anda akan memperoleh satu pengalaman unik yang pasti anda tidak dapat lupakan.... Kadar bayaran keretapi yang dikenakan amatlah murah... Anda cuma perlu membayar RM1.20, ianya adalah bayaran pergi-balik untuk perjalanan menghubungkan Beaufort ke kawasan pedalaman dengan perjalanan sekitar 1 jam 30 minit sehala atau 3 jam pergi-balik. Pengalaman yang anda akan rasakan perbezaannya sambil merasai Pahit Manis Susah Senang Penduduk Pedalaman kampung yang hanya dihubungkan melalui jalan keretapi sahaja. Sambil melihat Pakcik Makcik membawa bekalan makanan dan bahan bakar untuk dibawa pulang ke Pedalaman kampung, anda juga akan melihat Kanak-kanak juga Murid-murid sekolah pulang ke rumah mereka yang berada nun jauh di pendalaman. Keretapi yang menghubungkan Beaufort dengan Tenom menjalankan operasi setiap hari pada jam 7.50 pagi menghala ke Tenom manakala dari Tenom menghala ke Beaufort bergerak pada jam 7.30 pagi. Hanya terdapat satu perjalanan setiap hari. Namun bagi keretapi yang menghubungkan Beaufort dengan kawasan perkampungan pedalaman memulakan operasi pada jam 6.00 pagi dari Halogilat ke Beaufort bagi memudahkan Anak2 Sekolah dipedalaman untuk keluar ke Pekan Beaufort bagi mengikuti pembelajaran mereka di Sekolah2 Menengah yang kebanyakan berada di Pekan Beaufort. Jadual perjalanan dari Beaufort ke Pedalaman pula adalah pada 6.30 pagi, 10.30 pagi, 1.30 petang dan 4 petang. Sekiranya anda ingin berjalan2 di kawasan Pedalaman pastikan anda mengambil keretapi waktu perjalanan dalam jam 10.30 pagi dan perlu diingatkan keretapi terakhir ke Pekan Beaufort adalah jam 5.30 petang. dan pastikan anda tidak terlewat kerana tiada kemudahan penginapan di pedalaman.....



Landasan Keretapi Beaufort



Abangboyc bawa makanan bagi meneruskan perjalanan


Keretapi Pelawat VIP




Keretapi dah sampai

Kelihatan Penumpang sedang bergegas menaiki keretapi bagi mendapatkan kerusi.

Abangboyc Nak Naik Depan dengan Pemandu Keretapi


Suasana di Ruang Kabin Penumpang Keretapi


Sudah Memulakan Perjalanan


Berhenti Mengambil Penumpang Terdiri dari Pelajar2 Sekolah


Perjalanan yang mengasyikkan dengan pemandangan yang mempersonakan


Keretapi Menurunkan Penumpang dan Pelajar sekolah di hadapan Rumah. Hentian Tiada Had.



Pondok Perhentian Keretapi di Pedalaman



Keretapi meneruskan perjalanan selepas menurunkan penumpang di Pondok Perhentian



Laluan Unik yang masih asli dipenuhi dengan Rumput2 menutupi Landasan



Keretapi Merentasi Jembatan kayu yang hampir Uzur


Abangboyc turun dari kepalaKeretapi dan tukar ke kabin Penumpang di Perhentian Saliwangan


Lebih Enjoy


Kelihatan Keretapi menurunkan penumpang dan Pelajar Sekolah



Abangboyc dan Member dari Kuala Lumpur



Pondok Hentian keretapi batu 62.5 Pedalaman Beaufort



Suasana kampung dan pedalaman



Perhentian Halogilat



Abangboyc di perhentian Halogilat


Kaunter Tiket Perhentian Halogilat
*Sekiranya penumpang menaiki keretapi dari hentian Pondok, tiket keretapi boleh dibayar di dalam keretapi kepada Pembantu Keretapi.


Selamat Jalan Pengalaman menaiki Keretapi Stesen Beaufort
Editor : Abang Boyc ZoNe untuk Malaysia Travelling Asia 2010.

Tiada ulasan: