KERAJAAN NEGERI SELANGOR
KuatKuasaKan Larangan Membeli Minuman Keras Bagi Umat Islam di Seluruh Negeri Selangor...
Hari ini Abangboyc berasa bertuah berada di Selangor, Bukan hanya sekadar beruntung menjadi Rakyat Negeri ini, Bahkan Abangboyc Berpuas hati dengan pelaksanaan Undang-undang dan Peraturan keras Kerajaan Negeri Selangor kepada Umat Islam, yang melarang keras pembelian atau penjualan minuman-minuman keras yang memabukkan dan beralkohol di Seluruh Dalam Negeri Selangor. Setelah melihat beberapa peristiwa dalam beberapa hari ini, Abangboyc 'SALUT'... kepada Peraturan yang dikuatkuasakan oleh Pemerintahan Kerajaan Negeri yang sekarang diperkatakan banyak mengalami masalah dalaman Partinya yang dipimpin oleh Pakatan Pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pakatan Rakyat.. Walaupon Parti ni dikatakan banyak mengalami permasalahan dari segi perbezaan pendapat... namun Abangboyc tetap 'RESPECT' kepada Peraturan dan Penguatkuasaan undang2 yang nampaknya menjadi dan terbukti berkesan... SYABAS... Walaupon tidaklah dapat menghindari 100% namun usahanya itu kelihatan dapat mengurangkan sambil bertindak mengawal belia2 Islam dan Umat Islam dari terjebak kepada aktiviti2 memabukan yang merugikan sambil tidak mendatangkan faedahkan kepada apapon. Usaha Positif itu sepatutnya diamalkan oleh kerajaan Pusat yang meletakkan Nama Malaysia sebagai Negara Berkonsepkan Islam atau lebih mudah dikatakan Negara Islam. Usaha Murni ini sebenarnya satu usaha yang memberi kesan panjang kepada muda-mudi khususnya Belia Islam negara ini agar dapat menjauhi dari aktiviti meminum arak.
Terima kasih juga keatas pihak peniaga terutama kedai Aneka 24jam seperti contoh utama Kedai Serbaneka 7 eleven yang memberi kerjasama yang cukup berkesan dan terbukti....
Pada Mulanya Abangboyc tak heran sangat tentang ini sebelum ini.... Namun setelah berlaku beberapa peristiwa, Antaranya ada satu peristiwa dimana 3 orang pemuda yang ingin membeli minuman keras di salah sebuah kedai Serbanika 24 jam di Subang tidak dibenarkan membeli, malah pekerja kedai 24 jam itu sendiri tidak mau menjualnya dengan alasan itu adalah Peraturan Kepada Umat Islam Negeri Selangor Oleh Kerajaan Negeri... Sambil pekerja itu menunjukkan bahawa setiap aktiviti penjualannya dikawal oleh kamera yang sering diperhatikan oleh pihak pengurusan kedai dibawah pengutkuasaan badan kerajaan negeri. Oleh itu tiada cara untuk memberi kesempatan bagi menjual Minuman ini kepada Umat Islam. Jadi pemuda itupon beredar dari kedai itu.. Nampak. Lihat... Usaha Murni Kerajaan Negeri itukan Berkesan... Walaupon pekerja itu terpaksa memberanikan diri menghalang pembeli membeli minuman itu, namun usaha itu boleh dikirakan kearah Pahala... Mungkin pekerja itu pon takut dibuang majikannya kerana melanggar arahan pihak berkuasa.., atau majikannya juga takut sekiranya dikenakan denda atas sebab jualan minuman keras kepada umat islam.. Lihat Usaha kerajaan negeri berkesan dimata abangboyc sendiri... Semoga Usaha Baik ini Berterusanlah Hendaknya dan Dapatlah Kiranya Dikembangkan Keseluruh Malaysia agar kita sama2 dapat mengarahkan belia2 islam kita kearah kebaikan....
BERSAMA KITA KEARAH BELIA ISLAM BEBAS 'ARAK'
Editor: Abangboyc Zone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan