KUNDASANG
Pekan Kundasang terletak kira2 5 minit perjalanan dari Pintu Masuk Taman Gunung Kinabalu menghala ke Ranau. Disini pengunjung boleh memperolehi pelbagai jenis sayuran hasil tanaman penduduk tempatan dan juga pelbagai jenis bunga turut tersedia dijual. Kundasang bukan sebuah Bandar yang sesak,. Ianya hanya sebuah pekan kecil yang bergitu tenang dan bagi yang sememangnya ingin lari dari kesebukan kota,. Abangboyc cadangkan cuba2lah menginap di Kundasang. Di Kundasang terdapat pelbagai kemudahan penginapan yang agak memuaskan dan bersih. Udaranya yang nyaman dingin dan segar pasti memukau anda. Hirupan udara yang dingin hingga mengapai sanubari., Keadaan di Kundasang agak2 lembap dan siang bertukar malam sekitar jam 5.45 petang.. Jadi sekiranya anda menginap di Kundasang, pastikan anda tidak ketinggalan mengujungi gerai2 sayuran, buahan dan bunga2 perhiasan yang sedia dibuka pada jam 8.00 pagi hingga ke jam 8.30 malam.
Pandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Kundasang ketika jam 5.30 petang
Gerai Jualan Sayuran, Buah2an dan Bunga2 Perhiasan
JaLaN2 SaBaH
RANAU DaN 'The Last Camp MeMoRiaL'
Peringatan Ketenteraan Britian dan Australia
Pekan Ranau Terletak kira2 20km dari Taman Negara Kinabalu dan hampir 100 km dari Kota Kinabalu. Ranau merupakan sebuah Daerah juga Pekan yang mempunyai serba serbi kemudahan tersedia. Pekan Ranau boleh dihubungi dari 3 arah selain dari Kota Kinabalu atau Sandakan, ianya juga berhubung terus dengan Keningau melalui jalan lama merentasi Banjaran Crocker. Dari Ranau, abangboyc terus melurusi jalan lama menghala ke Keningau dan menemukan sebuah Memorial Peringatan Ketenteraan Kerajaan Australia dan Britain.

Pekan RaNaU
The Last Camp Memorial Park,
Ranau-Tambunan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan