Jumaat, 22 Januari 2010

KeNiNgaU daN BaNjaRaN CRocKeR KeNiNgaU

JaLaN2 SaBaH
KENINGAU

Keningau adalah sebuah Bandar Kecil dan juga merupakan sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah juga merupakan daerah terbesar di Bahagian Pedalaman. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu Negeri Kota Kinabalu melalui Tambunan atau melalui Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 130 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit perjalanan merentasi Banjaran Crocker.
Jalan ke Keningau melalui Kg. Apin-Apin
Jalan Utama Menghala ke Keningau-Tambunan


JaLaN2 SaBaH
TAMAN BANJARAN CROCKER KENINGAU
Taman Banjaran Crocker Stesen Keningau terletak kira2 15 minit perjalanan dari Bandar Keningau melalui jalan Kimanis menghala ke Papar. Terdapat Pejabat Pengurusan Perhutanan dan Restoran juga tempat rehat disediakan. Bagi yang suka 'Camping' , terdapat juga tempat2 disediakan Pihak Pengurusan Perhutanan Sabah.
Kawasan Had Sempadan Taman Banjaran Crocker

Abangboyc dalam Perjalanan ke Taman Banjaran Crocker Keningau

Stesen Taman Banjaran Crocker Keningau Sabah

Mengharungi Perjalanan Berkabus tebal melihat pemandangan hutan memanglah menyeronokkan,. Bagaikan berada seperti bukan di Malaysia. Perjalanan yang memenatkan ini membuatkan abangboyc berkenan untuk bermalam di Bandar Keningau. Merehatkan badan dan mengumpulkan semula tenaga bagi mengharungi semula perjalanan esok menghala ke Beaufort dan Kuala Penyu. Dikesempatan bermalam di Keningau, jangan lupa singgah ke pasar malam di sebelah Pejabat Pos Keningau. Saksikan perbezaan suasana disini. Abangboyc bermalam di Rumah Persekutuan Malaysia di Keningau. Bukan mudah untuk bermalam disini, harus ditempah awal,. Nasib baiklah abangboyc memang rapat dengan kawan yang menguruskan Penginapan Persekutuan di bahagian Urus Harta Persekutuan di Putrajaya,. jadi mudahlah sikit... Bagi yang mengembara dengan kos rendah, anda jangan kuatir kerana di Keningau ini juga terdapat pelbagai kemudahan penginapan yang disediakan dengan harga yang amat berpatutan.
Pasar Malam Keningau

Abangboyc di hadapan Rumah Persekutuan Malaysia Keningau


JaLaN2 SaBaH
BATU SUMPAH PERINGATAN MALAYSIA

Jalan2 di Keningau pastikan anda jangan ketinggalan mengujungi Sebuah Tanda Sejarah Malaysia di Keningau yang dikenali sebagai Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlembangaan Kerajaan Malaysia. Batu ini sebagai tanda Janji Kerajaan Malaysia keatas Hak dan Kuasa Tanah dan Rakyat Sabah apabila bersatu bergabung menjadi sebuah negara Malaysia.

Batu Asal "Batu Sumpah Peringatan"

Batu Sumpah Peringatan Mengikut Perlambagaan (Perlembagaan)Kerajaan Malaysia Jamin.

Kerajaan Malaysia Memberi Jaminan kepada Sabah bahawa,

1. Ugama (Agama) Bebas Dalam Sabah

2. Tanah2 Dalam Sabah Di-Kuasa Oleh Kerajaan Sabah

3. Adat Istiadat Anak Rayat (Rakyat) Sabah Di-Hormatkan Dan Di-Pelihara Oleh Kerajaan

Sabalek (Sebaliknya) Pula Rayat2 (Rakyat-Rakyat) Sabah Di-Dalam Interior (Daerah Pedalaman) Bersumpah Taat Setia Kapada (Kepada) Kerajaan Malaysia

Batu sumpah ini terletak di Keningau, didirikan sempena penubuhan Malaysia sebagai satu perjanjian antara Negeri Sabah khususnya penduduk daerah Pedalaman dengan kerajaan Persekutuan Malaysia. Batu sumpah peringatan ini adalah salah sebahagian syarat dalam perjanjian 20 perkara. "SABAH MASUK MALAYSIA"



JaLaN2 SaBaH
JALANRAYA BANJARAN CROCKER

Bagi yang belum pernah mengharungi jalanraya Berkabus Tebal sejauh 20 km... Marilah ke Keningau dan melalui Jalan Kimanis dari Papar atau Keningau ke Papar. Jarak Jalanraya Banjaran Crocker sejauh lebih kurang 60 km,. dan jalan ini amat sukar dilalui oleh kenderaan kecil. Selain jalan yang mendaki Gunung yang Tinggi dan berbukit2, Jarak penglihatan juga terhad sehingga boleh mencapai kurang dari 10 meter penglihatan. Namun bagi kenderaan pancuan 4 roda mungkin tiada masalah dengan jalanraya ini.. Namun pastikan brek kenderaan anda juga sudah diperiksa ini kerana di sesuatu kawasan penurunan yang mendadak dan mengejut yang membahayakan anda.
JalanRaya Keningau-PapaR


Kabus Tebal yang Menjejaskan Penglihatan Pemandu


Abangboyc berhenti di tengah2 Banjaran Crocker bagi mengambil Angin dan Udara yang Segar.

Sebuah Rumah Tinggal di Tengah2 Banjaran Crocker


Abangboyc Sempat Bergambar... View yang sangat Cantik disini.


Berehat sambil merehatkan kenderaan kami setelah mengharungi perjalanan pendakian yang memeritkan.


Lihat ada Orang Rosak Motor Kat Tengah2 Hutan ni... Sape nak Tolong Ni... Kesian nye dia kena Tolak, Jauh pulak tu..

*Bagi yang ingin melalui Kawasan ini pastikan anda melalui pada waktu Siang dan pastikan tangki minyak telah diisi Penuh.... Takut2 kena tolak pulak nanti. hehehe

Editor : Abangboyc Untuk Malaysia Travelling Asia 2010

6 ulasan:

dhiyaiman berkata...

hai
nak mintak izin utk kongsi gambar utk ditunjukkn pada rakan2.nak kongsi gambar yang di jalan raya yg merentasi banjaran crocker itu. boleh kah?

Kak Mahh berkata...

Akak dah sampai di sini.

Unknown berkata...

Suka tgk permandangannya... memang sdh lama teringin memandu melalui jln kimanis-keningau nie, tapi belum kesampaian...

Unknown berkata...

Sdh lama teringin ke cni tp mcm2 cerita yg didengar membuatkn hasrat tertunda...

Unknown berkata...

Saya rancang nak pandu kereta Nissan Grand Livina 1,8 auto dari KK ke Keningau melalui jalan Kimanis Keningau,boleh bagi tips kah,tiada masalah kah kalau saya guna kereta ni?

Tanpa Nama berkata...

Waah.. untung lah...