Isnin, 18 Januari 2010

JeLajah SABAH; Negeri Di Bawah Bayu

Destinasi Permulaan Untuk Tahun 2010
Broneo Travelling: Kota Kinabalu SABAH

Permulaan Pengembaraan Abangboyc tahun ini adalah Negeri Sabah Di Bawah Bayu meliputi Kota Kinabalu, Gunung Kinabalu Park, Kundasang, Ranau, Tambunan, Banjaran Crocker, Keningau, Beaufort, Kuala Penyu, Papar dan Pulau Tiga (Survivor Island). Jelajah ini bermula dari Kuala Lumpur di KL Sentral. Ikuti Pengembaran Abangboyc dalam Jelajahan 2010 dengan Kos Terendah sambil "mengeksperasikan dirimu".
DARI KL SENTRAL ke LCCT-KLIA

Perjalanan Bermula dari KL Sentral ke KLIA-Low-Cost Carrier Terminal.
Untuk ke KLIA-LCCT dari KL Sentral, terdapat pelbagai kemudahan pengankutan yang disediakan, kebanyakannya memilih untuk menaiki Bas SkyWay dengan harga RM9.00 atau LCCT AeroBas dengan bayaran RM8.00, namun begitu ade juga yang memilih untuk menaiki Teksi untuk ke KLIA-LCCTerminal. Bayaran yang dikenakan dengan menaiki teksi adalah RM60.00 sehala. Selain menaiki Teksi atau Bas, ada juga sesetengahnya memilih untuk menaiki KTM Komuter dengan bayaran yang lebih rendah,. bagi yang menaiki KTM Komuter, anda harus menaiki Train ke Seremban dan turun di Perhentian Nilai kemudian mengambil bas transit ke LCCT dengan bayaran yang lebih murah. Tapi kali ini Abangboyc memilih untuk menaiki Fast-Tren KLIA Transit dengan bayaran RM12.50 sehala. Ini kerana Perkhidmatan ini lebih selesa dan lebih cepat. Hanya 35-40 minit sahaja anda sudah boleh sampai ke KLIA-LCCT berbanding dengan Bas atau Teksi yang memakan masa hampir 1 jam atau mungkin lebih. Bagi yang ingin menaiki Keretapi Berkelajuan Tinggi untuk ke LCCT; anda perlu membeli tiket di KLSentral, Kaunter Fast-Tren bersebelahan dengan Kaunter KTM Komuter,. Naik dari KL Sentral dan anda perlu turun di Perhentian Salak Tinggi,. Terdapat Bas menunggu anda untuk ke LCCT yang akan bergerak setiap 5 minit selepas Tren menurunkan anda. Perhatian: bayaran untuk bas tidak dikenakan kerana ianya telah dikira sekali dengan bayaran Fast-Tren. Sekiranya anda ingin berjimat lagi,. Beli tiket Fast-Tren ke Putrajaya terlebih dahulu dan kemudian beli tiket ke Salak Tinggi dari Putrajaya,. Keseluruhan bayaran hanya sekitar RM7.00 , namun begitu anda akan kerugian dari segi masa tapi bagi yang punya masa berlebihan dan ingin berjimat, saya saran anda menggunakan cara ini.
KLIA/LCCT ke KOTA KINABALU
Untuk ke Kota Kinabalu cuma ada Jalan Udara yang mudah bagi mereka yang di Semenanjung Malaysia. Selain dari KLIA atau LCCT, anda juga boleh menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Bayan Lepas di Pulau Pinang atau dari Lapangan Terbang Senai di JohorBharu. Terdapat 2 syarikat penerbangan yang menjalankan penerbangan ke Kota Kinabalu iaitu Malaysia Airlines dan AirAsia. Sekiranya anda ke Kota Kinabalu menaiki Pesawat AirAsia , anda akan diturunkan di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. berbanding dengan Pesawat Malaysia Airlines yang akan menurunkan anda di Terminal 1, Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Penerbangan mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit bergantung pada cuaca di pertengahan penerbangan. Bagi yang inginkan penerbangan dengan Kos Rendah, Abangboyc sarankan menggunakan perkhidmatan Penerbangan AirAsia dan pastikan anda telah menempah tiket dengan lebih awal atau pada masa promosi. Tiket terendah yang abangboyc dapat rekodkan untuk tiket AirAsia perjalanan dari Kuala Lumpur LCCT ke Kota Kinabalu ialah RM14.00; iaitu harga Tiket RM0.00 , Cukai Lapangan Terbang RM9.00 dan Bayaran Convenience fee RM5.00 jadi keseluruhan jumlah ialah RM14.00 Sehala.
Namun harga rendah yang kebiasaannya boleh diperolehi antara RM 77.00 ke RM99.00 untuk Penerbangan Pergi dan Balik dari LCCT ke Kota Kinabalu dan kembali. Pastikan anda menempah lebih awal, Menempah disaat Promosi adalah digalakkan.

DARI LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU ke BANDAR KOTA KINABALU
Seandainya Anda menaiki Pesawat MAS dan turun di Terminal Utama Lapangan Terbang KK, Anda boleh menaiki Bas di Luar Lapangan Terbang ke Bandar dengan bayaran RM1.00 atau anda juga boleh menggunakan perkhidmatan menaiki Teksi Airport dengan Bayaran RM30.00 untuk perjalanan tidak sampai 10 km atau tidak sampai 20 minit perjalanan. dan sekiranya anda menaiki Pesawat AirAsia dan anda diturunkan di Terminal 2, anda juga boleh menaiki Teksi Airport ke Bandar dengan Bayaran RM30.00. Namun begitu abangboyc menyarankan kepada anda sekiranya ingin menaiki teksi,. Pilihlah teksi Luar selain teksi Airport dengan cara menunggu Teksi Luar menghantar dan menurunkan penumpang ke Airport. Bayaran untuk ke Keseluruh dalam Bandar dari Lapangan Terbang Terminal 2 ialah RM20.00 dengan jarak perjalanan yang sama. Sebaiknya anda terus saja ke Penginapan atau Hotel2 pilihan anda bagi merehatkan badan setelah mengharungi penerbangan yang lama dan memenatkan.
Bayaran Perjalanan terendah yang abangboyc pernah rekodkan untuk perjalanan ke Kota Kinabalu dari KL Sentral ialah RM72.50** termasuk bayaran Teksi, Fast Tren dan Tambang Pesawat. *Bayaran untuk Sehala.

1 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Macam nak ke KK lagi lah.