Rabu, 20 Januari 2010

TaMaN GuNuNG KiNaBaLU

MOUNT KINABALU PARK MALAYSIA
TAMAN GUNUNG KINABALU


PERJALANAN KE MT. KINABALU PARK
Abangboyc hari ini ingin pergi ke Gunung Kinabalu..... Gunung Tertinggi di Malaysia juga di Asia Tenggara. Ketinggian Rasmi Gunung ini ialah 4,095.2 meter,. ini berdasarkan Sijil yang dikeluarkan oleh Pengurusan Kinabalu Park dan Buku Malaysia Official Year Book 2005 (m.s 44 - 45 ) - mencatatkan ketinggian Gunung Kinabalu ialah 4095.2 meter dan merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Namun begitu ada sesetengah buku menganggarkan ukuran ketinggian Gunung Kinabalu mencecah 4101 - 4109 meter.... Namun itu tak penting,. yang penting Gunung ini antara Gunung Batu Tertinggi di Dunia. Eh.. Mau Kesana, Tapi Mau Naik Ape ye....?

Perlu Diketahui Taman Gunung Kinabalu berada Kira2 80km dari Kota Kinabalu,. Dimana anda perlu merentasi Pekan Tuaran dan Tamparuli dan menghala ke Ranau. sekiranya anda dari Kota Kinabalu ada perlu menghala ke Universiti Malaysia Sabah,. Ini kerana dari Bandaraya Kota Kinabalu sukar mencari jalan keluar untuk ke Ranau atau Tuaran. Jadi bagi yang pertama kali ke Kota Kinabalu pastikan anda mencari jalan ke Universiti Malaysia Sabah dan kemudian terus menghala ke Ranau. Taman Gunung Kinabalu terletak kira2 23km sebelum Pekan Ranau. Keadaan Jalanraya di sini pada mulanya biasa aja namun setelah melepasi Simpang Pekan Tamparuli keadaan jalanraya berubah dengan ketara yang mana keadaan jalanraya mendaki gunung,. Bagi yang menaiki kenderaan kuasa rendah pasti disini sudah menhadapi cabaran.. Cubalah dengan perlahan2...

Untuk ke Gunung Kinabalu tidak terdapat penggangkutan Awam Khas... Jadi pada anda ingin mencari penggangkutan awam yang murah.. Jadi anda perlu menaiki Bas ke Ranau dan turun di perhentian Taman Gunung Kinabalu dan kemudian berjalan kaki hampir 4 km ke dalam. Disini anda akan menemui Ramai Pendaki2 dari luar dan dalam negara yang semuanya berhajat untuk mengapai puncak tertinggi ini.




Pemulaaan Pendakian



Kebiasaan para pendaki akan memulakan pendakian pada awal pagi antara pukul 8.00 hingga pukul 10.00 pagi. Ini kerana trek pendakian sememangnya telah disusunkan waktunya.. bagi memastikan para pendaki sampai di chek-point yang di khususkan pada waktu yang ditetapkan.. pendakian mengambil masa bergantung kepada kekuatan fizikal dan mental pendaki.. tapi pendaki diwajibkan sampai di chek-point di Laban-Rata RestHouse sebelum pukul 12.00tengahmalam untuk berehat atau tidur bagi mengumpul semula tenaga untuk meneruskan trek yang lebih dasyat selepas itu,. Ini kerana pada pukul 3.oopagi, Para pendaki harus memulakan semula pendakian terus kepuncak dan kebiasaannya dijangkakan pendaki akan sampai ke Puncak kira2 jam 6.30pagi atau 7.00pagi bergantung kepada kemahiran pendaki. Bagi yang tiba awal di sini jangan lepaskan peluang untuk melihat matahari terbit. Ianya merupakan pengalaman Istimewa anda.








AbangBoyc Cuma Sampai Di Layang-Layang Hut.... Tak Dapat meneruskan perjalanan atas sebab tak cukup keperluan pendakian... Ditambah lagi Cuaca Hujan menyebabkan Trek Pendakian bertambah Rumit dan Berbahaya kepada mereka yang kurang berpengalaman.


Syarat2 dan Pendaftaran Pendakian
Serta Bayaran dan Yuran











* Bagi yang bercadang untuk menyertai pendakian secara perseorang atau berkumpulan... Pastikan anda membuat tempahan sekurang2nya Sebulan sebelum Tarikh Pendakian atau sebaik2nya 3 Bulan sebelum Pendakian.. Ianya disebabkan Jadual Pendakian yang amat Padat. dan juga Ini adalah bagi Pihak pengurusan agar dapat menyediakan kemudahan penginapan di atas Gunung Kinabalu. Setiap Pendaki Perseorangan/Kumpulan diwajibkan membayar Penjaga bagi mengawal keselamatan dan memberi tunjuk ajar juga selok belok di dalam hutan semasa pendakian.
** Kos Pendakian untuk 3 Orang dalam satu kumpulan dan kebawah dianggarkan Diantara RM380-RM400 Seorang. Kos meliputi Bayaran Penginapan, Bayaran Masuk Taman, Bayaran Permit, Bayaran Malim Gunung (Mountain Guide), Bayaran Pengangkutan, Bayaran Makanan dan Minuman ( di Laban Rata RestHouse), Insurans dan lain lagi.

1 ulasan:

izza berkata...

salam..teringin nak g gunung kinabalu.. mcm best je g sana.. harap2 dpt pegi