Khamis, 30 Oktober 2008

PERTANDINGAN MIRIK WAJAH NABI DIBATALKAN


FRANKFURT (Jerman): Satu pertandingan wajah mirip Nabi Muhammad yang hendak diadakan di bandar ini telah dibatalkan selepas para pegawai perbandaran enggan mengadakan acara tersebut yang bertepatan dengan satu pameran buku, dengan Turkey diundang sebagai tetamu terhormat, menurut sebuah majalah Jerman kelmarin.'Kota raya Frankfurt menjadi takut dan membatalkan niat hendak mengadakan pertandingan itu Sabtu ini di Muzium Karikatur,' kata majalah Titanic dalam laman webnya.'Kami akan berusaha sedaya upaya mencari tapak yang lain. Tetapi ia sudah pasti sukar kerana ia bertepatan pameran buku,' jelas editor majalah itu.Pameran buku itu, yang terbesar di dunia, menyebabkan kebanyakan hotel dan bilik mesyuarat sudah ditempah, kata editor majalah berkenaan.Para pegawai perbandaran berkata tapak yang dipilih sebelum ini ternyata terlalu kecil buat menampung orang ramai yang dijangka menyaksikan pertandingan tersebut.Namun pihak polis, yang bimbang berlaku tunjuk perasaan untuk membantah pertandingan itu, kini berasa lega selepas pertandingan itu dibatalkan.'Kami berasa lega kerana sekarang tidak akan berlaku sebarang bantahan,' kata jurucakap polis, Encik Juergen Linker, sebagaimana ditukil akhbar Frankfurter Rundschau.Pendakwa bandar Frankfurt, Cik Doris Joeller-Scheu, pula berkata: 'Kami berasa gembira kerana tentu timbul masalah jika pertandingan itu tidak dibatalkan.'Majalah Titanic, penganjur acara itu, malah bercadang mengundang Presiden Turkey, Encik Abdullah Gul, untuk mengambil bahagian.Akhbar Turkey, Sabah, menyifatkan tindakan Titanic itu serupa dengan penyiaran karikatur Nabi Muhammad oleh akhbar Denmark, Jyllands-Posten, yang mencetus kemarahan umat Islam pada 2005. -- AFP.

2 ulasan:

zainal89 berkata...

bodoh punye org putih ni.. asal dia xnak buat pertandingan reka muke tuhan.. aku nak tgk gambar ape dia lukis.

APET COMEI berkata...

diaorang ni xde keje lain ke.. nak cari pasal je..