Sabtu, 1 November 2008

AkuPoN NaK Jadi PM


Kalau aku jadi perdana menteri....hmmmm... Macam ni, kalau aku jadi perdana menteri, aku ada rancangan aku sendiri. Strategi bagaimana nak memerintah negara ini. Berikut adalah antara langkah-langkah yang bakal aku laksanakan

  1. Harga minyak akan diturunkan kepada harga yang paling rendah didunia. Bukankah Malaysia suka mengejar nama. Kalau aku jadi PM, minyak aku turunkan harga sampai Arab Saudi pun akan bandingkan harga dengan Malaysia. Barulah dinamakan Malaysia Boleh. Susah apa turunkan harga. Caranya. Buat sidang akhbar, turunkan harga minyak..selesai.
  2. Harga minyak kelapa akan dinaikkan. Ini adalah kerana minyak kelapa berasal dari tempat tinggi, iaitu di atas pokok kelapa. Tinggi, kan? Jadi harganya perlulah tinggi sikit. Susah apa.
  3. Minyak urat juga akan dinaikkan harga. Ini membolehkan tukang urut memperoleh pendapat lebih.
  4. Cukai pintu akan dimansuhkan sama sekali. Buat apa nak cukai pintu. Pintu tu kat situ je. Bukan bergerak pun.
  5. Cukai jalan juga mansuh. Ini bagi memudahkan kerja JPJ. Bila JPJ dah tak ada kerja, kita tutup je JPJ.
  6. Gaji polis akan dinaikkan. Ini membolehkan polis membeli hanpon mahal. Aku heran betul tengok polis, henpon dia orang semua canggih2. Dari pangkat rendah sampai yg tinggi.
  7. Polis trafik boleh bawak motor polis tu. Senang dia nak hantar anak pergi sekolah.
  8. Subsidi minyak. Yang sebenarnya akupun tak faham pasal tu, tapi masa tu aku dah jadi PM. Orangpun tak tanya. Bagije la subsidi.
  9. Turunkan harga kereta Proton. Bagi murah2 je. Tengah tahun buat sales. Harga runtuh.
  10. Pecat semua pembaca berita TV3. Mengarut je dia orang tu.
  11. Turunkan tambang bas. Bawak balik bas mini ke Kuala Lumpur. Bukan apa, aku memang dah rindu nak naik bas mini. Itu je. Aku kan PM, suka hati aku la.
  12. Segala cukai aku kasi turun punya. Nanti orang tanya, abislah negara tak ada pendapatan lagi. Jawapannya ada. Jual tanah kat Singapura. 1 kampit tanah jual RM10. Dia orang mesti beli punya.
  13. Sewa KLCC kat sapa2 yang nak sewa. Sewa murah2 je. Lepas tu cat warna tadika, barulah boleh nampak dari Shah Alam.
  14. Tol akan dihapuskan sama sekali. Sapa nak bayar, kira derma je.

Peh banyak lagi tu idea aku. Bukan susahpun jadi PM. Kalau orang marah, aku letak jawatanlah. Apa nak heran.

4 KiRiMaN:

ajmal berkata...

aku pun nak juga

zainal89 berkata...

tp kalau aku jadi PM aku nak bagi kat rakyat duit belanja setiap bulan xpayah susaah2 keje.. biar diorang g jalan2 je.. amacam..

zainal89 berkata...

ko ni pandai gak reka dialog,,, kelakar gak.. atau ko kopy org punye je. hahhaaa

APET COMEI berkata...

abang jadilah PM.. aku tumpang top. hidup keadilan malaysia.

 

Abang BoyC ZoNe © 2008 . Design By: SkinCorner